CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2149|Reply: 0

[Tempatan] Gaji minimum: 72 majikan di Selangor didenda

[Copy link]
Post time 21-1-2016 05:36 PM | Show all posts |Read mode
Gaji minimum: 72 majikan di Selangor didenda

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/gaji-minimum-72-majikan-di-selangor-didenda-1.475727
21 Januari 2016



SHAH ALAM - Sebanyak 72 majikan di Selangor didenda berjumlah RM134,600 sepanjang tahun lepas kerana gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.

        Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Selangor, Mohd Asri Abd Wahab berkata kesemua majikan yang didakwa dengan 196 pertuduhan di Mahkamah Majistret di sini mengaku bersalah dengan pertuduhan itu.

        "Selain itu, 43 majikan dikenakan kompaun atas pelbagai kesalahan melanggar peruntukan undang-undang di bawah Akta Kerja 1955.

        "Jumlah bayaran kompaun yang dikutip sepanjang 2015 ialah sebanyak RM93,200," katanya dalam kenyataan hari ini.

        Katanya dalam tempoh sama, Pasukan Khas Penguatkuasaan JTK negeri juga menyiasat tiga aduan berkaitan isu eksploitasi buruh paksa dan pemerdagangan manusia di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007.

        Mohd Asri berkata tiga kes itu diselesaikan dan satu daripada majikan terlibat didakwa di Mahkamah Sesyen Kajang serta dikenakan denda RM50,000.

        "Seorang majikan mengeksploitasi lima warga saing dan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kajang, baki dua kes pula melibatkan dua mangsa yang bekerja sebagai pembantu rumah.

        "Kesemua tujuh mangsa warga asing yang diselamatkan itu dihantar pulang ke negara asal setelah mendapat bayaran gaji tertunggak berjumlah RM68,000 daripada bekas majikan masing-masing," katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.284779 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list