BAYAN BARU - Sebuah bank yang tidak menyediakan perkhidmatan pengawal keselamatan nyaris dirompak apabila salah satu mesin ATMnya cuba dipecah penjenayah awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, suspek dipercayai menggunakan bahan letupan dan mercun bagi tujuan itu namun gagal.
"egawai polis yang tiba di tempat kejadian mendapati ada serpihan mercun dan bahan letupan dipercayai digunakan untuk memecahkan mesin ATM di situ. Selain itu, kita dapati pintu sliding bank berkenaan juga pecah.
"Difahamkan penjenayah yang hanya seorang diri itu melarikan diri selepas penggera bank berkenaan bunyi. Kes disiasat dibawah Seksyen 6, Akta Letupan," katanya.- Sinarharian
p/s nie keje budak2 dadah nie... yg pro pakai jengkaut tuh...
aku cadangkan la..semua mesin ATM ni pakai self destruct... mana ATM yg kena bawak lari... dia ade self timer sebelum destruct.. baru mencicit lari semua yg merembat..itu pon kalau sempat...
kurga replied at 11-3-2016 11:06 AM
aku cadangkan la..semua mesin ATM ni pakai self destruct... mana ATM yg kena bawak lari... dia ade s ...
plus ink kalerful versi basah kaw2 yg akan otomatik jatuh pd smua duit2 yg ada dlm mesin tu
bila mesin ATM tu tiba2 digodam/hentam/dislocate dr lokasi etc..
so sapa2 yg guna duit tu..confirm duit curi...war2 pd org ramai suruh report..
if pencuri nak guna deposit kan duit tru mesin pun make sure..
deposit mesin tu ada function utk reject duit2 yg berkalerful ink itu...
tak pun add satu tools ala2 pisau pemotong yg tajam..
if mesin2 itu diusik secara tak rela..
pisau pemotong/cutter tu otomatik potong smua duit2 kat dlm tu...
aah... betoi tu...ink yg macam inai.. basuh pakai apa pon still ada lg... tapi paling kuat biaq pi hancur dengan mesin-2 tu... kurang skit penjenayah... ini tidak bangun tidoq pi mencuri...malam mencurik...