|
Oleh Adib Za
(Sumber foto: Carian google)
Nasi ayam hainan tak kurang hebatnya dengan nasi ayam biasa yang lazimnya dipanggang atau digoreng ayamnya.
Meskipun hanya direbus, namun dengan cara yang betul, daging ayamnya sangat lembut dan juicy nanti.
Ia sangat sesuai disediakan untuk seisi keluarga. Memang nampak agak sukar, namun sebenarnya mudah sahaja penyediaannya. Selamat mencuba!
Bahan-bahannya:
Bahan A
1 ekor ayam
3 biji bawang
1/2 buku halia saiz sederhana
1 kiub pati ayam
sedikit garam
Bahan B (untuk sambal lada)
1 biji capcicum merah
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
3/4 buku halia saiz sederhana
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar cuka makan
Bahan C
4 cawan beras biasa
2 sudu besar minyak
2 biji bawang putih
2 inci halia
1 sudu besar minyak bijan
Bahan D (sup ayam)
1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam
daun sup
Cara-caranya:
1. Mula-mula letak seekor ayam dlm periuk dan masukkan air, biar ayam tenggelam, masukkan juga bawang putih dan halia, kemudian masukkan garam dan kiub pati ayam, rebus ayam hinnga masak lebih kurang 1/2 jam. Angkat ayam dan ketepikan.
2.Air rebusan ayam tu bahagi dua, akan digunakan untuk sup dan nasi ayam nanti. Bila nak makan nnt baru potong dan letakkan sedikit kicap cair ( ros guna soyu), renjis minyak bijan dan hias dgn hirisan daun sup.
2. Buat sambal lada, kisar semua bahan B dan masak hingga agak pekat.
3. Untuk sup dan nasi pula, Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bagi Bahan C iaitu bawang putih, dah halia, setelah agak garing separuh bahan tumis tu di curah dalam dalam periuk nasi ayam, separuh lagi akan digunakan untuk sup ayam nanti, masukkan separuh air rebusan ayam tadi, masak nasi seperti biasa dan masukkan juga sedikit minyak bijan.
4. Di dalam periuk lain masak sup ayam hingga mendidih dan masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi, akhir sekali masukkan pula daun sup, tutup api, ok dah siap! - CARI Infonet
Sumber: Jintanmanis |
|