CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3283|Reply: 6

Segera Dapat Rawatan, Jika Ada Masalah Berpeluh..

[Copy link]
Post time 18-3-2016 07:03 PM | Show all posts |Read mode


Oleh : TS LOO






Berpeluh adalah cara menjaga tubuh selain menjadikan suhunya kembali normal. Ia berfungsi mengeluarkan pelbagai racun dari tubuh melalui pori-pori ketika kita bersukan.


Dalam hal ini, olahraga atau berjalan kaki dikategorikan antara aktiviti mampu merangsang tubuh mengeluarkan keringat.


Sebenarnya terdapat macam-macam keadaan yang membolehkan seseorang itu berpeluh antaranya selepas makan pedas, terlalu risau, cuaca panas, selepas melakukan aktiviti yang cergas seperti bersenam dan sebahagian kecil pula adalah merupakan penyakit.




Beikut adalah tip yang dikongsi berhubung bahaya tidak berpeluh pada tubuh dan kesihatan seseorang.






Kulit kusam :
Dalam tempoh yang lama tidak bersenam akan membuatkan kulit menjadi kering dan kusam. Ini kerana tiada tekanan berlaku terhadap kulit. Sekiranya anda khuatir mempunyai masalah kulit kusam, mungkin ini antara sebabnya.






Ganggu sistem imunisasi :
Dengan berpeluh, ia membantu melahirkan sel darah putih. Fungsi sel darah putih didalam tubuh adalah sebagai penghalang virus dan bakteria yang boleh membahayakan kesihatan tubuh.






Kegemukan :
Tanpa bersenam, lemak berlebihan yang kita makan akan berkumpul tanpa ada proses 'membakar' lemak dan kalori. Setiap pergerakan di bahagian otot berbeza memberikan impak berlainan. Oleh itu, bagi mereka yang malas bersenam mudah buncit selain mempunyai otot tidak pejal.






Jantung tidak sihat :
Agar kesihatan jantung terus meningkat, maka disyorkan untuk menjadikan senaman sebagai rutin kerap. Dengan keluarnya peluh, ia akan melancarkan sistem kitaran darah yang masuk dan keluar dari jantung. Lancar proses ini maka lancarlah jantung anda.




Bagi orang yang memang susah nak berpeluh langsung walau apa sekali pun keadaan yang dihadapi, perlu mendapatkan rawatan segera. Ini kerana menurut pakar perubatan kulit, golongan tersebut akan menyebabkan dirinya terkumpul toksik dalam badan dan boleh memudaratkan kesihatan. - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2016 12:39 AM | Show all posts
ok faham....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 12:03 PM | Show all posts
Skrg ni kalau x bersenam pon boleh peluh. Musim panas kot skrg
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2016 11:11 AM | Show all posts
br lepas mandi pon peluh meleleh2 lagi...saunaaa
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2016 11:21 AM | Show all posts
I am fat!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2016 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kadang2 terasa gemuk kat jantung bila cepat letih sebab badan x besar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2016 07:42 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.089334 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list