CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3235|Reply: 20

[Tempatan] {1} Pavillion: Beg isi spender & coli disangka ada bom!

   Close [Copy link]
Post time 18-1-2016 05:07 AM | Show all posts |Read mode
January 17, 2016

KUALA LUMPUR, Ahad – Ketika orang ramai masih segar dengan ingatan terhadap pengeboman yang berlaku di Jakarta beberapa hari lalu, pengunjung di pusat beli-belah di Pavilion di sini, cemas apabila polis memeriksa dua beg yang ditinggalkan di situ, hari ini.

Dua beg yang ditinggalkan di bawah kerusi di aras dua oleh dua pelancong dari Korea itu dijumpai oleh pihak pengurusan pusat beli-belah itu.

Selepas menunggu kira-kira 30 minit namun tiada sesiapa yang menuntut beg itu, pihak pengurusan pusat beli-belah itu menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah, berkata pemeriksaan polis bagaimanapun mengesahkan ia adalah beg pakaian.

Pelancong terbabit dikatakan meninggalkan beg itu bagi memudahkan mereka untuk membeli-belah di Pavilion.

Zainol berkata, dua pelancong wanita itu meninggalkan beg mereka dekat bahagian tengah di aras dua pusat beli-belah itu kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Selepas 30 minit menunggu pemilik untuk menuntut beg mereka, pihak pengurusan pusat beli-belah itu mengambil keputusan menghubungi polis kerana khuatir keselamatan orang awam.

Katanya, unit pemusnah bom segera ke tempat kejadian dan apabila diperiksa menemui pakaian di dalam beg tersebut.

Kira-kira tiga jam kemudian, dua wanita berkenaan dalam lingkungan 20-an dan 40-an tampil untuk menuntut beg mereka.

“Mereka dibawa untuk disoal siasat. Mereka beritahu kita bahawa mereka mahu pergi membeli-belah, sebab itu mereka tinggalkan beg mereka di situ.

Kita berpuas hati dengan jawapan mereka. Mereka telah dilepaskan,” katanya.

p/s Bomfobia...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2016 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Coli cup apa la agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 07:08 AM | Show all posts
bangang lenkali bwk skali..
nyusahkn org
lps ni nmpk beg2 tggl ni buang jekkk...x yah nk siasat segala
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 08:52 AM | Show all posts
servis simpan barang kan ada. tak pasal2 jadi kecoh
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 08:54 AM | Show all posts
pengganas nk buat rehearsal
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 09:04 AM | Show all posts
fifie_olin replied at 18-1-2016 07:08 AM
bangang lenkali bwk skali..
nyusahkn org
lps ni nmpk beg2 tggl ni buang jekkk...x yah nk siasat se ...

Kalau di airport di US mana mana luggage yg security nampak takde owner, mmg dah kena rampas dah. Even nak tinggal kejap ke toilet pun tak boleh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2016 09:12 AM | Show all posts
sam_survivor replied at 18-1-2016 09:04 AM
Kalau di airport di US mana mana luggage yg security nampak takde owner, mmg dah kena rampas dah.  ...

kann...semak jek..
pndi bawak..pndi la jaga

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 09:15 AM | Show all posts
fifie_olin replied at 18-1-2016 09:12 AM
kann...semak jek..
pndi bawak..pndi la jaga

Kan? tuh la pelik security KLCC tu boleh tunggu dalam 30 minit pulak baru nak check beg tu. Buatnya time tu dah meletop ke apa ke kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2016 09:24 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 18-1-2016 09:28 AM

hmm? tak faham

2 pelancong korea - tinggalkan beg  bawah kerusi  dan tak bertuan selama > 15 minutes


ya allah , memang pun akan jadi masalah keselamatan , memang patut lah kena tahan.

dan ini tidak sepatutnya dilakukan , sebab kat tube pun banyak announcement  suruh jangan tinggalkan bag atau apa apa barang  tak bertuan dan laporkan kepada security jika terdapat perlakuan yang mencurigakan.

ada announcement lagi so i think  pihak LRT, Putera dan any big shopping malls kena buat announcement secara berkala.

macam tube UK.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 09:26 AM | Show all posts
sam_survivor replied at 18-1-2016 09:04 AM
Kalau di airport di US mana mana luggage yg security nampak takde owner, mmg dah kena rampas dah.  ...

exactly, betul tu... kat memana airports pun , pelik pulak kalau depa pelancong ni tak tahu pulak dan saja tinggalkan beg depa > 15 mins kat tempat sebegini.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2016 09:50 AM | Show all posts
sebaliknya, ini juga petanda keyakinan pelancong asing terhadap keselamatan dlm Malaysia.
Letak beg bawah kerusi jer...lgsg tak curiga akan hilang...Tahniah Malaysia !
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 10:55 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 18-1-2016 09:26 AM
exactly, betul tu... kat memana airports pun , pelik pulak kalau depa pelancong ni tak tahu pulak  ...

Itu lah. Satu di sangkakan bom, satu lagi tak takut ke hilang org curi?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 10:55 AM | Show all posts
tongkatwaran75 replied at 18-1-2016 09:50 AM
sebaliknya, ini juga petanda keyakinan pelancong asing terhadap keselamatan dlm Malaysia.
Letak beg ...

Haha, yang ini pun agree juga
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 11:03 AM | Show all posts
tak kena rembat pulak beg dorang ye..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 11:03 AM | Show all posts
sam_survivor replied at 18-1-2016 10:55 AM
Itu lah. Satu di sangkakan bom, satu lagi tak takut ke hilang org curi?

dalam tu pun ada baju je, kena curi beli lain
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 11:33 AM | Show all posts
pengganas nk test power...npk nya 30mnt klu cmtu lebur dahh kl ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2016 12:57 PM | Show all posts
AGSA replied at 18-1-2016 11:33 AM
pengganas nk test power...npk nya 30mnt klu cmtu lebur dahh kl ni...

pengganas IS tu ada dari Korea jugak ker?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 01:15 PM | Show all posts
guys, kita patut ambil langkah berjaga-jaga

mana tahu yahudi myanmar jadi pelancong korea

teliti perancangan depa ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
fifie_olin replied at 18-1-2016 07:08 AM
bangang lenkali bwk skali..
nyusahkn org
lps ni nmpk beg2 tggl ni buang jekkk...x yah nk siasat se ...

Buatnya otw nak buang tu meletup?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 01:39 PM | Show all posts
huhuhuhu

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.073884 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list