CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3287|Reply: 7

[Dunia] Dipenjara kerana malas buat kerja rumah & layan nafsu batin cikki..?

[Copy link]
Post time 12-2-2016 09:21 AM | Show all posts |Read mode
ROM 11 Feb. – Seorang wa­nita di Itali yang sebelum ini berdepan hukuman penjara sehingga enam tahun gara-­gara kurang melakukan kerja rumah dan tidak memenuhi keperluan nafkah batin suaminya, akhirnya tampil menafikan tuduhan itu dengan menyifatkan dirinya sebagai isteri yang sempurna.


Anna del BoNno

Menurut portal Mail Online, pertuduhan tersebut dikemukakan oleh Vincenzo Altobelli, 46, terhadap bekas isterinya, Anna del Bonno, 42, yang dilabel sebagai ‘pemalas’ kerana tidak menyediakan makan malam di meja, tidak membasuh, dan menggosok baju selain membersihkan rumah.

Malah Altobelli mendakwa, Bonno sering mengunci diri dalam bilik untuk mengelakkan melakukan hubungan intim sepanjang 20 tahun perkahwinan mereka.

“Kami gembira selama 15 tahun perkahwinan dengan dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Stefano dan Franco.

“Tetapi sebelum kami bercerai, Bonno menurunkan berat badan dan menjaga menampilkan untuk berlaku curang dengan lelaki lain,” katanya seperti dikemukakan kepada sebuah mahkamah di pekan Sonnino, Lazio.

Bagaimanapun, Bonno menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan dirinya sebagai isteri yang sempurna dengan melakukan kerja rumah serta menjaga anak-anak.

“Saya tidak melakukan sebarang kesalahan terhadap dirinya (Altobelli) kerana saya merupakan seorang wanita yang tenang,” katanya.
Bonno bercerai dengan Altobelli pada 2014 dan kini tinggal bersama kekasih baharunya di pekan Terracina.

Pihak polis tempatan merujuk kes itu kepada mahkamah dan Bonno akan menghadapi perbi­caraan pada 12 Oktober depan serta berdepan hukuman penjara antara dua hingga enam tahun jika didapati bersalah atas tuduhan menganiaya keluarga.



- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.IV17GE5y.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2016 09:27 AM | Show all posts
xfaham tajuk pasal cikki tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:33 AM | Show all posts
macam tu pun boleh masuk penjara ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 10:37 AM | Show all posts
kalau kat malaysia boleh buat mcm bersepah2 laki yang menginaya keluarga boleh dipenjarakan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 10:40 AM | Show all posts
tajuk entah apa2.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 10:45 AM | Show all posts
Laki dia ni mesti meleis fefeelin italy, sbb meleis je perangai hazabedah ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2016 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kira kes dera k apa ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ciknek la.

Cikki - cik puki
Ciknek - cik konek

Konsepnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.076258 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list