CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7862|Reply: 81

[Tempatan] Mandi 7 kali sehari

[Copy link]
Post time 16-3-2016 08:50 AM | Show all posts |Read mode
'Panas! Kami mandi 7 kali sehari'
NORJULIANA YAACOB
16 Mac 2016



CHUPING adalah kawasan yang digariskan sebagai paling panas di Malaysia.

Malah jika mengikut rekod, suhu tertinggi di Chuping pernah mencecah 40.1 pada 9 April 1998 ketika fenomena El Nino melanda negara ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia setakat jam 5 petang semalam merekodkan bacaan suhu 37 darjah Selsius di Chuping, iaitu kedua tertinggi selepas Alor Setar (38 darjah Selsius).

Bagi penduduk di sini, walaupun  sudah biasa dengan cuaca panas terik, namun fenomena El Nino yang melanda tahun ini dirasakan lebih teruk berbanding biasa.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, rata-rata penduduk tidak selesa dengan keadaan panas melampau yang melanda Chuping.

Menurut Hamdan Salleh, 52, suatu ketika dahulu, cuaca di Chuping sangat sejuk dan nyaman kerana terdapat banyak pokok dan bukit bukau yang menghijau.

“Saya anak jati Kampung Bukit Chuping Titi Besi ini dan berpeluang lihat perubahan kawasan ini dari zaman dulu sampailah sekarang,” katanya kepada Sinar Harian.

Hamdan berkata, Bukit Chuping pernah satu ketika menjadi kawasan yang sangat sejuk mata memandang kerana kehijauan pokok-pokoknya, namun akibat peredaran zaman suasana itu tidak dapat lagi dirasai.

“Sekarang semua pokok dah ditebang dan bukit digondol. Sejak beberapa tahun lepas, memang jelas nampak tompok-tompok botak di bukit ini.

“Ini adalah kesan daripada aktiviti tembak batu yang dijalankan untuk dijadikan pasir,” katanya.

Menurutnya, pada tahun 1972, cuaca di Bukit Chuping sangat sejuk sehingga minyak masak yang dimasukkan ke dalam botol di dapur boleh menjadi beku.

“Tapi sekarang hangatnya memang lain macam. Pernah satu ketika saya dah tak tahan sangat panas, terpaksa lari masuk dalam kereta dan buka pendingin hawa.

“Petang-petang memang tak boleh duduk dalam rumah langsung,  kena keluar bagi kena angin,” katanya.



Sehari mandi tujuh kali

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Bukit Chuping Kampung Pokok Sena, Md Noor Ismail berkata, dia dan ahli keluarga turut merasai keadaan panas yang sama.

“Kadang-kadang kami mandi sehari sampai tujuh kali sebab tak tahan sangat dengan badan berpeluh,” katanya.

Md Noor berkata, selain panas melampau, penduduk sekitar Bukit Chuping turut menghadapi masalah air kerana tekanan rendah disebabkan cuaca.

“Bayangkan sudahlah cuaca panas, air pulak tak ada. Memang sangat memeritkan,” katanya.

Bagi Pengerusi  Jawatankuasa Bukit Chuping Kampung Titi Besi, Hussin Ibrahim berkata, sebelum ini cuaca panas sudah menjadi kebiasaan, cuma tahun ini bahang panasnya sangat teruk.

“Bayangkan naik motor pun sampai tak boleh buka mata. Macam tulah teriknya,” katanya.

Suri rumah, Siti Aishah Ismail, 53, memberitahu, cuaca panas tahun ini turut mengganggu rutin hariannya sebagai suri rumah.

“Kalau dulu boleh sapu sampah di halaman, tapi sekarang cuaca panas sangat sampai nak keluar rumah pun takut.

“Saya terpaksa siapkan semua kerja rumah pada waktu pagi dan petang hanya berehat,” katanya.

Siti Aishah juga berkata, disebabkan cuaca terlalu panas, dia terpaksa membuka pili air seawal 15 minit sebelum menggunakan air.

“Kalau tak boleh melecur kulit. Air yang keluar sangat panas macam baru dijerang,” katanya.

Tambah Siti Aishah, pokok bunga yang ditanam di halaman rumahnya turut layu meskipun disiram setiap petang.

“Kesian tengok pokok-pokok bunga semua layu dan mati sebab cuaca terlalu panas,” katanya.



Rahmat buat penjual air minuman

Sementara itu, cuaca panas melampau ini turut memberi kesan kepada aktiviti kanak-kanak apabila mereka tidak dibenarkan keluar rumah oleh ibu bapa masing-masing.

Siti Nur Hidaini Md Noor, 10, berkata, dia dan rakan-rakan hanya dibenarkan untuk bermain di dalam rumah.

“Dulu masa tak panas, jam lima petang saya dan kawan-kawan siap sedia ke padang nak main bola. Sekarang ni nak keluar rumah pun tak mampu sebab panas terik,” katanya.

Bagaimanapun, cuaca kering ini seperti bagaikan suatu rahmat buat seorang peniaga air, Ayuha Mad Ali, 44, kerana gerai minumannya mula mendapat perhatian.

“Kalau dulu gerai saya hanya mampu habiskan dua kampit ais batu, tapi musim ini gerai saya mampu habiskan tujuh kampit ais batu setiap hari,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Perlis, Dr Zaini Husiin berkata, pemantauan penyakit berkaitan cuaca panas di fasiliti kesihatan di negeri ini tidak menunjukkan peningkatan kes yang signifikan.  

“Bagaimana pun orang ramai perlu menjaga diri dan minum air kosong dengan banyak,” katanya ketika dihubungi.

Dr Zaini turut menyarankan agar penduduk sekitar Perlis mengamalkan minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.

“Kurangkan aktiviti luar rumah dan kerap berehat ketika cuaca panas adalah langkah yang terbaik bagi memastikan kesihatan diri sentiasa dalam berkeadaan baik.

“Orang ramai perlu mengelakkan diri dari mengambil minuman yang mengandungi kafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi kerana ia mendatangkan efek yang tidak baik untuk sistem badan,” jelasnya. -Sinar Harian

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2016 08:59 AM | Show all posts
org lelaki klau da pnas sgt bleh le x berbaju ..separuh seksi
kalau org prempuan cam no...
kalau berbikini kang.. lain jd nyer..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:03 AM | Show all posts
Skrg ni panas lain macam mmg sbb takde pokok, banyak gas rumah hijau. Tu yg takleh tahan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:10 AM | Show all posts
Panas tambah jerebu oleh kebakaran belukar secara sengaja dan tak sengaja
Berapa la bil letrik bulan nih
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:14 AM | Show all posts
hangat lit lit. merlik kulit kalau bejemoq tengah2 hari rembang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:16 AM | Show all posts
mmg panas bebenOr skg ni.. tdo mlm pun kipas sehabis2 kuat dah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2016 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Usahkan orang...
Rabbit n kucin akak pon x sanggup duk luar rumah
Suma pakat duk numpang dalam rumah nak berkipas..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:27 AM | Show all posts
pakai kain batik jela kat rumah. jadi mcm org dedulu. berkemban doplohpatjam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2016 09:28 AM | Show all posts
zach2008 replied at 16-3-2016 09:10 AM
Panas tambah jerebu oleh kebakaran belukar secara sengaja dan tak sengaja
Berapa la bil letrik ...

tambah dengan bakar jerami..

lalu lebuhraya gurun tu asap putih je..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Tido bugil jahh panass sgtt
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:39 AM | Show all posts
Dasat gak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:45 AM | Show all posts


harap perlis xjadi negeri maju dgn skyscrapper la perindustrian la...malapetaka nti
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:47 AM | Show all posts
aku rsa bese je.aku duk kuantan btw.chuping tu mner?


Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:50 AM | Show all posts
estrelle replied at 16-3-2016 09:32 AM
Tido bugil jahh panass sgtt

bahaya
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:50 AM | Show all posts
mak aii... 7 kali..jaga2 bil air
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul la...aku pun abiskan keje rumah waktu pagi
Lps zohor tu dok bilik on ac je
Tp tiap kali nak mandi/ambik air sbyg mmg kena buka paip lama skit
Kalau x mmg mau melecur kulit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2016 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 16-3-2016 09:47 AM
aku rsa bese je.aku duk kuantan btw.chuping tu mner?

Kat perlis...nun jauh di utara
Dl ada ladang tebu mmg hijau saujana mata memandang...skrg xde dah
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:59 AM | Show all posts
Esmiria replied at 16-3-2016 09:47 AM
aku rsa bese je.aku duk kuantan btw.chuping tu mner?

chuping tu kt perlis...(bukan cuping telinga taw)
Alhamdulillah....bru2 je ni jejak kaki ke sna...perjalanan nak ke thailand...lalu chuping ni..
sepanjang jalan yg ada keindahan alam...ladang tebu...
memang terasa lain bila lalu sni...suasananya tu....



Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 10:00 AM | Show all posts
aku sehari mandi tak terkira  
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 10:00 AM | Show all posts
banyaknya air dia guna....bill mesti tinggi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.064538 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list