CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28059|Reply: 217

Faizal AF4 kembali selepas insaf menjadi penagih dgn berbini ke3

[Copy link]
Post time 6-3-2016 02:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by fahmein at 6-3-2016 02:42 PM

Juara program realiti Akademi Fantasi (AF) musim keempat, Mohammad Faizal Ramly atau Faizal, 32, mengakui kegagalannya mengawal diri hingga terjebak dengan anasir negatif meragut kerjaya seni dan hampir memusnahkan hidupnya. Anak kelahiran Marang, Terengganu itu berkata, populariti yang diraih membuatnya lupa bumi yang dipijak dan akhirnya terjebak dengan perbuatan sia-sia. Ketelanjurannya itu juga menyebabkan dua perkahwinannya menjadi korban. Kesal dengan apa yang berlaku, Faizal yang pernah dinobatkan sebagai Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2006 mengakui dirinya sudah berubah, malah pertemuan dengan isteri yang dinikahinya pada November lalu, Sahidatul Najiha memberikan harapan kepadanya untuk memulakan hidup baharu. "Ia perkahwinan ketiga saya dan tidak dinafikan, pada permulaan isteri kerap menangis kerana perbuatan saya. Alhamdulillah, berkat doa dan kesungguhannya yang ingin melihat saya berubah, saya tidak lagi terbabit dengan gejala yang sia-sia. Saya tidak mahu melihatnya menderita lagi. "Tanpa sokongannya dan rakan kongsi perniagaan, Linda Mohd Shariff, kehidupan saya mungkin masih terumbang-ambing. Mungkin saya tidak mewah, tetapi apa yang ada hari ini cukup untuk membahagikan isteri dan keluarga. "Saya bersyukur isteri yang kini hamil tiga bulan menerima saya seadanya malah tidak pernah berputus asa untuk melihat saya kembali pulih," katanya. Faizal yang pernah popular dengan lagu, Datanglah dan Lihatlah mengakui, dakwaan mengatakan dirinya terjerumus dalam gejala negatif adalah benar. Ia bermula apabila dirinya terpengaruh dengan hasutan rakan-rakan untuk mencuba dan tanpa disangka, memberikan kesan buruk kepada kehidupannya. Disebabkan terlalu mengikut kata hati, dua perkahwinannya yang terdahulu gagal diselamatkan. Menurut Faizal, perkahwinan pertamanya bertahan selama tiga tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Alia Damia, 7. Perkahwinan kedua pula musnah tidak sampai setahun. "Saya tidak menyalahkan bekas isteri kerana kegagalan itu berpunca daripada kesilapan sendiri. Ketika berdepan konflik rumah tangga, saya semakin hanyut kerana terlalu tertekan. Tidak mahu terus hidup begitu, saya nekad pulang ke kampung halaman, tiga tahun lalu. "Saya tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Cukup sudah saya melalui derita yang berpanjangan. Dulu, saya dikenali ramai tetapi kerana kesilapan sendiri, saya dihina dan dipandang sebelah mata. Alhamdulillah, saya sudah pulih sepenuhnya dan ingin membuka buku baharu dalam kehidupan," katanya. Kembali menetap di Kuala Lumpur, Faizal kini mengusahakan perniagaan bersama Linda dengan menghasilkan produk kecantikan dan kesihatan, Beauty 18 menerusi syarikat, Care Synergy Sdn Bhd. Dilancarkan beberapa bulan lalu, mereka memperkenalkan enam produk untuk penjagaan kesihatan dalaman dan luaran. "Saya juga menjadi duta produk ini, malah terhutang budi dengan Linda yang memberi peluang kepada saya untuk terus bernafas dan mencari rezeki. "Saya lebih bersemangat untuk bekerja selepas sihat dan pulih sepenuhnya. Saya juga merancang untuk menghasilkan single baharu yang berkisar mengenai kehidupan silam saya yang penuh kelam," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/131059
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2016 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Relevan lagi ke dia ni... pfftthhhhh

@dino ni idola hang ni.... dalam diam da ada 3 bini....

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak ai..dlm tenggelam tenggelam timbul ...berbini tak henti2.. teror ko...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
ade 3org bini dh hebat mu bro
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 02:49 PM | Show all posts
ade girl yg nak..untung la
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
faizal, mohon ko blajar dari ezad lazim, saleem, jamal dan radhi oag cara bertaubat nasuha dgn betul
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2016 02:51 PM | Show all posts
oh pernah ada gosip dia penagih dadah ke dulu?

sendu frozen pun berbini sampai 3 kali

apapun semoga berjaya dgn bisnes,tok sah nyanyi dah pun takpe
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 02:51 PM | Show all posts
ironi sangat ko nyanyi lagu ganu kat konsert..saleem datang pastu adlin nasihat jangan isap dadah..tu la tak dengar nasihat adlin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2016 02:51 PM | Show all posts
Dia ni lepas menang terus malap... Boleh la kot nak jemput nyanyi kat majelis kawen...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 6-3-2016 02:51 PM
oh pernah ada gosip dia penagih dadah ke dulu?

sendu frozen pun berbini sampai 3 kali

Itu sendu?
Kalu x sendu?
Zamani bila lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 02:53 PM | Show all posts
dia la kan family gadai tanah nak vote tu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 02:55 PM | Show all posts
Edited by doubleA at 6-3-2016 03:05 PM
Syd replied at 6-3-2016 02:53 PM
Itu sendu?
Kalu x sendu?
Zamani bila lagi?

kalau tak sendu dah tiga kuasa dua kot bini

zamani jodoh masih di bangku persekolahan lagi skg
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape punya hazab perangai dia lepas habis AF neh. Dulu masa zaman AF punya la baik lurus je budaknya pijak semut pn xmati. Lps jd juara terus lupa diri. Culture shock sesangat dia ni sampai amik dadah segala.

Tp mmg 1st time meols tahu yg heols amik dadah. Last news psl heols yg meols terbaca dlu psl kes heols kawin lari sampai abaikan keluarg heols sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Omg dah 3x kawin? Laku keras gamaknya retis msia ni khen
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
retis low curlast kampungan ni pun nak dijadikan tajuk gosip
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 03:04 PM | Show all posts
sayanglah dia nie suara best tapi Culture shock... knplah dak2 af yg aku minat semuanya Culture shock..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2016 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Most Org terengganu ni dgn mslh tagihan makin berleluasa.. Ape org politik wat tuk tangani mslh ni? Pas sepatutnye highlight isu ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
toxicated replied at 6-3-2016 02:51 PM
ironi sangat ko nyanyi lagu ganu kat konsert..saleem datang pastu adlin nasihat jangan isap dadah..t ...

Ya. plg nostalgic..masa tu aku ingat yg eh..adlin perli saleem tp ckp dkt faizal...huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pinkzara at 6-3-2016 03:22 PM
toxicated replied at 6-3-2016 02:51 PM
ironi sangat ko nyanyi lagu ganu kat konsert..saleem datang pastu adlin nasihat jangan isap dadah..t ...


Khen..?
Agaknya masa tu dia dh nk ting tong kot.

Khalayak je yg x tahu.
Sian adlin kena marah ngan penonton akibat celuparrr.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 6-3-2016 03:15 PM
Most Org terengganu ni dgn mslh tagihan makin berleluasa.. Ape org politik wat tuk tangani mslh ni?  ...

Ape kene mengena dgn Pas plak? Kan ke BN yg tadbir ganu??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.080358 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list