View: 11419|Reply: 85
|
Mia Sara minta produksi hormati pelakon bertudung
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Bintang cilik, Mia Sara Nasuha, 11, memohon pengertian penerbit supaya menghormati pendirian pelakon yang sudah berhijab dan akur menerima perubahan imej mereka.
Mia yang mengenakan hijab sejak pulang daripada mengerjakan umrah, tahun lalu terkilan apabila sesetengah pelakon tidak mempunyai pilihan dan terpaksa mengetepikan prinsip mereka hanya kerana ingin memenuhi permintaan produksi.
Baginya, produksi sepatutnya lebih bertanggungjawab dan memahami supaya pelakon tidak dipersalahkan kerana mereka juga mempunyai keinginan untuk berubah ke arah kebaikan.
"Tidak wajar meletakkan seluruh kesalahan kepada pelakon apabila mereka terpaksa membuka tudung untuk menjayakan sesuatu watak. Pada pandangan saya, orang yang menyebabkan mereka bertindak demikian juga patut dipersalahkan.
"Dalam hal ini, saya berharap produksi bersikap lebih terbuka dan menerima pelakon bertudung seadanya. Jangan ubah penampilan mereka apabila sudah menetapkan pendirian untuk berhijab," katanya.
Ditemui selepas majlis pelancaran rancangan bual bicara kanak-kanak Al Wildan, di ibu kota, baru-baru ini, Mia berharap pelakon yang bertudung tidak sesekali lemah dengan pujukan dan paksaan pihak lain yang mahukan mereka kembali kepada imej lama. "Kita bertudung kerana Allah dan bukan untuk memuaskan hati orang lain. Jadi kenapa perlu kita mengikut cakap mereka? Saya bertudung atas kerelaan diri dan ia datang dari hati.
"Apabila usia semakin meningkat, saya jadi tidak selesa apabila terpaksa membuka aurat," katanya mengakui pernah diminta oleh produksi supaya menanggalkan hijab jika ingin terbabit dalam produksi mereka.
Terdahulu, bapa Mia, Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh, 41, berharap penampilan anaknya tanpa hijab dalam beberapa program tidak dijadikan isu kerana terikat dengan tuntutan kontrak yang sudah dipersetujui sebelum berangkat ke Tanah Suci pada akhir tahun lalu.
Perkara itu, bagaimanapun sudah dibincangkan dengan produksi yang terbabit malah mereka menetapkan garis panduan tertentu terutama dalam pemilihan pakaian kerana tidak mahu Mia tampil keterlaluan.
"Ada produksi yang meminta saya mengenakan skirt dan baju berlengan pendek serta berstokin panjang. Saya rasakan imej itu tidak lagi sesuai dengan penampilan terkini.
Jika kurang selesa dengan pakaian yang disediakan, saya akan luahkan kerana tidak mahu timbul salah faham. "Secara jujur, saya juga kurang selesa jika ada pihak yang cuba penampilan saya. Alhamdulillah, Tuhan membuka pintu hati saya lebih awal untuk berhijrah dan ia lebih baik kerana bimbang saya sukar menyesuaikan diri apabila lambat melakukan perubahan," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm org tua sgt statement ko dik |
|
|
|
|
|
|
|
matang mcm org tua2 dlm industri tuh.
agaknya ape perasaan retis2 kertu yg x btudung n tutup aurat tu yerk?
|
|
|
|
|
|
|
|
Glass_shoes replied at 13-3-2016 09:13 AM
Mcm org tua sgt statement ko dik
Ala.. ni wartawan yg buatkan ayat ni. Takkan budak kecik boleh buat ayat cenggitu. |
|
|
|
|
|
|
|
bapak dia kot.xkan la die bole buat ayat superb mcm ni kan... hihiihi
|
|
|
|
|
|
|
|
Nampak cantik pulak mia pakai mcm ni. Nmpk dah besar.. |
|
|
|
|
|
|
|
yups... tah2 mia ckp : tak suke la dorang ni... mia kan da pakai tdung... adooiii"
wartawan tulis: produksi tak hormati mia.... (kuikuikui
|
|
|
|
|
|
|
|
virgo19 replied at 13-3-2016 09:36 AM
Ala.. ni wartawan yg buatkan ayat ni. Takkan budak kecik boleh buat ayat cenggitu.
Hahaha..logik2..tengok mia ni kalo live tergagap jua |
|
|
|
|
|
|
|
chinta89 replied at 13-3-2016 09:35 AM
matang mcm org tua2 dlm industri tuh.
agaknya ape perasaan retis2 kertu yg x btudung n tutup au ...
yg patut lbh sentap tu retis bertudung tp sanggup buka tudung atas kehendak skrip n pengarah. |
|
|
|
|
|
|
|
chinta89 replied at 13-3-2016 09:35 AM
matang mcm org tua2 dlm industri tuh.
agaknya ape perasaan retis2 kertu yg x btudung n tutup au ...
Kalo artis kertu terpaksa bkk tdg demi lakonan
"Buka tudung demi mencari rezeki"
|
|
|
|
|
|
|
|
Ke Mia nak promote tudung Mia?? Kesian budak lagi dah kene blakon sampai tengah2 malam. Bila mak dia amik n bawa ke JB utk sekolah mcm budak2 biasa, bapak dia amik balik n berlakon balik. La ni nak jual tudung pulak. Halooo bapak Mia. Ko x kesian ke anak ko tu? G cari kerja lain n sara anak2 ko tu bukan suruh si Mia tu berlakon n jual tudung ok! |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf la dek,akak rasa ngko ni dh sesendu frozen tu ha,xyh la nk up cite hal ngko bertudung ni 4,5 ,6 kali...muak dh akak dgr.kot ye pon job dh xde redha jela dek..blajar dlu .dpt degree nnt ko nk blakon watak tempelan pon ok, |
|
|
|
|
|
|
|
Bg sy, apa dia ckp, sgt betul dan make sense. Kalo betul ni yg kluar dr mulut dia, alhamdulillah. Smoga semakin matang dan terus istiqamah dik. |
|
|
|
|
|
|
|
mia ni homeshcool jugak ke |
|
|
|
|
|
|
|
akish apa cite eh? mia sara lg 5 tahun boleh berlakon watak mak2, datin2 dah |
|
|
|
|
|
|
|
Eh.. Budak ni lagi pandai bg statement berbanding dgn adik si penjual tudung tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
eh,lawo pulak jubah mia ni.pm akak dik.. |
|
|
|
|
|
|
|
masih tergiang2 kata2nya sedemikian rupa.. sian..
|
|
|
|
|
|
|
|
demi memenuhi tuntutan watak sebelum kontrak ditandatangani gtuhhh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|