CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5852|Reply: 49

[Tempatan] Kisah di sebalik lelaki mencuri diberi kerja di Tesco

 Close [Copy link]
Post time 16-3-2016 08:15 AM | Show all posts |Read mode
Kisah di sebalik lelaki mencuri diberi kerja di Tesco
MUHAMMAD AMINURALIF & NOOR AZURA SAHRIL
15 Mac 2016


Tesco

BUKIT MERTAJAM - “Kami buat semua ini atas dasar kemanusiaan, bukannya mengejar publisiti,” demikian penjelasan Pengurus Besar Tesco Bukit Mertajam, Radzuan Ma’asan mengenai tawaran yang diberikan pihaknya kepada seorang lelaki yang ditahan kerana didapati mencuri di pasaraya tersebut, Rabu lalu.

Radzuan berkata, dalam soal ini pihaknya tidak berniat untuk mencari publisiti dengan menawarkan pekerjaan kepada lelaki terbabit.

“Pihak Tesco sememangnya amat tegas dalam mengendalikan kes-kes sebegini, dan dalam hal ini kita tidak berkompromi.

“Namun dalam kes yang melibatkan lelaki itu, apa yang kami lakukan atas dasar kemanusiaan. Siasatan awal yang kita jalankan sememangnya dia berada dalam situasi memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian di Tesco Bukit Mertajam, hari ini.

Menceritakan kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang itu, katanya, lelaki berusia 31 tahun tersebut ditahan kerana didapati mencuri buah pir wangi berharga RM5.75, buah epal Royal Gala (RM6.57) dan enam botol minuman jenama Ranger 260ml (RM14.99).

“Ketika ditahan dia terus mengaku yang dia ada ambil barang tersebut. Selepas pemeriksaan dilakukan, pihak kami jumpa kesemua barang itu.

“Dia langsung tidak berdolak-dalik. Kita pun lakukan proses seperti biasa dan masa tu dia merayu dan memberitahu ada masalah sehingga terpaksa bertindak demikian," katanya.

Katanya, pihaknya juga melakukan siasatan secara terperinci bagi memastikan apa yang dikatakan lelaki tersebut benar.

“Kami dapati dia mencuri kerana tak ada duit nak beli makanan untuk tiga anaknya yang berusia antara dua hingga tujuh tahun yang kelaparan.

“Isterinya juga yang berusia 31 tahun kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Bukit Mertajam kerana komplikasi akibat keguguran,” katanya.

Mengakui agak terkilan apabila terdapat tuduhan negatif yang timbul rentetan peristiwa itu, Radzuan berkata, ada sesetengah perkara seseorang itu perlu diberi peluang kedua.

“Dalam hal ini, apa yang saya mahukan adalah lelaki terbabit dapat hidup dengan lebih selesa di masa depan. Bukan bermakna kita galakkan dia untuk mencuri.

“Apa yang pihak kami tawarkan kepadanya adalah kecil sahaja, namun saya percaya ia memberi makna besar kepada diri lelaki ini untuk memperoleh kehidupan yang lebih baik dan terjamin,” katanya.

Radzuan berkata, peluang pekerjaan yang ditawarkan bukan semata-mata berkonsepkan tangkap muat. Saya katakan kepadanya dia boleh hubungi saya pada bila-bila masa, datang bekerja bila-bila masa.

“Tapi dalam perkara ini pihak kami akan pastikan yang lelaki ini akan ditempatkan di bahagian yang sememangnya menjadi kebolehannya, supaya dia dapat bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh,” katanya.

Tambahnya, kini lelaki tersebut tinggal bersama abangnya di Alma.

“Kita pun dah pergi sendiri ke rumah dia dan beri bantuan kepada keluarganya. Dan Alhamdulillah, setakat ini ramai pihak yang sudi membantu lelaki ini setelah kisahnya menjadi viral di laman sosial beberapa hari lalu,” katanya.

Radzuan berkata, kes yang terjadi ini merupakan pengalaman pertama baginya setelah 24 tahun berkecimpung dalam bidang peruncitan.

“Sebagai insan, kita harus ingat bahawa sekecil-kecil bantuan yang diberikan, maka ALLAH akan beri lebih lagi. Semoga apa yang kami lakukan memberi makna kepadanya," katanya.

Dalam pada itu di SHAH ALAM, jurucakap Tesco berkata, sememangnya lelaki tersebut telah ditawarkan pekerjaan, namun situasi kini tidak sesuai untuknya.

“Kita faham, dia terpaksa menguruskan anak-anak dan menjaga isterinya yang kini berada di hospital. “Buat masa ini, biarlah isterinya beransur pulih dahulu dan anaknya kembali semula ke sekolah. Selepas itu, dia boleh datang untuk bekerja,” katanya. -SinarHarian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2016 08:20 AM | Show all posts
kalau dh dibagi kerja pon masih xnk dtg bekerja atas alasan xde org jaga ank. aku merasakan dia mmg jenis malas kejepeluang xdtg selalu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 08:28 AM | Show all posts
lazim replied at 16-3-2016 08:20 AM
kalau dh dibagi kerja pon masih xnk dtg bekerja atas alasan xde org jaga ank. aku merasakan dia mmg  ...

terdesak mcm mana pun.... family takde ke yg bleh tolong?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari apa yang dicurinya rasa bukan barang makanan asas. Tapi dah rezeki dia Tesco nak bagi kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 08:41 AM | Show all posts
dino replied at 16-3-2016 08:28 AM
terdesak mcm mana pun.... family takde ke yg bleh tolong?

biasa kalo kita susah family pun tak nampak..semua akan ckp ada msalah sendiri..ko settle le masalah ko..tp bila kita dah senang selesa ms tu ramai la yg tukang impit..nak2 kalo anak2 berjaya..mak bapak dpt kete mewah..rumah pun dah dibuat baru anak...

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 08:42 AM | Show all posts
lazim replied at 16-3-2016 08:20 AM
kalau dh dibagi kerja pon masih xnk dtg bekerja atas alasan xde org jaga ank. aku merasakan dia mmg  ...

kan! Takde sedara mara ke? Or at least minta org tlg jaga, bayarlah nnt.
Haha asyik bersangka buruk je aku ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2016 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Makcik speku muka lelaki mencuri tu kacak macam harris baba kan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 08:54 AM | Show all posts
mudah mudahan dia x mengulanginya lg
x salah bg peluang
mungkin Allah nak beri dia pengajaran/peluang dgn cara mcam ni..
kita x tahu perancangan Allah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2016 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
org penang paling baik hati dan buat suatu yg membawa kesan positif kpd masyarakat.

tak mcm umno membela monyet2 utk menghuru harakan keamanan negara
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Mengikut naluri abam..utk kes ini abam husnuzon..

pity him...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:00 AM | Show all posts
dino replied at 16-3-2016 08:28 AM
terdesak mcm mana pun.... family takde ke yg bleh tolong?

kalau dah susah, famili pun xnak datang dekat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
blackwidowbae replied at 16-3-2016 08:49 AM
Makcik speku muka lelaki mencuri tu kacak macam harris baba kan?

Harris baba no! Kassim baba will be more like it!
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:02 AM | Show all posts
Nenasketum replied at 16-3-2016 08:38 AM
Dari apa yang dicurinya rasa bukan barang makanan asas. Tapi dah rezeki dia Tesco nak bagi kerja.

habis tu.. takkan dia nak curi beras sekampit, telur sepapan,ikan,sayur semua

this is not abt Tesco.. but people who managed it.. kudos to En tak ingat nama yg bagi peluang dekat abang ni..

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
jengkoil replied at 16-3-2016 09:00 AM
Harris baba no! Kassim baba will be more like it!

Kassim baba kacak? Biar betul taste anak ni nakkkk
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:04 AM | Show all posts
Masa dia mencuri tu sapa jaga ank dia? Or dia bawa ank sekali masa tu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:05 AM | Show all posts
blackwidowbae replied at 16-3-2016 08:49 AM
Makcik speku muka lelaki mencuri tu kacak macam harris baba kan?

harris baba tu siapa kak? i kenal rashdan baba je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2016 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
kemuliaan warga penang patut jadi teladan kpd malaysia atau seluruh dunia
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:19 AM | Show all posts
tak habis lg kisah dia ni.. apesal x update n sambung je dia thread lama..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
gula_tebu replied at 16-3-2016 09:05 AM
harris baba tu siapa kak? i kenal rashdan baba je

Ini ha harris baba pujaan hati makcik. Makcik pun tak kenal harris baba tu nakkkk tapi makcik tasty padanyer

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:25 AM | Show all posts
chinta89 replied at 16-3-2016 09:19 AM
tak habis lg kisah dia ni.. apesal x update n sambung je dia thread lama..

sabab angkawrang sukak bacak beritak basik. beritak terkinik hangat hangat angkawrang suruk mod totop.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.106660 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list