CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7412|Reply: 50

Penangan konsert tujuh Datuk, tiket termahal RM5,000 habis dijual

[Copy link]
Post time 19-2-2016 06:15 PM | Show all posts |Read mode
Istana Budaya mencipta sejarah apabila tiket konsert termahal berharga RM5,000 yang menampilkan tujuh penyanyi dengan gelaran datuk habis dijual.

Konsert Raja dan Rakyat Berpisah Tiada menampilkan Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Hattan, Datuk David Arumugam, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Yusni Hamid, Datuk Leonard Tan dan Datuk Rossa yang bakal beraksi di Panggung Sari Istana Budaya pada 27 Februari ini.

Menurut Adinda Sultan Pahang yang juga merupakan penaung konsert, Datuk Seri Tengku Kamaruzzaman Sultan Sir Abu Bakar, sambutan yang diberikan amat menggalakkan dan tiket termahal itu berjaya dijual selepas baru beberapa hari penjualan tiket dibuat.

“Alhamdulillah, Konsert Raja dan Rakyat Berpisah Tiada mendapat sambutan yang luar biasa sehingga tiket berharga RM5,000 habis dijual.

“Ini secara tidak langsung mengangkat martabat dan prestij Istana Budaya sebagai sebuah panggung bertaraf dunia.

“Tambahan pula, persembahan kali ini akan menampilkan gaya dan kepakaran teknologi pentas terkini yang pasti akan memukau penonton yang hadir,” katanya pada sidang media Konsert Raja dan Rakyat Berpisah Tiada bertempat di Istana Budaya pada Selasa.

Tengku Kamaruzzaman juga menyatakan konsert tersebut cukup istimewa kerana ia menampilkan tujuh barisan penyanyi yang  telah menerima Darjah Kebesaran  daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar.




“Buat pertama kalinya dalam sejarah konsert ini menampilkan tujuh nama penyanyi yang menerima Darjah Kebesaran daripada KDYMM Sultan.

Selain konsert, sebuah pameran Diraja juga turut diadakan secara percuma selama empat hari bermula dari 24 hingga 27 Februari ini di ruang legar, Istana Budaya sempena meraikan Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang ke-85 tahun.

Untuk mendapatkan tiket konsert, sila hubungi Encik Aizam (014-5223696) dan Encik Asrul (017-3910746).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2016 06:23 PM | Show all posts
indon sial ni dpt dato? dato rosa? what the hell...apa sumbangan dia??? oh lupa...sumbangan dia membodek, mengampu sultan....
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 06:29 PM | Show all posts
konsert la pepuas mek iti, pehtu buat anak okey
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dato Rossa? Wow. Hebat
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 06:37 PM | Show all posts
MH37O replied at 19-2-2016 06:23 PM
indon sial ni dpt dato? dato rosa? what the hell...apa sumbangan dia??? oh lupa...sumbangan dia memb ...

Lama dah dia dapat dato'. Xsilap balik dari aji taun bila tah. Biasala dato' dari sultan negeri yg pemurah bagi pangkat dato' tu lah. Yg xde apa2 sumbangan pon dapat jugak. pfft
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiap thn kot dato rossa tu wat show kt istana.. skali dtg istana rm80k tau dia nyanyi.. tu x msk harga musician dan lain2 yg dia bwk dr yindon...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2016 06:54 PM | Show all posts
leonard tan pun dpt datok.pelik gua
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 06:57 PM | Show all posts
Orix replied at 19-2-2016 06:29 PM
konsert la pepuas mek iti, pehtu buat anak okey

tetap busy sana sini bila nya tokti rehat? kata tahun ni nak anak tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2016 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 19-2-2016 06:57 PM
tetap busy sana sini bila nya tokti rehat? kata tahun ni nak anak tu

entahle. sheols pn makin tembun ya hampunn.. jganla duk galak amek job mse tembun ni.. sakitmata iols.. kata last knsert sheols kt klcc nnt pehtu nk fokus buat anak.. selama ni sheols buat anak tak fokus hokayyy
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 07:08 PM | Show all posts
Orix replied at 19-2-2016 07:06 PM
entahle. sheols pn makin tembun ya hampunn.. jganla duk galak amek job mse tembun ni.. sakitmata i ...

choy!

bila konsert klcc tu noks? selepas 7 datuk ni ke?


Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 19-2-2016 07:08 PM
choy!

bila konsert klcc tu noks? selepas 7 datuk ni ke?

5 n 6 mac.. knsert free yonder music sponsor..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 19-2-2016 07:06 PM
entahle. sheols pn makin tembun ya hampunn.. jganla duk galak amek job mse tembun ni.. sakitmata i ...

Hahahaha.xfokus!lawak kau nihhh.semoga ada rezeki dia hendaknya
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
lgu yg sma...venue lain arrangement music lain...bosan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Esok2 semua artis dapat Dato'....la...David Arumugam pun dapat dato' dr soltan Pahang? Kesiannya...negeri sendiri x mo bg....Leonard Tan tu tetiba muncul dpt dato'? Ada lagu heshe yg sedap...Bintang Bukannya Satu
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
c===8 replied at 19-2-2016 06:54 PM
leonard tan pun dpt datok.pelik gua

Sbg peminat Leonard Tan meols pelik jugek...tp pikir2 balik mesti dia byk menyanyi istana or ada projek dgn kerabat pahang.

Rindu nk dgr leonard tan menyanyi cam dedolu.

Anyway, catchy plak nama Konsert 7 Datuk ni... lagi best drpd nama konsert ni yg sebenar.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
joey_mcintrye replied at 19-2-2016 09:14 PM
Esok2 semua artis dapat Dato'....la...David Arumugam pun dapat dato' dr soltan Pahang? Kesiannya...n ...

Lagu Bintang Bukan Satu tu lagu zmn2 meols sek menengah. Sedap nya suara LT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2016 09:54 PM | Show all posts
Kena google who is leonard tan

5 & 6 mac ada malam nada biru. Adibah noor, julie sudiro, atilia, najwa mahiaddin, salamiah hassan, jaclyn, dina nadzir, yusni hamid. Tiket rm80 - 180 - 200.

Gigih type satu2 nama. Kwn ajak pegi tapi tak minat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 19-2-2016 09:20 PM
Lagu Bintang Bukan Satu tu lagu zmn2 meols sek menengah. Sedap nya suara LT

Kira kita ni lebih kurang sebaya la....antara yg Ioulls ingat liriknya....tiada lagi teman seiringan...terpenjara ku keseorangan...mencari tapak untuk berdiri...lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 10:00 PM | Show all posts
kalau baling batu, terkena mana satu datuk
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Igtkan hasil tiket tu nk derma or bantu rakyat yg susah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.111283 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list