CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2249|Reply: 1

Set Sarapan Pagi Dan Minum Petang Cuma RM3, RM4 Sahaja By Asmawi Hadzri - Mar...

[Copy link]
Post time 4-3-2016 07:08 PM | Show all posts |Read mode
Set Sarapan Pagi Dan Minum Petang Cuma RM3, RM4 SahajaBy Asmawi Hadzri -
Mar 4, 2016
241
0


SHARE
Facebook

Twitter




Ehsan daripada Sinar Harian.
Zaman GST seperti sekarang ini, semua perkara mahal. Jika tiada duit kita hanya memandang sepi makanan atau minuman yang dijual.
Mungkin ramai yang tidak percaya, dengan hanya RM3, kita mampu menikmati pakej juadah sarapan pagi seperti nasi lemak, nasi atau bihun goreng, roti bakar atau lempeng pisang yang enak bersama pilihan minuman kopi atau teh di Nellis Delli, Greentown, Ipoh, Perak.

Bukan sahaja murah, malah pengunjung dapat menikmati hidangan itu dalam sebuah kafe yang selesa. Tidak kisahlah, bersarapan seorang diri, dengan rakan-rakan mahupun bersama si ‘dia’ yang tersayang.
Peluang bertemu dengan pemilik kafe berkenaan, Wan Rafiza Wan Abd Rahman atau lebih mesra dengan panggilan Jaja, 39, secara tidak langsung berjaya mengungkap bagaimana timbul idea mewujudkan pakej sarapan pagi berkenaan.

Katanya, idea pakej sarapan murah itu dibuat untuk memberi peluang serta kemudahan kepada orang ramai menjamu sarapan pagi, khususnya di sekitar kawasan Greentown.
“Saya tahu, ramai yang lewat bersarapan pagi ataupun terus ke makan tengahari sahaja. Kononnya nak ‘sekali harung.’ Tetapi itu cara yang salah kerana sarapan pagi adalah paling penting dalam kehidupan seharian. Makan sebanyak mana pun tidak mengapa.”
“Kerana itulah kita wujudkan kafe ini, yang sediakan hidangan masakan Melayu untuk sarapan pagi. Bonusnya, dengan kadar harga yang cukup berpatutan,” katanya.
Menurut Jaja, tidak hanya sarapan, pakej murah turut disediakan bagi set minum petang dengan harga RM4. Menu-menu seperti pisang goreng, keledek goreng, cucur, roti bakar serta lempeng pisang menjadi pilihan pengunjung setiap kali ke Nellis Delli.
Alangkah enaknya menikmati juadah berkenaan bersama minuman teh tarik dan kopi tarik!
Oleh itu, cubalah kunjungi kafe Nellis Deli di Pusat Perdagangan Greentown yang beroperasi mulai jam 8 pagi hingga 8 malam dari Isnin hingga Sabtu bagi menikmati sendiri juadah sarapan pagi, tengahari dan petang yang disediakan.
Apa pendapat anda pula? Jika inginkan artikel sebegini di samping perkongsian tempat makan dan travel menarik, jom follow kami di Facebook dan Instagram.

VIASHAHRIZAL AHMAD ZAINI
SOURCESINAR HARIAN


RELATED ARTICLESMORE FROM AUTHOR

Nasi Bajet Terlebih Bajet, RM4 Saha






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2016 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dekat leh la try... Ni jauhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.051043 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list