|
|
Oleh Izzah Abbasy
Penyanyi bersuara lunak merdu, Shila Amzah walaupun sibuk dengan kontrak nyanyian di China namun tetap berkesempatan untuk membuka perniagaan yang diberi nama Shila Amzah.
Dia yang telah memberitahu kepada umum bakal melancarkan jenama pakaiannya sendiri, Shila Amzah dan butiknya bertempat di Bangi Sentral.
Bukan satu jenama sahaja yang akan diperkenalkan, malah turut memberitahu terdapat satu lagi jenama iaitu OHK akan dijual dan memilih konsep feminim buat peminat dan pelanggannya.
Wah, semakin ramai nampaknya artis yang membuka perniagaan pakaian ini. Habislah peminat Shila Amzah serbu Bangi nanti. Tak sabar tunggu pelancaran Butik Shila Amzah. Jangan jual mahal-mahal ye Kak Sha!
Selain itu, Shila Amzah juga bakal megeluarkan album barunya yang dimuatkan dengan 7 buah lagu Melayu, China dan Inggeris pada penghujung Mac. Syabas Shila Amzah dengan butik dan album baru! - CARI Infonet
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|