View: 1537|Reply: 7
|
[Dunia]
Hanya 0.5 peratus ibu di UK menyusukan bayi
[Copy link]
|
|
Kajian tersebut menunjukkan hanya seorang dalam kalangan 200 wanita atau 0.5 peratus di United Kingdom masih melakukan penyusuan ibu selepas setahun.
Angka itu jauh berbanding 23 peratus di Jerman, 56 peratus di Brazil dan 99 peratus di Senegal.
Hasil kajian itu juga menunjukkan berlaku salah tanggapan bahawa amalan penyusuan ibu hanya dilakukan di negara-negara miskin.
Di United Kingdom, kira-kira 81 peratus cuba untuk melakukan penyusuan tetapi hanya 34 peratus yang melakukan penyusuan dalam tempoh enam bulan dan 0.5 peratus lagi selama 12 bulan.
Di Amerika Syarikat pula sebanyak 79 peratus melakukan penyusuan awal, 49 peratus selepas enam bulan dan 27 peratus lagi selepas setahun.
Ia merupakan rekod yang paling buruk di dunia.
Penyusuan ibu adalah sangat biasa di negara-negara maju tetapi United Kingdom pula jauh terbelakang berbanding negara-negara Eropah yang lain.
Kaum wanita di United Kingdom dinasihatkan menyusukan bayi mereka secara eksklusif dalam tempoh enam bulan pertama dan selepas itu kombinasi susu ibu dan makanan lain.
Penyusuan ibu baik untuk kesihatan dan mengurangkan risiko kanser payu dara dan ovari.
"Ada salah tanggapan bahawa penyusuan ibu hanya dikaitkan dengan negara-negara miskin.
"Tetapi sebenarnya kajian menunjukkan penyusuan ibu dapat menyelamatkan nyawa dan wang di kebanyakan negara kaya dan miskin," kata Prof. Cesar Victora.
Hasil kajian itu menyebut, penyusuan ibu di negara-negara membangunkan telah mengurangkan risiko kematian mengejut bayi lebih daripada satu pertiga.
Dan, di negara-negara miskin, separuh daripada kes cirit-birit dan jangkitan respitori (paru-paru) boleh ditangani dengan susu ibu. |
|
|
|
|
|
|
|
tajuk mcm tak kena ngn artikel je |
|
|
|
|
|
|
|
Takut buah dada jatuh ke? |
|
|
|
|
|
|
|
adoi kenapa la nk buat smpai nmpk cm mak2 yg x bg susu badan tu cm buruk sgt berita ni..
pilihan masing2 la.. bknnya biar baby kebulur x menyusu.. |
|
|
|
|
|
|
|
ibu2 kokesen sibuk menyusukan laki dan skendel masing2 umpama beruk dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan.... |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin ramai yg menggunakan produk UMAIMA ... to place ur order, PM stokis tergigih @dino ya
|
|
|
|
|
|
|
|
hampeh....
|
|
|
|
|
|
|
|
Patutlah ada org berspeku dino ada skandal dengan abby abadi |
|
|
|
|
|
|
| |
|