CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1118|Reply: 2

[Tempatan] Pavilion masih lagi selamat, sama seperti dulu - Bijan

[Copy link]
Post time 22-2-2016 09:14 PM | Show all posts |Read mode
Najib lawat operasi rondaan PDRM, ATM di Pavilion
Published: 22 February 2016 7:48 PM


Datuk Seri Najib Razak hari ini  meninjau operasi rondaan bersama Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia bagi menjaga keselamatan awam di sekitar ibu negara.

Perdana menteri singgah di pusat membeli-belah Pavilion dan meluangkan masa kira-kira 45 minit untuk melihat operasi kedua-dua pasukan di situ.

Turut hadir ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.


Khalid berkata lawatan Najib ialah bagi meninjau operasi bersama PDRM dan ATM di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi menjaga keselamatan awam di sekitar Kuala Lumpur.
"Hasil perbincangan bersama PDRM dan ATM kami bersetuju untuk meneruskan rondaan hingga kita rasa tidak perlu lagi," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata seramai 170 anggota PDRM dan 170 anggota ATM terlibat dalam rondaan yang dijalankan selama 24 jam sehari di sekitar kawasan tumpuan orang ramai di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Zulkifeli berkata rondaan bersama itu adalah untuk memantapkan lagi keselamatan dan keyakinan rakyat dan pelancong asing khususnya selepas insiden letupan yang berlaku di Jakarta pada bulan lepas. – Bernama, 22 Februari, 2016.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.wsbV8quS.dpuf
ingat tak dulu hisam bapok berkata bahawa malaysia masih selamat aman damai semasa berjalan bersama satu batalion polis di pavilion? kali ni bijan cek bersama polis dan askar, confirm masih selamat aman damai...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2016 09:43 PM | Show all posts
Turut hadir ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.


Anak ni cerita kat kawan dia, Ahh legaaaa....aku rasa selamat sangat kat sini sebab daddy and mummy aku ada sekali kat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 07:38 AM | Show all posts
bodoh la ko, ko diiringi polis...x kn x selamat...bodoh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.080675 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list