CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3921|Reply: 18

[Jenayah] GEMPAR:Rangka Manusia Berselerak Di Bekas Tapak Penyembelihan

[Copy link]
Post time 28-1-2016 08:56 AM | Show all posts |Read mode
Rangka manusia berselerak di bekas tapak penyembelihan            

AYER KEROH: Rangka manusia dipercayai seorang lelaki ditemui berselerak di bekas tapak penyembelihan berhampiran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Melaka, di sini, petang semalam.


Difahamkan, rangka milik lelaki berusia antara 20 tahun dan 30 tahun yang ditemui di kawasan belukar itu sudah berada di situ dalam tempoh di  antara sebulan hingga tiga bulan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, berkata sejurus menerima maklumat awam, sepasukan anggota dari Unit Forensik dan Pakar Patologi Hospital Melaka bergegas ke lokasi kejadian kira-kira jam 3.30 petang.


Katanya, siasatan awal menemui kira-kira 70 bahagian rangka manusia dalam keadaan berselerak di beberapa lokasi berbeza, termasuk di satu lokasi terletak pada jarak kira-kira 300 meter.

"Tiada dokumen pengenalan diri ditemui, selain sehelai seluar denim berwarna gelap dan kemeja-T berwarna merah, masing-masing terletak kira-kira dua meter dan 300 meter dari rangka berkenaan.

"Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian lewat, malam tadi.

Beliau berkata, pihaknya yang mula mengawasi kawasan itu akan menyambung semula operasi awal pagi ini bagi mencari baki 30 peratus bahagian rangka berupa anggota tangan kiri, tulang rusuk dan tulang belakang.

"Sehubungan itu, polis memohon sesiapa yang kehilangan waris supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau merujuk Pegawai Penyiasat ," katanya.

http://www.bharian.com.my/node/118857














Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2016 09:22 AM | Show all posts
mayat sapelah.. xde ke org report kehilangan ahli keluarga?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 09:56 AM | Show all posts
pati kot                       
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 10:15 AM | Show all posts

sekarang mudah sgt jumpa rangka merata2!
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 10:26 AM | Show all posts
kesiannye, dah berbulan baru dijumpai.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 10:37 AM | Show all posts
scary
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2016 11:15 AM | Show all posts
mudahnyer jumpa rangka manusia semacam jumpa rangka ayam aje
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 04:07 PM | Show all posts
Ya Allah ya tuhan ku.. sebab tu pentingnya kita sentiasa berhubung dgn family.
terutama yang masih bujang...

klau yg x contact tu sbb dh biase x berhubung, family pun xtau die dh xde.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2016 05:31 PM | Show all posts
byknya kes jumpa rangka manusia skrg..

sapa laa agaknya tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 05:33 PM | Show all posts
saviour_09 replied at 28-1-2016 10:15 AM
sekarang mudah sgt jumpa rangka merata2!

oh my god sissss!!!
WW3 aakn berlaku esok kah??
takut nya akakkkkkkkkkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 05:55 PM | Show all posts
mungkin cebisan2 daging telah dimakan dan dibawa lari oleh anjing dan hewan lain, sbb tu berselerak.
- CSI Dani.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Melaka darul tulang berselerak
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
klu byak2 tu rsa cm perdagangan manusia dh...
malaysia masih aman
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 09:24 PM | Show all posts
di pusat penyembelihan..??

manusia pun disembelih di situ ke??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2016 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 replied at 28-1-2016 01:24 PM
di pusat penyembelihan..??

manusia pun disembelih di situ ke??

Xtau lah apa cerita ni.misteri
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 09:29 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 28-1-2016 09:27 PM
Xtau lah apa cerita ni.misteri

nyawa manusia pun dah xbernilai..

bunuh ni macam sgt mudah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2016 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau jumpe rangka xdela ngeri sgt
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 12:21 PM | Show all posts
Changa replied at 28-1-2016 09:33 AM
oh my god sissss!!!
WW3 aakn berlaku esok kah??
takut nya akakkkkkkkkkkkkkkkkkkk


Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 01:50 PM | Show all posts
waduhhh xselamat ddk malaysia camnihh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.109528 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list