CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2188|Reply: 12

[Tempatan] {3}Puting beliung di Alor setar: 4 rumah & gerai rosak!

[Copy link]
Post time 8-3-2016 04:14 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tongkatwaran75 at 8-3-2016 08:58 AM

Isnin, 7 Mac 2016 @ 11:47 PM

Alor Setar: Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan menerima maklumat berhubung pembentukan puting beliung di Titi Gajah berhampiran TH Hotel dan Pusat Konvensyen Alor Setar 3.18 petang tadi dan sedang mengumpul maklumat.

Timbalan Ketua Pengarah (Cuaca dan Iklim) Jabatan Meteorologi Malaysia Alwi Bahari berkata, pihaknya  kini sedang mengumpul maklumat mengenainya untuk mengetahui kejadian itu.

"Puting beliung biasanya terbentuk dengan kelembapan udara dan pembentukan awan ribut, bagaimanapun berdasarkan rakaman mengenai kejadian itu yang kita terima, faktor itu tidak ada. Apa pun kita sedang kumpul maklumat mengenainya.

“Berdasarkan rakaman itu kita percaya ia lebih kepada puting beliung jenis pusaran debu yang biasanya terbentuk akibat cuaca panas dan selalunya berlaku di padang pasir,” katanya.

Sementara itu, di Taman Wira Mergong, di sini, bumbung empat rumah dan khemah gerai minuman di hadapan sebuah sekolah turut rosak akibat angin kencang.

Pemilik gerai Nor Zami Ikhwan Azmi, 27, berkata,  dia bersama dua rakan sedang melayan seorang pelanggan sebelum dikejutkan dengan kehadiran angin kencang  kira-kira 5.30 petang.

Katanya, angin kencang selama lebih 10 saat menerbangkan khemah dan peralatan berniaga.

"Pada masa sama, pelanggan terbabit berlari masuk ke dalam kereta yang diletakkan tidak jauh dari gerai untuk menyelamatkan diri.

“Seorang rakan sakit badan akibat terkena penutup tong air batu yang turut diterbangkan angin," katanya.

Nor Zami berkata, itu kejadian pertama kali menimpanya dan ia benar-benar berlaku di depan mata.

“Pada awalnya saya sangka ia hanya angin biasa, namun terkejut apabila melihat ekor pusaran angin selepas ia bergerak melepasi khemah,” katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/121063#sthash.o8YLmLA6.dpuf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2016 04:18 AM | Show all posts
Edited by tongkatwaran75 at 8-3-2016 04:30 AM




Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 04:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Wahhhhhh....scarynyeeee
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Abang tong...kat berita malam tadi ckp aloq staq...dua tpt yg berlainan serentak ka??..sbb kat berita smlm bgtahu kejadian dlm kul 3...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 06:22 AM From the mobile phone | Show all posts
TH hotel ni kat alor setar kan sbb pernah pergi dan bermlm disana
Apa pun scarynya tgk gambar tu
Teringat kejadian kat penang tahun 2013 dulu, nsb baik kami x diterbangkan
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk kat perlis tp artikel kat loq staq
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-3-2016 08:59 AM | Show all posts
awaynepian replied at 8-3-2016 06:01 AM
Abang tong...kat berita malam tadi ckp aloq staq...dua tpt yg berlainan serentak ka??..sbb kat berit ...

tq


Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 09:04 AM | Show all posts
Scarynya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2016 09:17 AM | Show all posts
scary tul...
kerap benar dah puting beliung kat malaysia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 09:38 AM | Show all posts
Kedah = Tornado Alley
Kulim = Ghost Capital
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 10:55 AM | Show all posts
waa cuak bro ttbe puting beliung mai...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
fatehana replied at 8-3-2016 06:22 AM
TH hotel ni kat alor setar kan sbb pernah pergi dan bermlm disana
Apa pun scarynya tgk gambar tu
T ...

Lebih kurang 7km dari pusat bandar..... dekat dgn epot
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 02:07 PM | Show all posts
ttiber teringat baby2 itik ni....kesian sgt....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.075120 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list