View: 6466|Reply: 65
|
[Tempatan]
{1}Pelancong Norway pun berbaris sjk 4 pagi utk dptkn Samsung S7 Edge !
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Seorang pelancong Norway yang tiba di Malaysia semalam tidak menyangka tuah sedang menunggunya di negara ini.
Tuah yang dimaksudkan datang bersama satu iklan akhbar mengenai pelancaran dan penjualan telefon bimbit terbaru Samsung.
Nicklas Hystad benar-benar tertawan dengan iklan itu.
Sejak pukul 4 pagi, dia berbaris di pintu masuk KLCC, semata-mata untuk memastikan hajatnya memiliki Samsung Galaxy S7 Edge, tercapai.
Hystad, 21, yang menjadi pengguna telefon bimbit Samsung sejak 2012, begitu terpesona dengan model itu hingga sanggup merombak rancangannya menjelajah negara ini selama beberapa hari.
"Sudah lama saya menunggu untuk menjadi pemilik telefon ini, tetapi ia belum dilancarkan di Norway.
"Samsung adalah yang terbaik dan saya betul-betul menunggu kedatangan hari ini untuk menggantikan telefon lama saya (Samsung S5) kepada S7 edge.
"Ia berlaku secara mengejut kerana saya tidak pernah menyangka akan dapat membeli telefon ini di sini, tetapi apabila saya membaca mereka menjualnya hari ini, saya rasa saya mesti mendapatkannya hari ini," kata pemuda itu kepada Bernama selepas membelinya di KLCC di sini hari ini.
Pada pelancaran telefon bimbit baharu Galaxy S7 Edge itu, Samsung menawarkan kepada peminatnya sesuatu yang istimewa iaitu 2,000 pelanggan pertama di tujuh lokasi di Malaysia yang membeli Samsung Galaxy S7 edge hari ini akan mendapat hadiah 'Samsung Gear VR' (bernilai RM459).
Sementara itu, presiden Samsung Malaysia Electronics IT and Mobile Lee Jui Siang berkata jumlah mereka yang hadir untuk membeli Galaxy S7 hari ini adalah di luar jangkaan.
Terdapat tujuh warga asing turut berbaris untuk membeli telefon itu, katanya.
"Oleh itu, kami berazam untuk terus memberi kepada semua orang perkhidmatan berkualiti dan melakukan yang terbaik untuk memastikan setiap orang menikmati pengalaman yang menggembirakan," katanya kepada Bernama.
Pertama kali diperkenalkan pada acara Samsung Unpacked di Barcelona bulan lepas, Galaxy S7 edge dipacu pemproses dalaman Exynos 8890 octa-core dengan kemampuan RAM 4GB.
Telefon itu dilengkapi skrin lebih besar berukuran 5.5in, meletakkannya dalam jajaran antara S6 edge (5.1in) dan S6 edge+ (5.7in), sambil mengekalkan paparan QHD Super Amoled (diperbuat daripada Kaca dan logam 3D), dengan 1,440 x 2,560 pixel.
Kamera terus menjadi bahagian penting bagi telefon pintar Galaxy apabila Galaxy S7 edge pertama kali memperkenalkan kamera pixel dual untuk menghasilkan imej lebih terang dan tepat.
Dilengkapkan dengan autofokus pengesanan fasa dan penstabilan imej optikal, adalah tidak berlebihan jika dikatakan S7 Edge memiliki satu daripada kamera paling berkuasa dalam kalangan telefon pintar yang ada sekarang.
Model ini kini boleh didapati di Malaysia pada harga runcit yang disyorkan RM3,099, termasuk GST.
Galaxy S7 terdapat dalam tiga warna -- oniks hitam, perak titanium dan emas platinum.
Telefon pintar Samsung kini menerajui pasaran di seluruh dunia dan mempunyai kedudukan kukuh di Malaysia.
-- BERNAMA
p/s Terdapat tujuh warga asing turut berbaris untuk membeli telefon itu. Selain Norway, Indon, Bangla, Filipina, Vietnam, India, Pakistan, Myanmar, Afrikan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Adakah harganya lebih murah di malaysia? |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks but no thanks...idok le aku |
|
|
|
|
|
|
|
mahak.pun msok air rosk buat pe.better sony.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wow. RM3099
 |
|
|
|
|
|
|
|
Eh kenapa aku xtau dah keluar s7 edge nih? |
|
|
|
|
|
|
|
Hurm..xmampu aku nak pakai mahei gitu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Syg rasanya nak beli .. Sebabnya bila anak mengamuk kekdg fon dibalingnye ... |
|
|
|
|
|
|
|
Pakai ipon sis.. Anak baling pun still ok lg |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria replied at 19-3-2016 06:29 AM
mahak.pun msok air rosk buat pe.better sony..
Bodohnya sis....S7 kalis air bukan....lihat la promo... |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 19-3-2016 06:44 AM
Wow. RM3099
Akak ingat nk trade in angkat s7 ne sis.....samsung offer trade in semua smart phone...epal x epal...semua boleh... |
|
|
|
|
|
|
|
3k hanya utk HP....
kaya2 org malaysia....
kompom dlm 2-3 hari lagi ada le statment2 bodo para menteri....
HAR
|
|
|
|
|
|
|
|
revolusi_30 replied at 19-3-2016 08:19 AM
Bodohnya sis....S7 kalis air bukan....lihat la promo...
Haha. Ako br je nk sound. Tgk ada ada org komen. Tu la pasal. Main sesedap mulut je kata itu ini tanpa buat research. Penat derang duk buat iklan tunjuk s7 ni kalis air. Ayooo.. Pemalas nak mampos |
|
|
|
|
|
|
|
Patutla note2 aku buat perangai mintak tukar kot..tp aku repair baru brpa je..skrg mcm turbo prestasi s2 aku.lama jgak dh aku pakai phone ni ya org lain saban tahun tukar baru. |
|
|
|
|
|
|
|
ko sibuk sgt gentel tetek kak ros.... tu psl lupa tuh.... 

|
|
|
|
|
|
|
|
RM3,099 hanya untuk satu smartphone. Dari segi user experience, tetap sama dengan model-model terdahulu.
Compare dengan windows continuum. Boleh extend display ke monitor atau tv dan connect ke mouse dan keyboard. User akan dapat Windows 10 desktop experience
|
|
|
|
|
|
|
| |
|