Din (kanan) menunjukkan telefon bimbit milik suspek yang turut dirampas polis.
BATU PAHAT - Seorang pemuda ditahan kerana memburukkan polis di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, perbuatan pemuda terbabit disedari seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, Sabtu lalu dan kemudian membuat laporan.
“Susulan daripada laporan yang dibuat, pihak polis menahan suspek dalam masa 24 jam selepas itu selain merampas sebuah telefon bimbit jenis Sony Experia,” katanya pada sidang media di IPD Batu Pahat, semalam.
Menurutnya, hasil siasatan, suspek mengaku melakukan kesalahan itu.
“Kes disiasat bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menghina polis melalui laman sosial.
“Suspek didapati positif dadah dan didakwa bawah Seksyen 15 (1), Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
|