View: 5055|Reply: 1
|
Bro, Ketahui Kenapa Viagra Bukan Berkesan Sangat Pun!
[Copy link]
|
|
Oleh Adib Za
Adakah selama ini anda menyangka viagra mampu membuatkan anda lebih kuat dan bertenaga ketika di ranjang?
Tahukah anda, adanya kajian dari U.K mendapati, lelaki yang mengambil ubat seksual, masih mengadu masalah mereka di ranjang?
Dilaporkan lebih 80 peratus lelaki berumur lebih 50 mengambil pil untuk seks seperti viagra, cialis dan levitra. Namun mereka tidak sepenuhnya berfungsi ketika bersama isteri.
Golongan ini dikatakan lebih sukar memperoleh kepuasan, orgasme dan ketenangan tentang hubungan seksual mereka berbanding lelaki normal yang tidak mengalami mati pucuk.
Sumber foto: Carian google
Memang, kajian mendapati viagra membantu alat sulit lelaki berfungsi dan menegang dengan sempurna. Namun kepuasan sebenar adalah berpunca daripada persepsi mereka tentang hubungan seksual itu sendiri, berbanding hanya dengan 'keras' semata.
Jadi, perkara terbaik disyorkan untuk anda ialah, mengekalkan harapan yang jujur apabila anda mengambil pil viagra ini. Maksudnya, menjadi lebih realistik dan tenang, usah terlalu kalut tentang hubungan seksual yang tak menjadi dan sebagainya.
Sumber foto: Carian google
Paling baik, anda berjumpalah dengan ahli terapi seksual yang bertauliah, untuk membantu mengembalikan keyakinan anda semula. - CARI Infonet
Sumber: Menshealth |
|
|
|
|
|
|
|
lembiknyerrr |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|