CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19788|Reply: 177

antara IKEA Malaysia dan IKEA Jerman

[Copy link]
Post time 8-3-2016 10:23 AM | Show all posts |Read mode
Saya masih ingat ketika pertama kali berkunjung ke Ikea pada tahun 1996 semasa ia dibuka. Ketika itu Ikea masih "menumpang" di One Utama. Dengan saiz yang jauh lebih kecil, memang sesak dengan manusia. Namun ketika itu tiada restoran besar dibuka kerana masalah ruang yang terhad.

Tahun 2003, Ikea ada bangunan sendiri. Saya hadir di hari pembukaannya dan melihat ragam manusia berebut membeli barangan pada harga diskaun. Ada yang terjatuh, ada yang bergaduh dan ada yang menangis.

Mujurlah yang menangis tadi dapat ditenteramkan perasaannya dengan makan bebola daging di restoran. Air pun boleh ditambah berulang kali percuma. Memang best waktu tu.

Namun apa yang berlaku di restoran jauh dari apa yang dijangka. Adab dan tatasusila hilang entah ke mana. Ikea sudah menekankan agar semua proses adalah layan diri dari pembelian hinggalah ke pengemasan meja apabila selesai makan.

Sudah ditulis dan diterangkan dengan jelas tatacara tersebut. Tetapi apakan daya, sikap dan budaya yang telah sebati di dalam jiwa rakyat Malaysia melampaui segalanya. Meja berterabur dan kacau bilau jadinya. Siapa yang nak duduk makan maka dialah yang kena kemas meja. Selepas dia dah makan dia pulak tinggalkan untuk orang seterusnya kemas.

Jika di waktu puncak maka berdirilah kita menunggu atau mencari meja kosong, kalau yang dah habis makan pun akan terus duduk sehingga waktu borak dan sembang dan gossip selesai maka barulah beredar dan ketika itulah anda berpeluang berebut dengan orang lain yang turut menunggu.

Kadang-kadang kita pergi menunggu di sebelah meja sambil buat-buat tengok jam pun diorang masih boleh buat bodo sahaja. Sembang dan sembang dan terus sembang sambil tangan menguis-nguis sisa makanan di atas meja.

Dan sehingga ke hari ini, begitulah caranya. Itulah budaya kita. Itulah wajah kita.

Pekerja Bangladesh mula menampakkan diri di ruang restoran Ikea untuk mengambilalih tugas membersihkan dan mengemas meja tuan-tuan besar ini. Setiap meja perlu ambil masa yang lama kerana bukan sekadar mengemas pinggan dan gelas tetapi mengelap tumpahan, mengumpul sisa di atas meja, mengumpul sisa di lantai dan macam-macam lagi.

Ada anak-anak yang tuang air atas lantai, anak jatuhkan nugget, pasta dan sebagainya atas lantai, mak bapak jeling sahaja. Tak apalah nanti mat Bangla tu takde kerja pula kata mereka.

Entahlah, sampai bila sikap begini harus ada dalam diri rakyat Malaysia yang kononnya akan menjadi negara maju tidak sampai beberapa tahun lagi sahaja.

Saya sudah hampir 5 tahun tidak makan di Ikea Malaysia di mana dalam masa 4 tahun saya makan di Ikea Jerman. Pengalamannya ibarat langit dengan bumi.

Di Ikea Frankfurt, hanya ada seorang makcik berbangsa Turki bertudung bertugas menambah kopi dan susu sahaja. Tidak ada pengemas meja, tukang sapu lantai dan sebagainya. Restoran bersih dan kemas walaupun sarat dan padat dengan pengunjung.

Selesai makan semua mengemas meja sendiri, kutip setiap sisa dan butiran yang jatuh ke lantai, lap meja dengan tisu dan susun kembali kerusi dengan kemas. Tray dibawa ke tempat yang disediakan.

Sekali sekala jika tiada kerja makcik Turki tadi akan berjalan ke ruang makan restoran untuk ejas-ejas sedikit kerusi supaya lebih "perfect".

Jika anda datang dan meja penuh ketika itu, sesiapa yang hampir selesai makan akan segera menghabiskan makanan dan mengemas meja lalu mempelawa anda duduk di meja tersebut.

Bagi yang membawa anak kecil lagi mudah. Anda sentiasa diberi keutamaan, mereka akan segera mempelawa anda duduk di meja mereka yang telah mereka kemaskan.

Sikap-sikap begini yang membuatkan saya sangat rindukan Jerman. Sebuah negara yang kononnya kafir dan jahat dengan rakyatnya yang ganas dan garang. Sebaliknya kita di timur ini terkenal dengan ramah mesra dan adab sopan.

Kononnnnn.

Selepas banyak bulan sudah kembali ke Malaysia, beberapa kali juga saya jejakkan kaki ke Ikea untuk membeli barangan, dan cuba juga untuk masuk ke restoran dan menikmati bebola daging yang hampir 5 tahun saya tidak merasa.

Namun apabila melihat keadaan restoran, tak mengapalah. Lebih baik saya tapau sahaja di warung Kak Timah di bawah pokok ceri di Jalan Sungai Buloh ketika mengarah balik ke Shah Alam nanti.

Makan dan mengemas sendiri di rumah adalah lebih baik dari sakit hati melihat sikap rakyat Malaysia yang acah-acah tuan besar, pengotor dan pemalas.

Apa nak jadi dengan kita ni?

Entahlah..I dont know.

Tepuk dada dan tanya iman masing-masing.



https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1091569157561006&id=427414623976466&flyingspaghettimonster=7&_ft_=qid.6258879412171471255%3Amf_story_key.7880635503588003599&__tn__=%2As
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2016 10:25 AM | Show all posts
apak la angkaw asik pergik ikea sajak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Well, kebanyakan rakyat Malaysia yg rasa diri kelas tinggi sgt tp attitude hauk, bajet mcm bagus tp benda mcm tu pun tak dibuat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Mulakan dari diri kita sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Itu tak masuk lagi pe'elah so yang terus datang depan potong queue..

Atau orang yang main cop2 meja.langsungtak peduli orang lain yang dah pegang pinggan mencari tempat duduk..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 10:34 AM | Show all posts
fefeling ummah urban shopping di ikea walhal atitude hauk memasing... tetap PPRT
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2016 10:39 AM | Show all posts
heheh...syumul sis...moslem sunni malaysia...itu lah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 10:39 AM | Show all posts
setuju sgt dgn keluhan penulis ni..

meols sakit hati sgt dgn org yg malas mengemas lepas mkn ni..

selfish sgt.. kdg2 anak2 tumpahkan mknn kat kaki kita pon, mak bapak still wat dekk jah..

kate rakyat mesia tinggi budi bahase..

tp mcm dah terhakis jew..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2016 10:39 AM | Show all posts
saya dah perasan isu ini dah lama..tak payah ke Ikea pun kita boleh nampak attitude yang sama di KFC dan McD
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurang kesedaran sivik

Kencing kat rumah orang pun merecik recik kuning kat seat jamban, macam mana nak jadi ketua keluarga hampeh punyer jantan
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 10:54 AM | Show all posts
Penduduk tanah melayu ni kalau nak tahu bukan sahaja terburuk di dunia tapi terburuk di alam semesta.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 10:56 AM | Show all posts
delsmomm replied at 8-3-2016 10:39 AM
setuju sgt dgn keluhan penulis ni..

meols sakit hati sgt dgn org yg malas mengemas lepas mkn ni.. ...

sbb tu ade forumer puji ummah kafir yg jauh lg bertamadun dr so called islamik bertudung labuh berjubah.... tp attitude fail...
opis sblh ikea je tp idoklah nak p makan kat ikea.... penuh sgt org...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Senarai top 3 ummah hauk

1. Prc
2. India
3. indon
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 11:05 AM | Show all posts
ai penah acah2 jadi rakyat negara maju, lepas makan kepsi pegi angkat tray n buang isi tray kat tong sampah dia tu.. sekali ai terbuang pinggan plastik kepsi tu sekali .. ai lupa ingatkan macam mcd semua pinggan kertas
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 11:05 AM | Show all posts
ikea ni hari biasa pun penuh..mana dtg manusia pun aku tak tau la.. lagi satu klu mkn jenis pemalas nak bangun buang sisa mkn and letak tray kt tempat khas dia tu..nak hrp bangla tu jgk yg kutip.. kesedaran sivik dan moral tak ada.. lepas tu klu restoran ikea tu penuh ada manusia dah abis mkn jenis tak reti2 nak berambus dari situ bagi org lain plk yg mkn..dok duduk berborak kat situ lagi.. aku klu mkn sana abis mkn terus chow..tak kisah la penuh ke tak penuh..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku bukan nak angkat bakul tp aku sekeluarga hanya segelintir kecil yg kemas blk meja bile dah makan kat ikea.biarlah kami pakaian imej islamik bukannya urban tp aku dah ajar anak2 tuk clean up after yourself.even kat kepsi mcd.reason being,jijik sgt ko tunjuk sisa baki kotoran makan uolls kat org..kalo kat kedai makan biasa pon aku stack the plate n smpah kumpul satu pinggan..xkan smpai nak ke dapur trus cuci ye dak..haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2016 11:10 AM | Show all posts
ummah tanah air di akui perangai memang macam bangsat majority nya..
berapa kerat jah ummah yang ada moral tinggi yang akak kenali sepanjang riwayat hidup akak ini.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 8-3-2016 10:56 AM
sbb tu ade forumer puji ummah kafir yg jauh lg bertamadun dr so called islamik bertudung labuh ber ...

ello sis...xde kena mengena dgn islam ke kafir tp psl pembawakn dr kecik..generasi kita dlu mana layan diri sgt.baru recent times layan diri kemas pinggan dibawa kat malaysia.cer tgok kat ikea,,kepsi sume tu..semua kaum pelbagai agama x kemas bukannya hijabees sajork okeyh.yg buruk2 mesti kata Islam..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 11:16 AM | Show all posts
InVendeTTa replied at 8-3-2016 11:07 AM
Aku bukan nak angkat bakul tp aku sekeluarga hanya segelintir kecil yg kemas blk meja bile dah makan ...

bagus la ajar anak2 ni kemas sendiri.... aku dulu kecik2 diajar gitu la.... makan basuh sendiri.....  dah besar2 senang.....
bkn takat senangkan mak n adik2 yg dok msk.... pinggan mangkuk seme dah kemas.... takde konsep goyang2 kaki tunggu makan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 11:19 AM | Show all posts
tepek laa sekeping dua pic buat tatapan.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.063949 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list