CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2192|Reply: 12

IKEA Tarik Balik Tapak Lampu Lantai & Lampu Meja Gothem

[Copy link]
Post time 18-3-2016 10:36 AM | Show all posts |Read mode

sumber foto: http://suaraumkm.com/





Berikutan risiko kejutan elektrik, IKEA sedang menarik balik semua tapak lampu lantai (T124sm) dan meja (T35sm dan T45sm) Gothem.


Menurut syarikat multinasional itu, penarikan semula produk tersebut dilakukan berikutan terdapat beberapa contoh kerosakan pada kabel dalam tapak lampu.


Setakat ini IKEA di luar negara telah menerima laporan kejadian daripada dua pelanggan dan seorang kakitangan gedung yang terkena kejutan elektrik.




Bagaimanapun, tiada kejadian seumpamanya dilaporkan di Malaysia.




"Kami ingin menggesa semua pelanggan yang memiliki tapak lampu tersebut agar berhenti menggunakannya dan mengembalikannya semula ke mana-mana gedung IKEA untuk mendapatkan bayaran balik sepenuhnya."


"elanggan tidak perlu mengemukakan bukti pembelian (resit) bagi mendapatkan bayaran balik penuh, menurut IKEA yang turut memohon maaf atas kesulitan yang dialami pelanggan."





Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Hubungan Pelanggan IKEA menerusi talian 03-7958 7575.- CARI Infonet




sumber berita : http://www.sinarharian.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2016 10:59 AM | Show all posts
Nak cantik lip lap hingag seluruh badan lampu guna material yg boleh mengalirkan arus elektrik.
Ruang utk masukkan wayar mungkin tak besar. Jadi bila pekerja buat pemasangan dia org tarik hingga boleh merosakkan wayar. Atau pun sambungan wayar terdedah dekat lamp holder.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 11:16 AM | Show all posts
so... dah beli angkut dari IKEA ke rumah, pastu nak pulang balik ke angkut semua ke IKEA utk dapat full refund? Duit minyak, masa dan tenaga sape nak bayar bai? Patut suruh customer isi form online jek, pastu IKEA datang rumah customer bila-bila customer available (lepas office hour ke) ambik lampu dan terus bayar full refund. Sebab ni kesilapan dari pihak IKEA, so customer tak patut tanggung yang lainn
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Lantak lah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Wahai wartawan cari, kau tak study dulu ke? Dah ada thread ni semalam. Akak malas nak tepek link, kau cari sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 11:28 AM | Show all posts
Abangspek replied at 18-3-2016 11:16 AM
so... dah beli angkut dari IKEA ke rumah, pastu nak pulang balik ke angkut semua ke IKEA utk dapat f ...

kan... pastu nak redah dgn jalan sesak lagi... tension beb....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2016 11:38 AM | Show all posts
ni jenis yg mana ni yek..... aku byk gak la lampu ikea nih
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 11:41 AM | Show all posts
Hello reporter CI,  tered dah adalah....choiiii  sgt

http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2016 11:41 AM | Show all posts
Themilo replied at 18-3-2016 03:22 AM
Wahai wartawan cari, kau tak study dulu ke? Dah ada thread ni semalam. Akak malas nak tepek link, ka ...

kan....hakak pun hairan dgn tahap kemalasan wartawan cari ni...


http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 18-3-2016 03:41 AM
kan....hakak pun hairan dgn tahap kemalasan wartawan cari ni...



Khen? Dasar pemalas. Patutnya lantik la hakak @Modngengade ni jadi reputz. Hujung bulan gaji masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 12:08 PM | Show all posts
Themilo replied at 18-3-2016 11:22 AM
Wahai wartawan cari, kau tak study dulu ke? Dah ada thread ni semalam. Akak malas nak tepek link, ka ...

wartawan x buat kje mnde .nmpk sgt  x online lalu!
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 01:44 PM | Show all posts
haha main kopipes je kejenye
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 02:44 PM | Show all posts
Themilo replied at 18-3-2016 04:06 AM
Khen? Dasar pemalas. Patutnya lantik la hakak @Modngengade ni jadi reputz. Hujung bulan gaji masuk ...

haruslah kakak menggoyang kopek ke hulu ke hilir mencari bahan berita sis.....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.101424 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list