CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2261|Reply: 1

Jom Jadi Ayah Terhebat!

[Copy link]
Post time 21-1-2016 05:47 PM | Show all posts |Read mode



Oleh : TS LOO






Siapa kata anak-anak hanya boleh akrab dengan ibu sahaja. Ayah juga tidak kurang hebatnya untuk menjadi tempat anak-anak mencurahkan perasaan dan sahabat karib sampai bila-bila. Nak tahu caranya, jom baca tip berikut.




Rajin meluangkan masa dengan anak-anak
Jika di rumah, ayah janganlah asyik sibuk memegang telefon pintar sambil memeriksa mesej di aplikasi Whastapp atau Facebook. Apa kata ayah menghabiskan masa berbual dan bertanyakan aktiviti seharian si anak di taska, rumah pengasuh atau di sekolah.






Amalkan makan malam sekeluarga
Makan malam bersama keluarga adalah satu cara merapatkan hubungan kekeluargaan. Ketika itu masing-masing boleh ‘update’ tentang hal yang berlaku pada hari tersebut. Ketika ini ayah boleh memainkan peranan sebagai pendengar dan pemberi nasihat yang terbaik.





Jangan malu meluahkan kasih sayang
Ada sesetengah ayah berasa kekok untuk memeluk, mencium atau memberitahu dia sayang kepada si anak. Peluk dan ciumlah selalu anak-anak anda supaya mereka tahu walaupun ayah terkenal garang dan tegas tetapi dia tetap penyayang.







Berikan dorongan kepada anak
Apabila anak berjaya mencapai sesuatu yang positif, berikan dorongan dan kata-kata pujian kepadanya.  Bagaimanapun sekiranya dia kurang berjaya, jangan diherdik sebaliknya berikan kata-kata semangat untuk terus mencuba lagi. Anak tentu tahu, dia ada ayah yang menjadi pendorong utamanya.






Ayah adalah role model
Mengajar anak-anak nilai-nilai positif dalam hidup adalah tanggungjawab utama ayah. Ingatlah yang anak melihat apa yang ayah tunjukkan dan mereka belajar daripada diri anda. Oleh itu tunjukkan cotoh terbaik sebagai ayah jika mahu anak juga berperilaku baik dan terpuji.- CARI Infonet





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2016 06:43 AM | Show all posts
@faraway1.....tak nak update ciri ciri yang ada pada laki hang kat sini??????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.071589 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list