CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1821|Reply: 11

[Tempatan] 53 Langkah Kurangkan Kos Kerajaan

[Copy link]
Post time 10-3-2016 08:31 AM | Show all posts |Read mode





sumber foto: http://assets.bharian.com.my/



Kerajaan telah memperkenalkan 53 langkah secara meluas untuk mengoptimumkan perbelanjaan awam dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.


Ini termasuk membekukan pengambilan kakitangan baharu, kawalan ketat ke atas kerja lebih masa, sekatan ke atas pelbagai perbelanjaan dan potongan minimum sebanyak 30 peratus dalam menguruskan perbelanjaan acara kerajaan.


Langkah-langkah yang berkuat kuasa pada 1 Mac lalu adalah termasuk arahan kepada semua agensi untuk mengurangkan bilangan pakaian seragam yang dikeluarkan kepada pegawai dari tiga set setiap tahun kepada dua.


Langkah-langkah yang disenaraikan dalam Pekeliling Perbendaharaan bertajuk "Garis Panduan Langkah-Langkah untuk Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan" telah dimuat naik di laman web Kementerian Kewangan.


Pekeliling itu mengarahkan semua ketua setiausaha kementerian, ketua jabatan, ketua badan-badan berkanun, ketua eksekutif syarikat-syarikat berhad dengan jaminan dan ketua-ketua agensi lain yang menerima peruntukan daripada kerajaan untuk menjalankan semua langkah-langkah yang digariskan.


Senarai penuh mengenainya boleh diakses secara online di laman web kementerian di http://1pp.treasury.gov.my/makluman/pindaan/217


Ia juga menyatakan bahawa pewujudan jawatan baharu tidak dibenarkan kecuali melalui kaedah tukar ganti dan pindah butiran serta tiada implikasi kewangan tambahan.


Bagaimanapun pewujudan jawatan baharu hanya dibenarkan bagi jawatan kritikal yang terlibat secara langsung dalam bidang pendidikan, kesihatan, keselamatan, penguatkuasaan dan kutipan hasil negara namun perlu dilaksanakan dengan kawalan ketat.


Selain itu pemotongan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus yang diperkenalkan pada 1 Jan 2014 dikekalkan dalam pekeliling tersebut.- CARI Infonet







Berita selanjutnya : mstar.com.my/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2016 08:41 AM | Show all posts
Malay sian?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 08:50 AM | Show all posts
gaji menteri yang naik 3 kali ganda ari tu turun kan balik....

diorang tak guna pun gaji tu... pegi mana2 pun disediakan..siap makan minum..

entah2 letrik kat rumah tu pun tak bayar...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 08:51 AM | Show all posts
owh, jgn lupa pulak jual balit jet tu..dan kurangkan pergi ke luar negara.... pegi pun bukan ada bawak invesment masuk dalam msia pun...shopping spree jer kat luar
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
kursus wajib yang perlu dihadiri oleh penjawat awam sebanyak 7 kali setahun untuk tahun ni pon ditangguhkn...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 10:18 AM | Show all posts
Itu macam ka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2016 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bnyknye langkah..terbuat ker
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 02:37 PM | Show all posts
hambaallah1709 replied at 10-3-2016 08:54 AM
kursus wajib yang perlu dihadiri oleh penjawat awam sebanyak 7 kali setahun untuk tahun ni pon ditan ...

betul ke? weols kne pegi 10 hari...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2016 02:39 PM | Show all posts
Pungpang2 je la. Macam tak biasa...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 02:46 PM | Show all posts
Apakah erti semuanya ini?  Adakah tabungan negara sudah kontang?  Bagaimana pula expenses untuk panda n family di zoo negara?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 03:04 PM | Show all posts
some GLC sendiri pom dok sembelih gomen... contoh telekom dok cas state gomen monthly bill tenet berjuta .. servis hauk.. speed lagi laju orang pakai stemik.. pakej speed pom stok jejaman stemik baru nak up..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 03:18 PM | Show all posts
kehebatan kurajaan umeno...

@dizeck

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.055464 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list