Janna Nick Nafi Jalinkan Hubungan Sejenis
Pantang nama seseorang selebriti sedang naik, pasti akan ada kontroversi menimpa dan perkara serupa turut terjadi kepada Janna Nick. Baru-baru ini dirinya telah dikatakan menjalin hubungan sejenis.
Menurut Janna, perkara tersebut mula menjadi buah mulut apabila dia memotong pendek rambutnya untuk watak sebuh drama yang dibintanginya. Sedar tentang kontroversi tersebut, Janna tampil menjelaskan perkara sebenar melalui BH Plus.
“Saya tidak perlu ambil serius kerana apa yang diperkatakan itu tidak benar. Orang bebas berkata apa saja, tetapi hanya saya yang mengetahui sejauh mana kebenarannya. Saya tidak ambil hati kerana gosip seperti itu lumrah dalam bidang seni”
Tambah Janna, sebagai selebriti, dia akur dengan kontroversi yang mendatang dan tidak akan mudah melatah apabila dilanda sebarang khabar angin.“Tidak sangka pula ia mencetuskan isu lain hingga saya terpalit ini. Saya bersikap terbuka dalam bergaulan dan tidak pernah meletekkan syarat tertentu ketiak berkawan. Berada dalam industri kreatif, saya bertemu dengan pelbagai jenis manusia,” jelasnya.
|