Hubungan Dengan Ariz Forteen Renggang, Zulin Aziz Tampil Beri Pendedahan!
Hubungan Dengan Ariz Forteen Renggang, Zulin Aziz Tampil Beri Pendedahan! | Diketahui umum, hubungan yang terjalin antara pelakon dan pengacara Zulin Aziz dan Ariz Forteen sangat rapat sehingga menjadi bualan dalam kalangan netizen. Namun begitu, timbul desas-desus mengatakan hubungan mereka kelihatan renggang kerana campur tangan dari peminat.
Bagi menjawab spekulasi tersebut, Zurin Aziz mendedahkan perkara sebenar. Menurut Zulin Aziz, hubungan mereka terjalin baik malah tidak pernah bergaduh sesama sendiri. Namun dek kekangan masa ditambah pula masing-masing sibuk dengan kerjaya menyebabkan mereka jarang berjumpa.
“Kami berdua sebenarnya tidak ada masalah, hubungan kami masih baik apatah lagi bergaduh pun tidak pernah.
“Cuma keadaan tidak mengizinkan kami bertemu lagi, ini kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya. Kami sudah lama tidak berjumpa kira-kira dalam lingkungan tiga ke empat bulan, sebab itulah kami dilihat sudah renggang dan tidak bersama lagi,” katanya.
Tambah Zulin, perkara ini ada baiknya agar tidak menjadi perbualan netizen yang salah faham tentang persahabatan kami berdua. “Sekurang-kurangnya orang tidak salah faham akan hubungan kami, jadi tak perlulah saya nak pening-pening fikirkan apa yang orang nak cakap tentang kami berdua,” ujarnya.
Dalam pada itu, Zulin berharap agar tidak ada lagi spekulasi mengenai dirinya dengan Ariz Forteen selepas ini. Ini kerana dia pernah berasa kecil hati dengan tohmahan orang walaupun hubungan mereka tidak lebih daripada kawan baik sahaja.
|