CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3994|Reply: 15

Video Promosi Pelancongan 'Malaysia Truly Asia' Dikecam, kenapa?

[Copy link]
Post time 21-3-2016 12:57 PM | Show all posts |Read mode


Oleh : TS LOO


Kementerian Pelancongan Malaysia telah menerbitkan video promosi bertajuk 'Malaysia Truly Asia' yang boleh disaksikan di seluruh dunia mengikut sasaran negara yang berbeza budaya dan imej.


Selain mendapat sambutan yang menggalakkan, video tersebut juga pernah memperolehi anugerah video pendek promosi pelancongan yang terbaik dalam majlis anugerah pelancongan anjuran Kesatuan Pelancongan Asia Pasifik.


Bagaiman pun, terbitan video promosi pelancongan untuk sasaran negara Asia Selatan yang dikeluarkan pada awal bulan ini telah mengundang kritikan hebat di kalangan netizen.















Antaranya mempersoalkan video promosi tersebut langsung tidak mempamerkan keunikan Malaysia seperti gerai mamak dan pasar malam. Ada pula yang mengecam paparan video itu langsung tiada perbezaan dengan negara barat, kemana pergi nilai budaya Asia?


"Apakah yang cuba dpromosikan melalui video tersebut, anak-anak orang kaya, motorsikal Hedley, pantai yang tidak mengetahui nama dan menjamu selera di kapal mewah? Semua ini hanya boleh dinikamati oleh orang-orang kaya di Malaysia."




Netizen popular yang bernama Joe Najib telah memuatnaikkan satu status di akaun facebook peribadinya berpendapat berdasarkan papran video itu kelihatan beberapa orang wanita sedang ghairah membeli belah, kehidupan waktu malam yang sensasi, bersiar-siar di pantai termasuk berhibur di atas kapal mewah dan sebagainya.


" Paparan visual tersebut mensasarkan para pelancong di kawasan Asia Selatan yang termasuk India san Sri Lanka. "










" Persoalan saya kepada Kementerian Pelanconan Malaysia amat mudah sekali iaitu samada mereka pernah membuat kajian terhadap warga India dan Sri Lanka, adakah mereka suka membeli belah di pusat beli belah, bersantai di kelab malam, dan juga bersiar-siar di pantai?


"Apa perbezaan destinasi pelncongan yang dipaparkan itu dengan negara-negara lain di dunia?"


Tambah Joe Najib lagi, sewajarnya 'Malaysia Truly Asia' dihasilkan adalah untuk menggantikan video promosi yang lama iaitu "To Know Malaysia Is To Love Malaysia".


KIta tidak harus hanya memaparkan aktiviti membeli belah, kelab malam dan pantai. Joe Najib berpendapat, semua itu amat jelas sekali negara-negar jiran kita jauh lebih menarik daripada negara kita.




" Jalan Orchard di Singapura, Bangkok di Negara Thai, Jakarta di Indonesia, tempat-tempat tersebut semuanya mempunyai pusat membeli belah yang sangat besar, ada jenama fesyen yang terkenal, juga ada pasaran jenama tiruan yang murah, adakah kita lebih hebat daripada mereka itu? Ini pandangan peribadi semata-mata."


" Gaya hidup di waktu malam? Bagi mereka yang pernah mengalaminya di Bangkok, Manila, Bali, dan Taiwan? Pastinya bersetuju kehidupan waktu malam di negara-negara tersebut lebih sensasi daripada negara kita? Sama juga ini hanya pendapat peribadi saya."


" Manakala bagi pantai, kalau anda pernah pergi Pulau Long Beach, Pulau Phi Phi dan Teluk Halong. Kalau ikut pendapat peribadi mestilah negara kita lebih baik."


Tegas Joe Najib, dia adalah seorang rakyat yang cintakan negara.


" Saya membeli belah di Bukit Bintang dan Jalan Petaling , Jalan P. Ramlee dan menikmati kehidupan waktu malam di Zouk, setipa tahun sekurang-kurangnya dua kali bercuti di Pulau Langkawi. Tapi kena juga berdepan dengan keadaan yang realistik di mana negara-negara lain turut mempunyai daya tarikan yang sama. "


" Kenapa dipanggil Malaysia Truly Asia? Sebab tiada sebuah negara di Asia yang mempunyai unsur kepelbagaian seperti negara kita. Setiap kilometer persegi tedapat budaya dan kaum yang berbeza.  


Sajian Orang Melayu, Orang Cina dan Orang India semuanya merupakan makanan tempatan yang istimewa. Kita adalah versi sejagat untuk Asia, oleh itu konsep kali ini dipanggil sebagai Malaysia Truly Asia".




" Jadi kenapa perlu mempromosikan negara kita kepada orang luar dengan gambaran membeli belah, kelab malam dan pantai?


Video promosi sedemikian amat mudah dikategorikan sebagai 'Truly Monaco' iaitu sebuah tempat yang terkenal dengan pusat fesyen yang berjenama mahal, cara hidup waktu malam yang penuh sensasi dan kapal mewah yang menyeronokan. "








Seorang netizen bernama Ijah mengakui dirinya bertugas dibawah jabatan pelancongan Malaysia memberi komen bahawa terbitan video promosi yang dibuat oleh pihak kementerian adalah berdasarkan sasaran pemasaran dan kawasan yang berbeza.


"Konsep promosi tersebut mungkin tidak begitu menarik buat negara kita, tetapi ini pula adalah kehendak golongan berpendapatan tinggi rakyat India."




"Strategik sedemikian turut diguna pakai oleh Syarikat Penerbangan British untuk menarik perhatian pelancong dari Eropah datang ke Kuala Lumpur. Jadi kalau saya bertanggungjawab untuk pasaran di India, saya juga akan menerbitkan video promosi sedemikian."




"Harus diingat, bukan semua sasaran pemasaran berkehendakan elemen seperti adat resam, budaya dan makanan."








Dalam pada itu, terdapat seorang netizen dari India yang memuji iklan video promosi 'Truly Asia' memang terbaik dan berkesan buat dirinya yang memang mempunyai minat mendalam berhubung pelancongan.



"Rakyat India sedang mengalami perubahan, anda akan faham jika anda giat dalam pasaran terbabit. Sebenarnya kebanyakan rakyat India gemar membeli belah ketika melancong di luar negara. Oleh itu, membeli belah di Malaysia memang satu pengalaman yang terbaru!"




"Dalam iklan tersebut juga jelas membawa satu mesej iaitu Malaysia merupakan satu tempat yang amat selamat untuk membeli belah berbanding dengan negara-negara lain di Asia Tenggara."


Netizen berasal dari India ini 100% yakin video promosi pelancongan Turly Asia itu akan menerima sambutan yang menggalakkan di India.- CARI Infonet


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2016 04:45 PM | Show all posts
rasanya market utk filipina ke thailand--tak igt, tapi videonya berbeza. lebih kpd budaya dan kesenian
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 07:03 PM | Show all posts
pedulik la
janji pelancong yg datang ramai
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols rs ok je ads ni, kalau utk pasaran middle east yg tu mmg kene buat lg grand, lg2 ereb2 hi class ni mane nak masuk hutan tgk bird watching tgk tarian kadazandusun ke atau mnikmati bak kut teh kat jln alor , depa nak pi pavilion je kalau yg liberal tu nak bparti zouk saje
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 09:45 PM | Show all posts
still mesej tak sampai...kenapa salah sekor pompuan dari 3 ekor tu macam admre pompuan yg baru sampai kat hotel tu? lesbo kah?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 09:53 PM | Show all posts
mungkin Nedim yang inspire video nih..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2016 11:12 PM | Show all posts
Dari dulu sampai sekarang iklan pelancongan mengenai Malaysia memang kurang menarik.  Kurang paparan khusus mengenai tempat2 yg betul2 menarik yg betul2 boleh membuat pelancong tak sabar nak datang melawat.  Selalunyanya iklan mereka ni lebih kepada orang terpacak pakai baju pelbagai budaya terutamanya orang pompuan dan makanan sekilas lalu tu je.  
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh drng target warga india & sri lanka yg kaya.dh warga india kata dia suka...kenalh stratergi tm tu......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2016 01:51 AM | Show all posts
Australia tgah tarik super rich indian, agaknya masa google tourism malaysia jumpa artikel pasal strategi australia so cpat2 buat video jugak. Tp betulla, kat india dah penuh budaya, diorang travel keluar nak enjoy hidup ubah angin.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 04:39 AM | Show all posts
aku tak faham cerita video tu... sama ada model tak tahu berlakon sebab aku tak tahu dia tengah mengutuk atau memuja perempuan lagi satu tu, atau pengarah tak tahu mengarah, atau memang sebenarnya tak ada jalan cerita
mesej tak jelas.. apa lagi lagak model 3 orang tu seperti bimbo perasan high-class... langsung tiada gaya classy atau mewah...

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
X kenal la plk sapa mamat ni

Netizen popular yang bernama Joe Najib
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 08:50 AM | Show all posts
lain tempat lainlah minatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Video ni pasal pompuan miskin wannabe pompuan kaya yang die ajuk mula2. Tu pun x paham. Tgk je la.. Pompuan kaya tu shopping kat private boutique.. Yg pompuan miskin tu beli Padini je.. Tp janji still boleh bergaya. Kikikikiki.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp klu tgk tv kt luar negara dan nmpk iklan malaysia truly asia...rasa cam bangga plak..
Tah hapew
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo rupenye utk target market rich indian..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 05:25 PM | Show all posts
bodoh la orang yg hencap dah kenapa org india kaya nak tgk kedai mamak. kementerian ada data lah , pelancong asia selatan tang mana depa salu pi. based on data buat la adv macam ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.094849 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list