|
Oleh Fyruz Hanna
Pelakon kacak Fattah Amin bakal mengemudi anugerah Drama festival Kuala Lumpur (DFKL) 2016.
Fattah, 26, mengakui yakin menggalas tanggungjawab besar ini walaupun ini merupakan kali pertama beliau mengacara majlis berprestij tersebut.
Bagaimanapun, Fattah akui menjalani beberapa latihan dan rujukan daripada rakan artis yang berpengalaman.
“Mungkin sebelum ini pihak-pihak nampak kebolehan saya sebagai artis undangan menerusi saluran program TV, contohnya di Melodi. Melihat kemampuan berkomunikasi dengan baik mungkin antara faktor mereka memberikan kepercayaan kepada saya.”
“Lagipun bidang ini baru pada saya jadi saya mahu cuba. Bila TV3 sudah berikan peluang rezeki seperti ini saya kenalah buat yang terbaik dan yakin. Tambah lagi saya sudah mendapat tiga lagi tawaran untuk jadi hos selepas anugerah ini.”
Bakatnya mula menyinar selepas ramai yang melihat kebolehannya menerusi program Melodi sebagai artis jemputan.
Selepas anugerah ini, Fattah dikhabarkan dilamar dengan 3 lagi tawaran. Tuah Fattah. -CARI Infonet.
Sumber:gosipmalaysia |
|