CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10025|Reply: 65

cinta

[Copy link]
Post time 27-1-2016 07:52 PM | Show all posts |Read mode
salam semua warga malay cari forum. lama dah sakura tidak memunculkan diri di bod bakat dan penulisan.
hari ini sakura datang lagi dengan novel pendek yang sedang ditaip dan tidak tahu bila akan siap. namun, Sakura
akan cuba sudahkan kerja yang tertangguh ini. jadi hari ini Sakura akan post novel pendek berjudul Cinta. sebenarnya
tak tahu nak taruk tajuk apa, tapi sebab cerita ni cerita jiwang so. Sakura letak je la nama cinta. harap para pembaca
terhibur.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2016 07:53 PM | Show all posts
Edited by misssakura at 27-1-2016 07:57 PM

cubaan pertama:

Ainna menolak perlahan daun pintu biliknya yang kini sudah mula dikongsi bersama sang suami yang baru dinikahi pagi tadi. Hatinya dilanda pelbagai rasa, gementar, takut, cemas, namun sedikit sebanyak rasa gembira turut terpalit disanubari. Dia dan suami bukanlah berkahwin atas dasar cinta, mahu pun suka sama suka tetapi atas pilihan keluarga masing-masing. Bagi dia isu kahwin atas pilihan keluarga bukanlah suatu isu yang besar, cukuplah dia percaya akan pilihan ibubapanya seterusnya suaminya ini bukanlah hak milik sesiapa. Tanpa berfikir lama, dia terus sahaja menerima lamaran keluarga suaminya. Itu kisah 3 bulan yang lalu, kini mereka sudah disatukan dengan satu ikatan yang suci iaitu tali perkahwinan.
Ainna pandang belakang tubuh suaminya yang tegap disisi tingkap. Jejaka itu seakan tidak sedar kehadirannya saat ini. Lama Ainna merenung suaminya yang ralit dengan telefon bimbit ditelinga. Nafas ditarik panjang agar rasa gementar yang kian memuncak dapat dihilangkan.

“ Sayang…. Sayang tahukan abang sayangkan sayang. Perkahwinan ni bukan untuk abang, tapi untuk kita. Percayalah sayang.” Luah Izzat bersungguh-sungguh pada telefon yang digenggam saat ini. Ainna yang tegak dibelakang tertelan liur, nyaris dia tersedak. Rasa gementar baru sahaja mahu menghilang kini timbul kembali. Kali ini perasaan itu turut membawa rasa ingin tahu yang meluap-luap.

“ isteri nombor 1, nombor 2, nombor 3 dan seterusnya tak penting, tak bermakna sayang. It just a number. Apa yang penting abang sayangkan sayang. Kalau abang tak kahwin dengan perempuan ni, keluarga abang tak akan benarkan abang kahwin dengan sayang. Apa guna kita bercinta bertahun-tahun, apa guna kasih sayang abang pada sayang kalau kita tak boleh bersama. Percayalah cakap abang, abang kahwin dengan dia hanya untuk dapatkan kebenaran dari ibu dan abah untuk abang kahwin dengan sayang.  Abang hanya cintakan sayang, bukan perempuan tu.” Tegas Izzat lagi memujuk kekasih hati di talian sana. Ainna kepal jemari, perlahan-lahan jemari itu dibawa kedada untuk lalu diurut dadanya yang terasa cukup perit waktu ini.

“ sayang, walaupun sayang hanya jadi nombor 2 lepas ni itu tak bermakna kasih sayang abang terhadap sayang jatuh tempat ke dua. Abang tetap akan cintakan sayang, sayang tetap nombor 1 dihati abang. Dia tak akan dapat cantas kedudukan tu, trust me sweetheart. Dan dia hanya akan jadi isteri sahaja, isteri diatas kertas. Tak lebih dari itu.” Pujuk Izzat setelah diam hampir beberapa minit. Penat berdiri mengadap tingkap yang terbuka itu, Izzat mengubah cara kedudukan. Dipusingkan badannya yang tinggi lampai untuk mara ke katil pengantin. Matanya membulat, terkesima sekejap tatkala memandang wajah isteri yang baru dinikahinya sedang merenung tajam kearahnya.

“ abang call sayang semula lepas ni…” cepat-cepat talian dimatikan setelah sedar kehadiran si isteri. Izzat simpan telefon tangannya kedalam poket seluar. Dia cuba berlagak selamba meski pun didalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Ainna masih seperti sebelumnya. Merenungnya seperti singa yang kelaparan.

“ awak dah dengarkan tadi perbualan saya dengan kekasih saya.” Izzat memulakan bicara. Rasa debar dan  takut yang bermain didalam dada disimpan kemas-kemas agar rasa itu tidak keluar dan memalukannya. Dia bukan takutkan Ainna, apa yang dia takut adalah tembelangnya kini sudah pecah dan bakal diketahui oleh ibu bapanya dan juga ibu bapa Ainna.

“ Jadi ini sebab awak kahwin dengan saya?” Soal Ainna meski pun  tahu soalan itu sudah punya jawapannya.  Wajah tak bersalah Izzat dipandang dalam-dalam. Meluap-luap rasa amarah yang kini semakin tidak dapat dibendung lagi. Terasa maruahnya sebagai seorang wanita kini berada dibawah tapak kaki sang suami sahaja.

“ dah tu? Awak ingat saya kahwin dengan awak sebab jatuh cinta pandang pertama? Naifnya awak. Patutlah senang-senang je terima lamaran keluarga saya.” Bidas Izzat seolah-olah sengaja menuang minyak kedalam api yang marak.  Ainna cuba kawal penafasan yang terasa sesak didalam jiwa. Perasaannya yang hancur luluh, kecewa, geram dan terhina buat bibirnya terkunci. Dia hilang kata-kata untuk memaki hamun Izzat dek rasa yang terlampau banyak bermain diminda. tanpa fikir panjang, Ainna membuka langkah untuk keluar dari biliknya. Biliknya yang dulu terasa luas kini semakin sempit. Dia mula sesak nafas dengan biliknya sendiri. Melihat Ainna mahu pergi meniggalkannya buat Izzat cepat-cepat menarik tangan si gadis. Tubuh gadis itu kembali terhenti dari menghayunkan langkah.

“ Apa lagi awak nak cakap…” keras suara Ainna. Langsung wajah Izzat yang dirasakan kacak sebelum ini tidak dipandang. Dia tidak rela untuk memandang wajah lelaki yang baru sahaja meletakkan maruahnya dibawah tapak kaki. dia geli, dia jijik.

“ pastikan hal ini tak sampai pada pengetahuan ibu dan abah kita.”

“ kalau sampai jugak macam mana? Kau nak buat apa dengan aku?” soal Ainna seakan-akan cuba mencabar kesabaran Izzat.  Matanya masih lagi tepat pada dinding bilik sendiri. Langsung tiada hati untuk memandang wajah Izzat yang menyakitkan hati. Izzat terdiam, dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukan agar mulut isterinya mampu ditutup. Tanpa buang masa, Ainna tarik kuat tangannya yang berada dalam genggaman Izzat. Terus langkah diatur untuk keluar dari bilik yang terasa cukup asing buatnya saat ini.

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Aina terus mencapai beg dan mengemas-ngemas baju-bajuya. Tangannya yang masih merah berinai dijari laju mengambil kain dan barangan peribadi dan dimasukkan ke dalam beg sementara matanya dirapatkan hampir terpejam untuk menahan airmatanya dari menitis.

Izzat hanya melihat aksi Aina tanpa sebarang reaksi. Biarlah sekiranya aina mahu keluar dari rumah kelamin, sekiranya wanita itu berfikir itu yang terbaik baginya. Dia tidak betah untuk menghalang apatahlagi memujuk seorang wanita lagi-lagi seseorang yang tidak pernah bertahta dihatinya.

Tanpa sebarang kata, Aina menarik beg melangkah keluar dari rumah itu. Enjin kereta BMW M5 HAMANN EDITION pemberian bapa mertuanya sempena perkahwinan dia dengan Izzat semalam mengaum tatkala kereta Ainan keluar dari rumah agam, Ainan menekan pedal kereta mewah itu sekuat hati, semahunya untuk melepaskan kesedihan, marah, geram dan kecewa terhadap dirinya sendiri yang memberi peluang kepada lelaki durjana seperti Izzat bertapak sayang di dalam hatinya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
"Double GCB satu, alakad." suara lemah Ainan pada kaunter pandu lalu Mc Donalds Kota Damansara. Perutnya rasa menyucuk-nyucuk kelaparan. Dilahapnya burger segara itu dengan rakusnya sambil tanganya menekan tombol lampu isyarat keretanya untuk masuk ke simpang, menuju ke lebuhraya utara selatan.

Dia sendiri tidak tahu mana harus dituju. Sekiranya pulang ke rumah mama dan papa, semestinya akan menyebabkan mereka sedih dan kecewa sekiranya mengetahui perkahwinan puteri tunggal mereka itu retak walaupun baru dua hari dibina.

Airmatanya mengalir laju tatkali mendengar lagu Karam Zabarjad dioutarkan di corong radio. Kekuatan yang dia rasakan sebelum ini tatkala melagkah keluar dari rumah Izzat tadi, seakan jatuh hilang bersama degan deraian airmatanya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Victorioussss replied at 27-1-2016 08:42 PM
"Double GCB satu, alakad." suara lemah Ainan pada kaunter pandu lalu Mc Donalds Kota Damansara. Peru ...

uols hijack cerpen missakura ke uols mn missakura?
i is konpiussssss.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 09:14 PM | Show all posts
errr my writing style resembles mcm perempuan ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2016 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Victorioussss replied at 27-1-2016 09:14 PM
errr my writing style resembles mcm perempuan ke?

Iols baru nak fefeling.tba gcb satu alakad.hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Cik para2 sakura sila.smbung..iols nak baca novel free...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2016 09:57 PM | Show all posts
give it a try la ehh tak niat pun nak hijack novel miss sakura xD

seronok jgk baton pass novel writting camni.

Ainan menutup panel radio keretanya. Kenderaan itu terus meluncur laju melebihi had laju lebuhraya membelah kegelapan malam. Hatinya pedih tetapi tetap membayangkan saat - saat perkenalan bersama Izzat 3 tahun lalu.

3 TAHUN SEBELUM

Ainan membuka peti sejuk, memilih-milih air untuk diminumnya ketika perjalanan menjelajah semenanjung bersama kawan - kawannya, Hana dan Isya. Setelah mengambil 3 botol coke dan 2 peket kerepek kentang wise berperisa bbq, dia ke kaunter stesen petrol shell untuk membayar. "pam 4, 50 ringgit hijau" beritahu Ainan pada pekerja stesen minyak terbabit.

"terima kasih, datang lagi" terdengar suara lelaki bangsa asing tatkala kaki Ainan melangkah keluar dari kiosk stesen terbabit. Dilihat rakan - rakan tiada disisi pam keretanya, membuatkan Ainan marah. "dah tumpang kereta aku, malas pulak nak tolong isik minyak. dah la minyak pun aku yang bayar sorang!" getus hati Ainan.

diletaknya bungkusan air dan jajan diatas kereta, lalu nozel pam diangkat dan ketika dia hendak memusingkan penutup minyak kereta, seorang lelaki datang menghampirinya.

Bersama suara separuh menjerit, lelaki itu berkata "cik nak buat ape kat kereta saya ni?!!"

Ainan tersentak, tidak dipandangnya wajah lelaki berkenaan, matanya terus melilau melihat nombor pam tersebut. "nombor 8?? alamak!!" jeritnya di dalam hati. dilihatnya pada pam bernombor 4, kedua - dua kawannya sedang gelak besar sambil menepuk - nepuk tangan pada peha.

Ainan terus berpusing dan menghadap lelaki tersebut.

"kacak!" hatinya berkata dengan riang gembira.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn kah ainan dan izzat d satukan oleh keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 10:39 PM | Show all posts
Hahaha...si victoriuossss dah syiok sendiri mengarang...aina jadi ainan,
Nasihat saya...sila buka thread sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
2 penulis dlm satu thread. Wow..ada kesinambungan yg umphh..i follow
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sabar..lelaki kt pump tu xckp pun Izzat xD
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
ayokkk..... baca punya baca rupanya satu post jer real TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2016 07:12 AM | Show all posts
sorry uol.... semalam lepas mengarang terus tido. tak ingat langsung ada bukak thread. kejap gi saya sambung semula novel ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2016 07:13 AM | Show all posts
Victorioussss replied at 27-1-2016 11:13 PM
Sabar..lelaki kt pump tu xckp pun Izzat xD

uol memang pandai mengarang so iol cadangkan uol pergi bukak thread sendiri okeh. jgn hijack thread iol.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2016 07:14 AM | Show all posts
Edited by misssakura at 28-1-2016 07:18 AM

sambungan:

“ Ainna… pergilah panggil suami kamu. Kita makan malam sama-sama.” Tegur Jamilah, ibu Ainna semasa mereka sama-sama sedang menghidangkan lauk pauk untuk makan malam diatas meja. Tangan Ainna terhenti sekejap. Baru teringat yang dirinya kini sudah bersuami, dan baru teringat perangnya dan suami petang tadi. Ainna kerling ibunya, benaknya ralit memikir sesuatu.
“ Lah, dah kenapa pandang ibu macam tu. Takkan suruh ibu pulak pergi panggil Izzat.” Kata Jamilah lagi yang belum mengerti sinar mata Ainna.

“ ah kejap ibu… ada lagi lauk yang belum dihidang ni.” Ainna beralasan

“ yang tu ibu buat pun tak apa. kamu pergi panggil Izzat. Karang kebulur pulak menantu ibu tu.” Gesa Jamilah lagi. Ainna tersenyum kelat. Sedih ada kecewa pun ada. Kesian ibu, sayang sangat menantu hantu dia sorang tu. Kalaulah ibu tahu perangai sebenar Izzat, mesti ibu lebih rela biarkan Izzat mati kebuluran. Ainna mara ke tingkat 2 dimana terletak biliknya. Perlahan-lahan pintu bilik di ketuk sebelum  daun pintu ditolak lembut. Terpampang wajah suaminya yang sedang terbaring selesa diatas katil bersama-sama telefon bimbit ditangan. Mesej dengan kekasih dia tadi la tu. Tembak hati Ainna, dia tidak peduli tembakkannya itu tepat atau tidak. Dia sudah berkeputusan untuk malas dan tidak ambil peduli lagi tentang Izzat dan kekasihnya. Izzat pandang muka pintu tatkala mula menyedari kewujudan Ainna. Lama dia memandang wajah Ainna yang menayang wajah jelek kearahnya.

“ kenapa?”

“ ibu panggil makan… dah cepat turun, tak payah nak mengadap telefon tu sangat!” usai menuturkan kata, Ainna tutup kembali daun pintu dan turun ke dapur untuk menjamah makan malam.  Izzat terkedu sekejap. Sebagaimana lajunya kemuncullan Ainna, begitu jualah dengan kepergiannya. Segaris senyuman terukir diwajahnya, ada rasa mula menjamah sekeping hati.

“ Mana Izzat?” Sapa Baharudin, ayah Ainna tatkala melihat anaknya dan isterinya sahaja di meja makan.

“ kejap lagi ada la tu…. Haa tu dah sampai dah menantu ayah.” Balas Ainna sambil memuncungkan bibir ke arah Izzat yang sedang menghampiri meja makan. Izzat mengambil tempat duduk disebelah Ainna.

“ maaf ye Izzat, lauk pengantin tadi je.” Jamillah berbasa-basi setelah mengaminkan doa makan.  Serba-salah juga dia kerana menghidangkan lebihan lauk pauk pengantin itu sahaja.

“ tak apa ibu. Rezeki ni pun dah alhamdullilah. Lagi pun, kalau keluarga saya pun macam ni jugak. “ tutur Izzat sopan. Cuba menjaga hati ibu mertuanya agar tidak terasa terkurang apa-apa. Ainna kerling Izzat, dalam hatinya timbul rasa senang dengan sikap sopan santun jejaka itu. Namun semua itu sejenak sahaja, mengingatkan pergaduhan mereka petang tadi buat hatinya kembali membenci suaminya itu.

“ makanlah Ainna. Yang kamu pandang-pandang suami kamu tu kenapa?” usik Baharudin apabila matanya menangkap pandangan Ainna terhadap Izzat yang tidak putus-putus. Ainna tersentak, cepat-cepat panahan matanya dialih.

“ mana ada ayah…” pendek sahaja jawapan yang mampu diberikan memandangkan dia tidak tahu alasan yang terbaik untuk diberi saat ini. Izzat tersenyum sahaja, sedikit demi sedikit dia mula kenal sikap Ainna sekeluarga. Namun dalam senyumannya itu timbul rasa bimbang. Apa yang bakal berlaku sekiranya Aiina membocorkan tembelangnya yang sudah pecah? Memikirkan perkara itu sahaja sudah cukup untuk buat Izzat berdebar, belum lagi menghadapinya.

“ kamu balik rumah emak kamu ke malam ni Izzat?” soal Jamillah berbasa-basi. Seingatnya Ainna ada memberitahu yang Izzat akan pulang kerumahnya malam ini untuk membantu menyiapkan majlis sambut menantu yang bakal diadakan lusa.  

“ a’ah ibu. Lepas isyak kejap lagi, kesanalah saya.” Balas Izzat jujur. Rumahnya dan Ainna tidak jauh. Hanya memakan masa 30 minit jika memandu kereta. Lagi pun sebenarnya, ibu dan ibu mertuanya kawan baik semenjak zaman sekolah lagi. Persahabatan mereka bertaut kembali apabila kedua-kedua mereka bertemu semula selepas menunaikan umrah kira-kira setahun yang lalu. Kerana alasan itulah, dia dan Ainna dijodohkan meski pun hatinya hanya ada pada Nana yang cukup dicintai. Menyeru nama Nana cukup buat hati Izzat dipupuk rasa rindu. Ye, dia cukup merindui kekasih hatinya itu. Bibir Izzat tergaris senyuman nipis. Wajah Nana yang jelita itu terpamer jelas diruang jiwa. Ainna kerling Izzat disebelah. Melihat suaminya tersenyum seperti orang hilang akal buat Ainna meluat. Ingat kekasih hatinya la tu. Menyampah!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2016 07:19 AM | Show all posts
Edited by misssakura at 28-1-2016 07:26 AM

Hari ini genap seminggu sudah hayat perkahwinan Ainna dan Izzat. Masing-masing pandai melakon watak suami isteri yang romantik. Kalau diberi peluang menjadi pelakon, mungkin mereka boleh mengalahkan kehebatan Tizz Zakiah dan Remy Ishak. Izzat melipat satu persatu pakaian lalu disumbat kedalam beg pakaian. Mustahil dia menyuruh isterinya sedangkan dari hari pertama penikahan mereka hingga ke saat ini mereka melancarkan perang dingin. Langsung Ainna tidak menegurnya apabila mereka hanya berdua melainkan ketika mereka bersama-sama keluarga.  Sedang enak melipat pakaian sambil berwhatsapp dengan Nana tercinta, Izzat dikejutkan dengan bunyi daun pintu yang ditolak dari luar. Terpancul muka mencuka Ainna. Itulah mimik muka si gadis sejak wanita itu mengetahui kecurangannya.
“ kau balik bila?” terpancul soalan dari bibir Ainna yang sedang membuka tudung yang dipakai. Semenjak berkahwin, dia sering sahaja bertudung kerana Izzat mempunyai adik lelaki yang sedang meningkat dewasa, yang sudah tahu halal dan haram. Izzat yang sedang ralit membalas mesej wanita tersayang terkedu seketika. Terus matanya meliar sekitar bilik yang didiaminya saat ini.

“ tak ada orang! Dah kenapa pulak minah ni tegur aku.” Soal Izzat didalam hati penuh rasa curiga. Dipandang wajah Ainna yang kelihatan semakin kelat. Rupa dah tak lawa, makin tak lawa jadinya.

“ hoi, aku tanya kau ni. Bukan bercakap dengan dinding. Kau balik bila?” jerkah Ainna kasar. Bukan niatnya nak berkasar dengan suami sendiri, jauh sekali dia mahu mencari neraka percuma. Namun, memikirkan kekejian Izzat yang telah memerangkapnya dalam perkahwinan demi kepentingan sendiri buat hatinya cukup benci dan menyampah dengan suaminya saat ini. Dia tidak dapat menerima kenyataan yang Izzat berkahwin dengannya semata-mata untuk berkahwin dengan wanita lain. Izzat tersentak. Terkejut dengan suara keras Ainna yang tidak padan dengan wajah lemah lembutnya itu. Seolah-olah, wanita itu memakai suara orang lain sahaja.

“ cakap elok-elok sikit boleh. Aku ni suami kau, bukan kawan kau.” Tempelak Izzat geram. Kot ye pon Ainna benci padanya, tapi tak perlulah berkasar sebegitu. Dia pon tak pernah terniat untuk menyakiti hati Ainna. Cukuplah Ainna dipergunakan untuk mendapatkan Nana. Dia tidak akan sakitkan hati wanita itu lebih dari itu.

“ dah aku tanya baik-baik kau tak jawab siapa suruh?” Ainna menegakkan benang yang basah. Mungkin dengan orang lain dia akan mengalah. Tapi tidak dengan lelaki dihadapannya ini.

“ jangan buang masa aku boleh? Kau balik KL bila?” sambung Ainna tidak mahu memanjangkan pergaduhan antara mereka. Lenguh berdiri mengadap cermin, kakinya mula melangkah kearah katil untuk melepaskan lelah.

“ kau sibuk nak tahu kenapa? Nak ikut aku balik ke?” Izzat bermain kata. Sengaja mahu menyakitkan hati Ainna yang sememangnya panas dengan dirinya.

“ Aku ni bini kau. Mestilah kena tahu menda-menda macam ni. Karang kalau mak kau, tak pun ibu aku tanya takkan nak terkebil-kebil je jawab tak tahu?"

“ ooo… mengaku rupanya bini aku. Ingatkan dah tak sedar tengah cakap dengan suami sendiri.” Bidas Izzat seolah-olah menambah minyak dalam api. Ainna kian menyinga. Suhu sejuk didalam bilik beraircond itu tidak mampu menyejukkan perasaannya mengadap lelaki bernama Izzat.

“ kau jangan nak naikkan darah aku. Kau nak aku bocorkan rahsia kau?” ugut Ainna dengan matanya yang sudah mencerlung tajam kearah Izzat. Kali ini dia sudah tidak kisah sekiranya rahsia perkahwinannya dan Izzat diketahui keluarga mereka. Kalau dia diceraikan Izzat pon dia sudah tidak peduli. Asalkan hatinya yang sakit saat ini terubat segera.

“ kau ugut aku?” tempelak Izzat dengan senyuman sinis. Cuba bermain emosi Ainna meski pun dalam hatinya sudah tidak keruan. Masaklah kau emak dan ayahnya tahu rancangannya ini.

“ pergilah… pergi beritahu satu kampong tentang hal kita!”sindir Izzat tanpa rasa tergugat. Mahu melihat keberanian Ainna. Melihat seminggu Ainna sanggup menyimpan rahsia perkahwinan mereka membuatkan dia berpendapat yang Ainna sebenarnya tidak berani berterus terang tentang hal mereka kepada keluarga.
  
“ ok fine! Kau yang mintakkan.” Balas Ainna penuh azam. Ah, dia sudah tidak peduli lagi. Biarlah hari ni menjadi hari terakhir perkahwinan mereka. Ainna bingkas berdiri. Disarung kembali tudung yang baru sahaja digantung lalu dihampiri pintu kamar biliknya dan Izzat. Izzat yang memandang Ainna yang sudah bertekad itu dipamit rasa gementar. Rasa menyesal kerana memprovok wanita itu. Cepat-cepat langkah Ainna dihentikan. Tangan Ainna ditarik kuat agar dapat menghentikan langkah wanita itu. Badan Ainna yang membelakangkan dirinya dipusing agar berdepan dengannya.

“ kau jangan nak gila sangat boleh!” marah Izzat. Matanya merenung tepat bebola hitam milik Ainna yang kelihatan tersenyum kemenangan.

“ tahu pun takut. Provoke lagi aku. Kau patut bersyukur tau dapat bini macam aku ni. Kalau ikutkan hati aku yang panas ni, dah lama dah aku bongkarkan rahsia kau. Tapi aku tak buat semua tu. Aku masih jaga air muka kau sebagai suami. Tapi kau, aku tanya soalan mudah pon kau kedekut nak jawab. Macam aku kebulur sangat nak tahu. Kalau tak kerana ikatan antara kita sekarang ni, aku pun tak teringinlah nak mengadap kau.” Bentak Ainna panjang lebar. Izzat diam seketika, matanya masih lagi menatap wajah cerah milik Ainna yang kelihatan kemerah-merahan menahan amarah. Perlahan-lahan, tangannya yang mencengkam kuat kedua belah bahu Ainna dilepaskan. Dia duduk kembali dibirai katil dengan fikiran yang sudah jauh mengelamun.

“ kenapa kita tak boleh berkawan Ainna? Berkahwin secara paksa macam ni tak semestinya kita perlu bermusuhan.” Cadang Izzat setelah diam sejenak. Wajah Ainna kelihatan berubah. Tak terkata gadis itu dengan permintaan Izzat yang cukup mementingkan diri sendiri.

“ ya Allah! Ada jugak manusia se selfish kau ni.” Seru Ainna tak terkata. Dipandang wajah Izzat dalam-dalam.

“ apa yang salahnya kalau kita berkawan? Lebih baik daripada kita bermasam muka, benci membenci macam ni. Lagi pun kita suami isteri dan aku tak penah berniat kahwin dengan kau untuk bercerai. Kau akan terus jadi isteri aku sampai bila-bila.” Luah Izzat penuh tenang. Mahu Ainna setuju dengan pendapatnya kali ini.

“ itu yang selfishnya! Kau nak berkawan dengan aku supaya hubungan kau dan kekasih kau tu berjalan lancar. Kemudian, korang berkahwin. Happy ending! Dan aku masa tu dapat apa? Jadi tunggul dalam perkahwinan kita? Aku pun nak perkahwinan yang bahagia. Bukan kau je!” luah Ainna geram. Kenapa lelaki suka bertindak mementingkan diri sendiri. Hanya kesenangan mereka sahaja difikirkan.

“ bukan itu maksud aku. Kau masih lagi jadi isteri aku yang sah. Aku akan bahagiakan kau sama seperti aku bahagiakan Nana.” Pujuk Izzat. Memang itulah hasratnya sebelum ini. Meskipun, dia berkahwin dengan Ainna tanpa rasa cinta namun dia tetap berazam untuk membahagiakan isterinya itu kerana itulah janji yang dibuat olehnya dan ibu sekiranya dia mahu mengahwini Nana.

“ hahahaha… wah senangnya bunyi. Macam soalan 1 + 1 jawapannya 2. “ sindir Ainna dengan gelak yang dibuat-buat.

“ ini semua melibatkan perasaan Izzat. Ia tak mudah macam kau cakap tu.  Dan aku tak pernah cakap nak berpoligami! Kalau kau nak kahwin dengan kekasih kau tu, ceraikan aku dulu.”

“ aku tak boleh ceraikan kau!”

“ kenapa tak boleh? Sebab kau tak boleh kahwin dengan Nana ke kalau bercerai dengan aku?” serkap jarang Ainna tepat mengena. Izzat kelu. Tidak tahu menjawab soalan Ainna yang tepat.

“ yup… aku tak boleh bercerai dengan kau kalau nak kahwin dengan Nana. Itu perjanjian aku dan mak aku.” Izzat berterus terang. Ainna sudah tidak terkejut. Bercakap dengan Izzat cukup mengajar jantungnya kalis dengan kejutan.

“ tolonglah Ainna. Jadi isteri aku. Aku sanggup buat apa-apa sahaja untuk kau asalkan kau sudi jadi isteri aku sampai bila-bila. Atleast sampai aku kahwin dengan Nana.” Minta Izzat dengan bersungguh-sungguh. Dibuang egonya demi mendapat persetujuan wanita dihadapannya. Ainna pegang kepala yang mula berdenyut. Naik pening dia mengadap Izzat dengan permintaannya yang bukan-bukan.

“ please!” seru Izzat lagi sambil menggenggam jemari Ainna. Ainna tarik jemarinya kasar. Kurang senang dengan tingkah laku lepas Izzat yang sesenang hati menyentuhnya.

“ hal kau dan Nana tak ada kaitan dengan aku. Dan aku tak peduli kau boleh bersama dengan dia atau tidak.” Putus Ainna sambil bingkas bangun dan bergerak keluar dari bilik mereka. Memandang riak lemah Izzat buat dia keliru. Dia ingin menerima pelawaan Izzat yang sememangnya diinginkan namun jauh disudut hati dia kecewa diperlakukan sebegini oleh suami sendiri yang terang-terangan merayunya demi wanita lain.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2016 07:28 AM | Show all posts
okey bye2 uol.... semoga terhibur dengan kisah yg tak seberapa tu. iol nak pergi kerja. karang baru sambung balik.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 07:31 AM | Show all posts
alahai... kesian Ainna... sambung lg TT...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.117195 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list