CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1973|Reply: 1

Nasi Bajet Terlebih Bajet, RM4 Sahaja Di Senawang Jaya By Asmawi Hadzri - Ma...

[Copy link]
Post time 4-3-2016 07:08 PM | Show all posts |Read mode
Nasi Bajet Terlebih Bajet, RM4 Sahaja Di Senawang JayaBy Asmawi Hadzri -
Mar 4, 2016
1010
0


SHARE
Facebook

Twitter




Ehsan daripada Sinar Harian.
Ketika orang ramai mengeluh menghadapi harga barang semakin meningkat, sebuah kedai makan di Senawang Jaya, di Seremban khabarnya menawarkan ‘nasi bajet’ yang mempunyai empat menu pilihan.

EMPAT MENU PILIHAN
Dengan harga RM3 saja, pelanggan boleh memilih menu pilihan  ditawarkan seperti ayam goreng berempah, ayam masak sambal, telur itik masak lemak cili padi dan ikan tongkol masak kari disajikan dengan ulam seperti petai, sayur timun, ikan masin dan sambal belacan.
BARU DIBUKA

Tidak hairanlah, kedai yang baru dibuka itu kini mendapat sambutan ramai, ditambah lagi dengan rasanya yang sedap.
Pengusaha kedai terbabit, Siti Nur Ahmad, 47, berkata, dia mendapat ilham membuka perniagaan itu selepas melihat ramai peniaga di tepi jalan berniaga nasi campur dengan harga murah.
“Sebelum ini saya berniaga nasi lemak dengan membuka gerai di bawah pokok sahaja. Apabila ada kedai untuk disewa, selain jual nasi lemak, saya bercadang menjual nasi bajet pula.”
“Tidak sangka pula ramai penggemar nasi bajet ini sehingga cepat habis berbanding nasi lemak,” katanya.
Meskipun harga yang ditawarkan murah, katanya, dia masih mendapat untung.
KONSEP ‘MEMBERI’
“Saya hanya dapat untung sedikit sahaja kerana harga barang sudah naik sekarang. Walaupun sedikit, saya tetap bersyukur kerana saya berniaga dengan mengamalkan konsep ‘memberi’ kepada pelanggan.
“Lagipun, suami saya bekerja di pasar dan mudah mendapat bekalan dengan murah kerana tidak perlu melalui orang ketiga,” katanya.
WAKTU OPERASI
Siti Nur berkata, kedainya itu dibuka dari jam 11 pagi sehingga 5 petang dan beroperasi setiap hari.
“Keunikan nasi bajet saya berbanding peniaga lain ialah saya menawarkan empat menu pilihan setiap hari dan nasi juga diberi lebih.
“Kadang kala, saya tambahkan juga telur masin dan juga ulam lain sebagai menu tambahan,” katanya.
Apa pendapat anda pula? Jika inginkan artikel sebegini di samping perkongsian tempat makan dan travel menarik, jom follow kami di Facebook dan Instagram.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2016 11:25 PM | Show all posts
suka sgt tgk mereka berniaga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.257834 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list