Tidak diketahui apakah punca utama yang menyebabkan seorang wanita dipercayai warga Indonesia ini dilibas dengan getah paip beralu-talu. Video berdurasi 36 saat itu di muat naik di laman facebook Friends of BN - Barisan Nasional pada jam 3 petang tadi.
Kejadian dipercayai berlaku di Pulau Pinang dan jika dilihat didalam video tersebut, keadaan sekitar seperti didalam sebuah pusat snooker.
Wanita tersebut kelihatan menahan sebatan dan mengerang kesakitan akibat di libas getah paip oleh seorang lelaki yang dipercayai berbangsa Cina.
Video itu mendapat banyak reaksi dari nitizen yang rata-rata mengutuk perbuatan kejam itu. Menurut beberapa komen di laman facebook itu, ramai yang mengaitkan video tersebut dengan sindiket pelacuran.
Terdahulu, video yang memaparkan seorang lelaki warga Indonesia yang dipukul dan disebat dengan getah paip turut menjadi viral di media sosial.
Apa pun, adalah lebih baik jika kita tidak membuat spekulasi dan serahkan pada pihak polis untuk menyiasat punca sebenar kejadian. - CARI Infonet.
*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.