Oleh Izzah Abbasy
Betul bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Mendalam, tetapi jika kita tafsirkan semula pepatah tersebut, ia bermaksud walaupun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga jauh lebih baik.
Namun, jika negara atau negeri kita tidak mendatangkan kebaikan, lebih baik kita merantau mencari pengalaman yang jauh lebih bagus. Betul tak? Semakin jauh perjalanan, semakin luas pemandangan dan pengetahuan.
Penulis tertarik ingin kongsikan dengan anda apabila Kamalia Kamal memuatnaik pendapat beliau mengenai "Kenapa ramai Malaysian berpindah ke Perth?"
Ini pendapat daripada beliau.
Krisis ekonomi hari ini membolehkan sesiapa sahaja membuat penilaian dan perbandingan dari segi keselesaan, tahap gaji dan kemakmuran sesebuah negara. Jika ia bagus dan membantu untuk kita hidup bahagia tanpa tertekan dengan masalah ekonomi, tiada salahnya berhijrah. Betul tak?
Jika kita kaji dan lihat semula negara yang membangun lain mengenakan cukai yang tinggi tetapi ia kembali semula kepada rakyatnya dengan yuran belajar rendah, harga barang-barang keperluan sangat murah dan sebagainya. Ia sangat membawa kebaikan kepada rakyatnya sendiri. Tetapi di Malaysia? Anda boleh fikirkan sendiri kan? Boleh berkira-kira jugalah nak pindah ke Perth ya. Hehehe - CARI Infonet
|