|
Oleh : TS LOO
Sepuluh jalan utama sekitar ibu negara akan ditutup secara berperingkat mulai 10 malam, Jumaat ini bagi memberi laluan perarakan "edati Perak" bersempena sambutan Thaipusam.
Menurut Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP S. Markandan, antara laluan terlibat ialah Jalan Sultan, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Lebuh Ampang, Jalan Ampang, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Sogo, Jalan Raja Laut dan Jalan Sri Amar.
Beliau berkata demikian pada pada sidang media semalam berhubung kawalan lalu lintas perarakan bersempena Thaipusam yang disambut pada Ahad ini (24 Januari).
"erarakan pergi pada Jumaat akan bergerak dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S. Lee dan melalui sepuluh jalan utama tersebut, kemudian ke Jalan Tun Razak (pusingan-U depan Bomba), Jalan Ipoh (Jalan Salleh), Jalan Kovil Hilir, Lorong Konvil Hulu, Jalan Perhentian, Jalan Ipoh, Jalan Ipoh Batu 5 dan Batu Caves."
"enutupan jalan yang berakhir Selasa depan akan dilakukan mengikut pergerakan kumpulan perarakan dan dibuka semula kepada pengguna jalan raya setelah mereka selesai melalui jalan tersebut."
Justeru itu, orang ramai yang ingin melalui kawasan tersebut dinasihatkan supaya menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas pada hari berkenaan.- CARI Infonet
sumber berita : www.astroawani.com
|
|