CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3102|Reply: 17

[Dunia] Ingatan pulih selepas 30 tahun

[Copy link]
Post time 16-2-2016 10:41 AM | Show all posts |Read mode
OTTAWA 14 Feb. - Seorang lelaki di Kanada yang hilang ingatan selama 30 tahun selepas terlibat dalam satu kemalangan, akhirnya mengingati identitinya semula, baru-baru ini.


Portal CNN yang memetik kenyataan Polis Wilayah Niagara melaporkan, Edgar Latulip, 51, yang berasal dari Kitchener, Kanada, mula mengingati namanya sejak dia berkhidmat sebagai pekerja sosial pada 7 Januari lalu.

Jelas laporan itu, Latulip me­ninggalkan kawasan kediamannya pada 1986 dengan menaiki sebuah bas ke Air Terjun Niagara, tetapi mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan ke bandar St. Catharines yang menyebabkan kepalanya terhantuk dan dia hilang ingatan akibat kecederaan tersebut.

Sejak kejadian itu, Latulip tinggal di bandar berkenaan selama 30 tahun dan menggunakan nama berbeza, tetapi mula mengingati identiti sebenar baru-baru ini dan melakukan siasatan secara lanjut dengan mengumpulkan maklumat daripada akhbar lama.

Dia kemudiannya menemukan kes kehilangan orang yang disiarkan dalam sebuah artikel akhbar tempatan pada 2014 yang sepadan dengan kejadian me­nimpa dirinya, sekali gus merujuk perkara itu kepada pihak polis yang mendapati dia merupakan mangsa yang hilang pada 1986.



Hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) juga menunjukkan dia mempunyai pertalian darah dengan seorang saudaranya yang tinggal di Waterloo dan pihak berkuasa menghubungi ibunya yang tinggal di Ottawa untuk memaklumkan berita gembira tersebut.

Menurut ibunya, Silvia Wilson, dia menyangka Latulip telah diculik dan ada pihak mengambil ke­sempatan terhadap anaknya itu.

Pihak polis dan penduduk St. Catharines kini bekerjasama untuk mengatur pertemuan semula Latulip dengan ahli keluarganya.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.vdFVAjUr.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2016 11:09 AM | Show all posts
lamanya nak pulih.. 30 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Xde dah rancangan jejak kasih kt tv..
Klu x, penonton pun sama sebak tgk family terpisah berpuluh tahun, bertemu semula
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 11:48 PM | Show all posts
pearl.silver: Xde dah rancangan jejak kasih kt tv..Klu x, penonton pun sama sebak tgk family terpisah berpuluh tahun, bertemu semula


30 tahun tak berjumpa mesti bila jumpa balik kuarga macam masuk alam ghaib. orang ni dah besar org tua ni dah tua org ni dah
meninggal. org ni dah pindah......
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Omaigod sadis sgat kisah ni. Moga didokumentasikan kisah ini utk tatapan umum
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 12:03 AM | Show all posts
buat filem pun best jugak  ni
Boleh tulis based on true story
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2016 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya. Mesti kekok bile bertemu semula
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 12:11 AM | Show all posts
wow...retrograde amnesia.....kesian kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2016 11:05 AM | Show all posts
pearl.silver replied at 16-2-2016 11:12 AM
Xde dah rancangan jejak kasih kt tv..
Klu x, penonton pun sama sebak tgk family terpisah berpuluh t ...

teringat sitcom senario ada satu episod 'jejak kasihan'. bangla nak cari abang dia, alih2 semua kru rancangan tu adik bradik dia. kelakar sgt
tp sekarang org jejak kasih kat dalam fb and whatsapp je
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 11:30 AM | Show all posts
syukur dapat semula ingatan. org tua pun masih hidup lagi
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 11:35 AM | Show all posts
BabyOnEarth replied at 17-2-2016 11:05 AM
teringat sitcom senario ada satu episod 'jejak kasihan'. bangla nak cari abang dia, alih2 semua kr ...

kalau tak silap .. tau semua adik bradik sbb ada tanda terbakar dek seterika kat perut kan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 02:58 PM | Show all posts
pittjie replied at 17-2-2016 11:35 AM
kalau tak silap .. tau semua adik bradik sbb ada tanda terbakar dek seterika kat perut kan?

haa btol2!
tapi yang sorang tu bukan adik beradik sebab tanda seterika kat singlet dia
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2016 09:05 AM | Show all posts
pergh...mcm dalam muvi. mesti sedih gila family dia masa dia hilang dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2016 09:33 AM | Show all posts
30 years .. that is a very long period of time ....
a lot have changes within 30 years
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2016 09:36 AM | Show all posts
BabyOnEarth replied at 17-2-2016 11:05 AM
teringat sitcom senario ada satu episod 'jejak kasihan'. bangla nak cari abang dia, alih2 semua kr ...




Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2016 10:42 AM | Show all posts
30 taon??
setiap penggal pilihanraya 5taon.
5x6 = 30 taon.

bermakna hilang ingatan selama 30taon bukan isu baru.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2016 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Lamanya 30 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2016 01:20 PM | Show all posts
diberi kesempatan sebelum ajal... ingatannya dikembalikan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.520939 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list