Oleh Izzah Abbasy
Anak-anak yang dilahirkan adalah amanah daripada Allah SWT. Sebab itulah, ibu dan ayah selalu berpesan supaya belajar rajin-rajin, saling menghormati dan jaga adab dengan sesiapa pun.
Bukan sahaja ingin melihat anak-anak mereka berjaya, bahkan ingin terus disayangi dan mengingati mereka apabila berjaya dan setelah berkahwin.
Gambar hiasan
Hari ini berapa ramai yang memberi wang kepada ibu bapa? Tak ramai kan? Bila masing-masing dah berjaya, ibu dan ayah di kampung pun boleh dilupakan.
Kisah seorang pakar motivasi, saudara Nazali Noor di laman Facebooknya sebuah catatan cerita pengalamannya bersama arwah ibunya dulu yang cukup memberikan kesan kepada setiap yang membacanya. Seorang ibu yang hebat.
Bagaimana duit gaji yang dilihat sedikit dan kecil tetapi besar maknanya dalam kehidupan anak-anak? - CARI Infonet
"Onn nak hidup berkat tak nanti?
Kalau Onn nak hidup berkat Onn kena bagi duit gaji kat mak ayah.
Mak tak harap banyakpun.
Sikitpun takpa. Ambik berkatnya tu.
Onn tau tak mana mana mak ayahpun besarrrr sangat hati kalau dapat duit dari anak anak tau?"
Dahi saya tambah berkerut.
Saya tanya mak
"Berkat tu cemana eh mak?"
Mak senyum lagi,
Mak jawab,
"Berkat tu kita rasa tak pernah sempit.
Walau sikit aja duit kita tapi tak sempit. Selesaaaa aja.
Kadang kadang sebab duit kita susah hati.
Tapi kalau berkat kan Onn, rezeki kita yang tak banyak tu kita boleh kongsi kongsi lagi kat orang"
Saya mula faham. |