[/url] HONDA Malaysia memanggil semula 93,929 unit kenderaannya bagi penukaran bateri 12V.
Sehubungan itu, [url=http://www.honda.com.my/]Honda Malaysia akan menghubungi pemilik Honda City, Civic, Jazz, CR-V, CR-Z, Freed dan Insight yang terlibat bagi penukaran bateri. Penukaran itu perlu dilakukan bagi memastikan keselamatan semua pemilik kenderaan terlibat.
Berikut adalah model dan tahun kenderaan yang terlibat dengan penukaran bateri: [/url] Pemilik kenderaan terlibat turut boleh membuat temu janji di pusat servis Honda berdekatan untuk tujuan pemeriksaan. Sekiranya berlaku kerosakan, bateri akan ditukar dan segala kos ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia.
Walau bagaimana, tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku di Malaysia berhubung permasalahan ini.
Maklumat lanjut, layari [url=http://www.honda.com.my]www.honda.com.my atau hubungi talian bebas Tol Percuma Honda 1-800-88-2020.
SUMBER: www.pandulaju.com.my
|