CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2541|Reply: 39

[Tempatan] Beri Peluang Wanita Ke Stesen Angkasa Antarabangsa - Sheikh Muszaphar

[Copy link]
Post time 20-1-2016 09:54 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM: Kerajaan disaran memberi peluang kepada golongan wanita untuk diserap dalam program misi menghantar angkasawan kedua ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Menyarankan demikian, Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha berkata, "Apabila wanita diberi peluang ke ISS, kita juga berharap mereka ini mampu menjadi pemangkin semangat kepada wanita lain untuk mencapai impian mereka (ke angkasa lepas)".

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menunjukkan pakaian angkasa SOKOL kepada pengunjung kompleks karangkraf di sini, Selasa.

Pakaian tersebut digunakan Sheikh Muszaphar Shukor dalam perjalanannya ke Soyuz TMA-11, sembilan tahun lepas.

Turut hadir pada majlis itu, Angkawasan Rusia Salizhan Sharipov.

Sheikh Muszaphar berkata program angkasawan negara kedua perlu mempunyai misi yang berbeza supaya ia lebih bermanfaat dan berbaloi.

"Ia bukan perkara yang mudah," katanya.

"Untuk program ini kita memerlukan kos yang sangat besar.
"Program yang kedua perlu berbeza dengan program yang pertama supaya kajian dibuat dapat dimanfaatkan sepenuhnnya selain dilihat berbaloi dengan kos yang dikeluarkan," katanya.


Sebelum ini, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dilaporkan akan mengemukakan cadangan berkenaan program misi menghantar angkasawan kedua ke ISS untuk melakukan penyelidikan saintifik, kepada kerajaan pada penghujung tahun ini.

Timbalan menterinya, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata MOSTI kini sedang merangka perinciannya menerusi perjumpaan, perbincangan dan perundingan bersama para saintis, ahli akademik dan mereka yang berkaitan dalam menentukan jenis penyelidikan yang sesuai dilakukan.
[size=0.875em]


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2016 09:55 AM | Show all posts
dei, ikut kelayakan  dan kemampuan la...jgn tumpang2 free lagi la...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau takat melancong free2 jah baik tak payah kot. Ada hasil ke beliau cik cur ke iss 9 tahun lepas?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 10:32 AM | Show all posts
jangan bagi atas dasar "wanita", tapi bagi atas dasar kemampuan dan kelayakan. Klu bg atas dasar "wanita", tak ke kira menghina wanita camtu sebab bagi keistimewaan gitu? Bagi atas dasar kemampuan dan kelayakan setelah dinilai semua laki pompuan, barulah dapat yang terbaik. Equal treatment gitu, feminism yang betul
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 10:52 AM | Show all posts
kertu dah nampak dia ni....

hasil melancong free tu, kaya raya jadinya dia ni....bini pun pakai X6 katanya....mewah betul life dia laki bini
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Makcik gayat

seat makcik pas kat korang horkeh
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 11:01 AM | Show all posts
da ckup melancong la...hbis puluhan juta..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 11:03 AM | Show all posts
Bagi peluang bawak Lamborghini pun tertonggeng ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2016 11:25 AM | Show all posts
malaysia takde duit laa nak tanggung ko...1 billion kan bayar dia gi melancong? takde hasil & pekdah pun utk malaysian
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Janji kat kapten faiz tak ditepati, ni janji kat kaum wanita plak. By the way, muzaphar ni nampak kertu sebab lost his weight kot.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lain muka beliaw...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 12:37 PM | Show all posts
apa hasil penyelidikan heols kat isis...dah berkurun tapi masih tak dengar berita
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg aku gusar...bkn bab datang ke bulan tu...tp bab drng datang bulan.Bawa pad lbh, berat pulok...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 12:49 PM | Show all posts
bab hasil penyelidikan tu dh byk kali agensi dolak dalik nk bagi pengumuman
last2 org lupa
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 12:58 PM | Show all posts
R2D2 replied at 20-1-2016 12:49 PM
bab hasil penyelidikan tu dh byk kali agensi dolak dalik nk bagi pengumuman
last2 org lupa

pi hari tu pon pasal kes rusia bagi slot. Kes sogok utk m'sia beli jet SU30. Lain kali x dak sapa nak layan lor. Orang lain semua ada kerja serius nak buat, buakn nak pi jalan2.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Pale vuto..
Hantaq pi angkasa lanjiao perabih duit je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2016 02:18 PM | Show all posts
main yoyo main gasing
campur air dan minyak
tu jela ujikajinya
memang xde hasil ape2 la nk dibentangkan
hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Relevan lagi ke pakcik nih. I takmo tau sape next pelancong angkasa dr msia. Yg i kesah, ape jadi dgn eksperimen kebanggaan die ni? Propa saje ke atau kaberina je hanye utk mengisi masa lapang?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak tua dh dia
Yela apa hasil dia p angkasa?
Ada masuk dlm buku sejarah sekolah x?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu2 i dgr ade jugak calon wanita yg layak dr pokcik ni. Dan 2nd layak tu bkn pokcik ni gk. Dgr2 nye kapt faiz tu lg layak dr die nih.

Pokcik ni cas utk air liur die pun sampai beribu riban utk sejam 2. Sape la rajin ambik die ni utk bg ceramah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-12-2022 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.102271 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list