View: 3197|Reply: 23
|
[Tempatan]
Bauksit: Penduduk Kuantan berisiko besar hidap penyakit genetik
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR 16 Feb. – Penduduk Kuantan mungkin berdepan risiko menghidap beberapa penyakit genetik berikutan pencemaran air yang berlaku akibat aktiviti perlombongan bauksit secara berleluasa di beberapa buah kawasan di Pahang.
Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Maketab Mohamed (gambar) berkata, hasil kajian terhadap sampel air sungai di sekitar tapak perlombongan di Bukit Goh dan Bukit Sagu termasuk Sungai Pahang pada 3 Disember lalu mendapati ia tercemar dengan bahan kimia se­­p ­e­­r­­­ti plumbum, kadmium, kromium trivalent, merkuri dan aluminium.
Katanya, walaupun hasil kajian mendapati kandungan bahan kimia tersebut masih rendah namun dalam jangka masa panjang penduduk yang berterusan menggunakan air tercemar berdepan risiko menghidapi penyakit genetik se­perti minamata dan itai-itai.
“Saya bimbang merkuri yang terdapat di Bukit Goh bertukar kepada meta merkuri iaitu bahan kimia yang menjadi penyebab berlakunya penyakit genetik minamata. Pertukaran tidak berlaku dalam masa terdekat kerana melibatkan masa antara 10 ke 15 tahun lagi.
“Apa yang mahu saya jelaskan di sini mungkin sekarang kandungan bahan kimia seperti merkuri masih rendah, namun apa akan berlaku pada masa hadapan. Jangan lihat kesan dalam masa terdekat, inilah perkara yang saya takut berlaku di Pahang,” jelasnya.
Belia berkata demikian ketika membentangkan hasil kajiannya dalam Forum Sustainable Mining: Case Study Of Bauxite Mining in Pahang anjuran Institut Sains Sa­mudera dan Bumi (IOES), Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.
Dalam pada itu, Maketab menggesa Kementerian Kesihatan menjalankan pemeriksaan terhadap air yang dicemari sekerap mungkin dan memberi amaran kepada penduduk untuk tidak menggunakannya jika didapati kandungan bahan kimia­nya tinggi sehingga boleh menjejaskan kesihatan mereka.
“Setahu saya ketika ini kementerian menjalankan pemantauan air di loji pemprosesan tiga bulan sekali. Dalam tempoh masa tiga bulan macam-macam boleh berlaku. Pemeriksaan perlu dijalankan lebih kerap seperti dua minggu atau sebulan sekali.
“Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) harus memainkan peranan dengan segera dengan memberi amaran kepada pengguna jika mendapati air minuman tidak selamat untuk digunakan,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Wah nanti bleh berlakon deathpool sbg Pak pacak |
|
|
|
|
|
|
|
untong ler......patut laa ramai penyokong membanjiri stadium felda skang......dah kaya |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat movie erin brokovich |
|
|
|
|
|
|
|
ok la tu, ada cash dapat cash |
|
|
|
|
|
|
|
best cite tu kan. nmpk cam minah ronggeng ngan seksinya, tapi bijak. |
|
|
|
|
|
|
|
untung la syarikat pengilang air - RO water, mineral water, water water. ni la masanya nk luaskan bisnes kat kuantan nun. semua kena beli air korang sebab air paip kat kuantan xselamat utk diminum. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu basuh kreta kat kuantan, kalau sb bauksit dkira harga lain noks. rege kete x kena bauksit rege biasa.
lps ni air pun gtu gak kot. air tercemar = free![](static/image/smiley/default/sleepy.gif)
air bersih tanpa pencemaran bauksit = berbayar![](static/image/smiley/default/party0048.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
ni project "terbela"
ada org tu ngamuk2 bila cameron highland kena gondol dek cina. bila kuantan kena banjir boksit dia diam je...
huh sgt hokey |
|
|
|
|
|
|
|
Siapakah babi yang ko maksudkan itu?![](static/image/smiley/default/shy.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
jadik mutant la kang org pahang nihh ![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
salah dorang sendiri lah..hari tu mengamuk cakap kalau hentikan perlombongan bauksit ni dorang takde pendapatan kan..cash lah |
|
|
|
|
|
|
|
bauksit kat pahang, lynas kat pahang.. minta dijauhkan anak2 bermutasi menjadi najib |
|
|
|
|
|
|
|
memang teruk la debu bauksit ni,
melekat kot debu merah kat penghadang jalanraya..
da jadi satu tugas bomba pulak nak kena tolong cucikan besi penghadang kat kuantan tu..
sekali cuci, 4-5 jentera bomba dok bersusun tepi jalan..
tak pasal2 aje bertambah tugas abam bomba..
dengan segala daun pokok tukar jadi kaler merah..
satu hal lagi nak siram kasi bersih itu daun pokok.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak berbaloi langsung. Yang bagi ladang sawit untuk digondolkan pun, walau dapat duit banyak pon, aku rasa tak berbaloi in the long run - anak cucu, and silap aribulan, diri sendiri pun bakal kena penyakit pelik2 and no amount of duit can help you. Tapi tu la.. untungla masih ramai orang tak cerdik... senang segelintir orang buat $$$
Kat area muadzam, kononnya ada juga kawasan sawit yang ada mineral (bauksit kot) and puak2 tertentu katanya nak mintak untuk korek juga.. tapi derang tak bagi. Kalau betul, harap tak jadi lah.. kalau tidak, mmg stuuuuupiddd lah |
|
|
|
|
|
|
|
prof. ni tak takut duruhaka pada Raj bayangan tohan ka? ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
abangbikerz replied at 17-2-2016 05:11 PM
Nak sgt monarchy kan??
Kheeen
Padan muka la ummah kuantan ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku tunggu je hauk tu bukak mulut tapi smpai skrg senyap membisu. tak de pulak bergerak gempita laungkan.....
dulu bukan main siap terjah naik helikopter gi serang tanah sejuk dingin bila tnah tu kena seranganbanglavirus dan jentolak dek di kepalai oleh cinakepalauto sampai gondol gara2 nak tanam sayo.
"habis tanah saya kena tarah. saya tak benarkan tanah saya jd begini. mana perginya menteri2."
nampak sgt kau tak duduk kat kuantan mahupun kat pahang. puii sgt perangai kau. |
|
|
|
|
|
|
| |
|