CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2547|Reply: 7

5 Kelebihan Lelaki Berusia

[Copy link]
Post time 15-2-2016 04:19 PM | Show all posts |Read mode





Bagi wanita memilih untuk berada di samping lelaki yang lebih dewasa, tua dan berpengalaman merupakan momen yang menyenangkan.  Kajian mendapati lelaki berusia merupakan lelaki yang sempurna dan memiliki banyak keistimewaan. Faktor berikut menjadi sebab mengapa lelaki berusia merupakan sahabat juga pasangan terbaik buat wanita.


1. Sabar
Ramai yang mengatakan jika lelaki yang lebih tua dari pasangannya adalah lelaki  yang penyabar. Sedar atau tidak, lelaki yang matang memiliki peribadi yang lebih tenang, lebih sabar dan lebih menghargai orang-orang di sekitarnya. Mereka juga  akan berusaha mengalah demi kebaikan diri mahupun kebaikan pasangan.

2. Seksi
Wanita melihat lelaki yang lebih berusia itu sebagai seorang yang seksi dan menawan. Selain memiliki fizikal yang gagah, lelaki yang berusia matang antara 27 hingga 35 ialah lelaki yang jelas akan tujuan hidupnya, punya pekerjaan yang menjamin serta stabil kewangannya.


3. Belajar Dari Kesalahan
Faktor usia yang sudah matang , lelaki ini mampu melakukan hal-hal terbaik untuk dirinya sendiri ataupun orang lain. Ia juga telah banyak belajar dari kesalahannya di masa muda sehingga dia tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Lebih berhati-hati dan berfikir sebelum melakukan sesuatu.


4. Hormat
Lelaki yang berusia matang ialah lelaki yang sentiasa memperlakukan pasangannya atau orang-orang di sekitarnya dengan penuh rasa hormat. Lelaki ini akan berusaha menunjukkan sikap terbaik pasangan kepada rakan kerja, teman juga keluarga. Selain menunjukkan rasa hormat, dia juga sentiasa menjadi pendamping yang menyenangkan, menyayangi dengan penuh kasih dan berlaku dewasa.



5. Tegas Dan Disiplin
Tegas dan disiplin merupakan sifat bawaan dari setiap lelaki yang sudah matang. Tidak suka pada suatu yang remeh,  selesa dengan dirinya sendiri dan sentiasa berusaha membuatkan orang yang disayangi merasa selesa dan dihargai.

Tidak semua lelaki yang lebih berusia daripada anda adalah yang terbaik dan bersifat dewasa daripada anda. Ramai juga lelaki berusia muda telah memiliki pemikiran yang dewasa dan matang. Hal ini bergantung bagaimana corak pemikiran serta pengaruh persekitaran terhadap dirinya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2016 05:20 PM | Show all posts
ye sgt setuju... suami i beza umur dgn i 12 thn.. sgt penyabar..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 05:33 PM | Show all posts
kalu ikot range umor dah betol dah tu... tak syak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
saya dengan suami berbeza 24 tahun...
tapi alhamdulillah he gave me everything and more.... lelaki impian saya...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tauu tak per (sambil urut janggutnya yg putih)
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau 6 tahun jarak mcm dgn suami aku ok lagi lah.
Tp bg aku kalau lebih tua tp hensem why not??
Tp kalau mcm bung nk gelebeh2 gitu..ermm...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2016 04:18 AM | Show all posts
usually those professionals yg matang lelaki yang wise , soleh semua if they are 43 and above yes- boleh nampak kematangan dari aspek pemikiran dan tindakan.

yeps - dari pada experience  bercakap dengan depa ni...memang engaging conversation from technical topic hahaha like cranes to calculus, to concrete  hahaha boleh je layan , best


but then tengok jugaklah exposure ....yg wise , mature , intelligent , soleh well okay lah.

tapi ni bukan malaysian aiyoyo......
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Berusia tak bermakna matang

makcik suker yang matang dan soleh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.077689 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list