CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12806|Reply: 98

[Tempatan] Isu Rider Piza Maut: Salah Sistem Atau Pelanggan Tidak Sabar?

[Copy link]
Post time 14-1-2016 02:49 PM | Show all posts |Read mode
Isu Rider Piza Maut: Salah Sistem Atau Pelanggan Tidak Sabar?                                Jan 13, 2016                441

GAMBAR HIASAN


198Shares


STRATEGI pemasaran kebanyakan syarikat makanan segera terkenal yang menjanjikan penghantaran pesanan piza dalam masa hanya 30 minit menimbulkan isu baru-baru ini.
Ia menjadi sensasi selepas salah seorang penghantar piza maut akibat nahas sebelum sempat menghantar pesanan kepada pelanggan di Teluk Intan, Perak pada Jumaat lalu.
Mangsa yang bekerja di bawah francais piza yang tidak dinyatakan namanya atas sebab tertentu itu meninggal dunia selepas motor yang dipandunya gagal mengelak sebuah kereta.
Namun, ini bukanlah insiden kemalangan pertama yang melibatkan penghantar piza.
Pada tahun 2014 lalu, seorang lagi pekerja di Pulau Pinang nyaris maut apabila motorsikal yang dinaikinya berlanggar dengan sebuah kereta semasa dia sedang dalam perjalanan untuk menghantar pesanan.
Persoalannya, berbaloikah menaruh nyawa demi sekeping piza? Sampai bilakah syarikat makanan segera ini memandang enteng isu yang melibatkan ajal pekerja bawahannya?
Atau, siapa yang sebenarnya perlu dipersalahkan?
Tanpa menuding jari ke arah mana-mana pihak bagi mencetuskan satu topik perbualan terbuka,  Mynewshub akan mengupas isu ini dengan lebih mendalam sekali gus mengenal pasti di mana silapnya.
Isu ini timbul sama ada ianya wujud dalam sistem penghantaran itu sendiri ataupun atas kecuaian pekerjanya.
DILEMA MENGEJAR MASA
Menurut pengurus salah sebuah francais piza di negara ini, Nor Hidayah Binti Abu Bakar, 22, penghantar piza biasanya tertekan dengan jangka masa penghantaran tidak munasabah yang diberikan oleh pelanggan.
Oleh itu, mereka terpaksa memandu dengan lebih laju dan selalunya melebihi had kelajuan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
Pengurus restoran, Nor Hidayah Bt Abu Bakar, 22: “Penghantar piza biasanya tertekan dengan jangkamasa penghantaran tidak munasabah yang diberikan oleh pelanggan.”

“Dalam hal ini, kredibiliti penghantar piza bukanlah isu yang sebenarnya. Ini kerana, kami tegas dalam mengambil rider atau penghantar yang mempunyai lesen motorsikal kelas B2 yang sah sahaja.
“Namun, volum pesanan daripada pelanggan yang tinggi setiap hari menyebabkan rider kami terpaksa memandu melebihi had laju dan ini adalah satu keadaan yang sukar dielakkan,” terang Nor Hidayah.
Mengakui bahawa nyawa rider ini diibaratkan bagai dipertaruhkan di atas jalan, Nor Hidayah berkata pelanggan sepatutnya faham situasi yang dialami penghantar.
“Dalam sehari, ada di antara rider kami yang terpaksa menghantar lebih 20 pesanan ke alamat yang berbeza, dan proses ini mengambil masa atas faktor-faktor tertentu.
“Namun, ada sesetengah pelanggan yang tidak faham lalu bertindak untuk memaki-hamun pekerja kami apabila penghantaran mengalami kelewatan, dan ini mengakibatkan tekanan kepada rider.
Seorang lagi pengurus cawangan syarikat piza berbeza yang kami temui, Khairudin bin Andikgauk, 26, juga menegaskan nahas maut berlaku kemungkinan besar bukanlah berpunca daripada kecuaian penghantar piza itu.
Pengurus, Khairudin Andikgauk, 26: “Had kelajuan yang perlu dipatuhi oleh penghantar piza adalah 60km/j sahaja dan mereka tidak dibenarkan untuk melanggar syarat tersebut serta peraturan jalan raya lain sama sekali.”

“Syarikat kami sediakan kursus untuk bakal penghantar piza bagi latih mereka sebelum kerja. Dalam kursus itu, mereka akan jalani taklimat mengenai keselamatan dan hak-hak mereka sebagai penghantar piza dan sebagainya.
“Selain itu, rider kami juga telah sedia maklum bahawa setiap pekerja mempunyai perlindungan SOCSO serta diberikan insurans kemalangan dan nyawa.
“Di samping itu mereka ada kad perubatan jika mengalami kecederaan semasa waktu bekerja. Jadi tiada isu pengabaian keselamatan dan kebajikan pekerja dalam hal ini,” jelas Khairudin lagi.
Khairudin turut menjelaskan bahawa had kelajuan yang perlu dipatuhi oleh penghantar piza adalah 60km/j sahaja dan mereka tidak dibenarkan untuk melanggar syarat tersebut serta peraturan jalan raya lain sama sekali.
“Segala peraturan telah termaktub di dalam prosedur operasi standard (SOP), jadi pelanggarannya akan dikenakan tindakan seperti diberikan kaunseling dan lain-lain,” tambah Khairudin.
PENGHANTAR TIDAK CELIK HAK
Seperti yang sedia maklum, setiap organisasi pasti mempunyai prosedur operasinya sendiri, begitu juga syarikat francais makanan segera.
Apabila dituju soalan, rata-rata daripada mereka ternyata tidak tahu langsung berkenaan hak mereka sebagai pekerja!
Bukan sahaja itu, malah mereka juga mengambil jalan mudah dengan menunggang motor berdasarkan had kelajuan terlalu tinggi dengan alasan tidak mahu dimarahi pelanggan.
“Kalau tak laju tak sampailah,” seloroh salah seorang penghantar yang dikenali sebagai Fitri.
Maka jelaslah di sini bahawa punca berlakunya kemalangan yang meragut nyawa penghantar piza telah terpecah kepada tiga faktor: tekanan daripada pelanggan, kekangan masa, dan kecuaian penghantarnya sendiri.
Namun, ketiga-tiga ini tidak boleh dipersalahkan secara total.
Syarikat francais itu juga sepatutnya bertindak lebih bertanggungjawab dalam memastikan sistem dan kepuasan pelanggan bertemu di satu titik tumpuan yang sama adil.
Ini kerana setakat ini masih belum ada sebarang makluman daripada pihak mereka untuk memastikan tindakan sewajarnya akan diambil agar tiada kemalangan meragut nyawa pekerja mereka berlaku lagi di masa akan datang.
Mynewshub telah cuba untuk menghubungi pihak yang berkenaan namun usaha kami untuk mendapatkan komen daripada syarikat francais piza itu masih belum berjaya. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: Sara Khalid
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2016 02:54 PM | Show all posts
pehal nak salahkan pelanggan...sapa yang mengada  letak polisi 30 minit semua tu tuk tarik pelanggan...

kalau tak mampu buat, jangan senang2 bagi janji...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 02:56 PM | Show all posts


sapa suh rempit. dh tau lambat standby ja extra piza. susah apa
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 03:06 PM | Show all posts
Takut kesian suma ada bila tgk despatch delivery food bagai nii...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 03:10 PM | Show all posts
pizza tu yg salah

sbb kalu tgk kat iklan cantik je, gebus.
bila delivery sapai, penyek, nipis mcm kertas je.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 03:11 PM | Show all posts
dulu2 adik aku pernah kerja dengan pizza hut, tapi bukan sebagai rider pizza lah...
dia cakap komission sekali penghantaran rm1.00 , terkejut aku, alahai dengan menggadai nyawa dok hantar pizza tu , rm1.00 je..macam tak berbaloi.. tapi tu dulu lah... sekarang ni aku tak tahu berapa diorang dapat.

sebab tu aku tak pernah order penghantaran pizza ni, kesian dengan budak2 nih, dengan berhujan panasnya...
kalu aku teringin nak makan pizza pun, aku beli sendiri je dekat restoran piza nih. kalu aku terpaksa order pizza ni pun ,aku memang bagi tips lebih dekat budak2 rider nih.. kesian diorang...

  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2016 03:13 PM | Show all posts
lepas nie guna dron......settle
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 03:13 PM | Show all posts
pelanggan yang tetapkan masa? pala hotak dia..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2016 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
gaara_X replied at 14-1-2016 03:13 PM
lepas nie guna dron......settle

Pastu dron pizza hut akan crash dgn drone dominos.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 03:16 PM | Show all posts
gaara_X replied at 14-1-2016 03:13 PM
lepas nie guna dron......settle

dron problem gak.. dah deliver tak balik2.. kena songlap dengan customer. tak pun masa hantar beteri abis atau kena patuk dek burung.. terus ngamuk2 customer
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang kesian..demi mencari rezeki..aku kan..kalau oder pijahat..mesti kasi tips kt rider tu..mcm adik aku je diorg..sob2..jaga2 diri leklok ye nak..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 03:20 PM | Show all posts
mohteppp nk salahkan pelanggan bila diaorg yg kata leh smp dlm tempoh 30 minit
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 03:24 PM | Show all posts
kalau kesian
sapa2 yg order tu mohon bagi tips lebih kat rider ni
waima depa lambat sampai pun
jangan nk memarah
tapi kalau lambat sampai 2 jam??
bukan sengaja lambat


* takde yang nk komen 'sapa suh jadi rider?'
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 03:25 PM | Show all posts
cari wang pun, jaga la keselamatan sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 03:26 PM | Show all posts
Ehhhh dia yang bagi had masa, lagi nak salahkan pelanggan. Lagi satu, dah tau banyak order, ko hire la rider pizza banyak2, kecikkan kawasan penghantaran dorang, barulah ko boleh capai janji 30minit tu. ni tak, sorang rider nak kena cover 20 order dengan kawasan luas lagi, memang lah rider tu rempit macam nak putus nyawa.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 03:29 PM | Show all posts
bangang, dah buat study...
kalau tak mampu deliver dalam 1/2 jam, toksah lah janji boleh deliver. janji lah 40 minit ke or whatever...
apa susah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2016 03:32 PM | Show all posts
Member aku pernah jd rider Pizza Hut. Ada sekali tu dia accident tayar masuk lobang kat jalan. Habis pizza jatuh atas jalan. Dia kutip balik dan terus je hantar. So far takde komplen plak pizza rasa jalan tar. Aman2 je org yg order tu mencekik..Kejadian di Sek17 PJ sekitar 2011

BTW mmg kesian dgn diorg. Sampai lambat - kena maki. Pizza sejuk - kena maki. Rider tak ensem pun kena maki..(yg order dr geng andartu dan jugak nyah)
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 03:34 PM | Show all posts
eh nak salahkan custmr pulak
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 03:36 PM | Show all posts
yang pengurus pompuan salahkan pelanggan sebab tak memahami kesusahan penunggang tersebut

yang pengurus lelaki salahkan penunggang tu sendiri, sebab dah ada latihan dan SOP bagai

Aku salahkan, syarikat tu sendiri sebab bagi janji bukan2. Customer tak salah, dah dorang dijanjikan tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
cfa replied at 14-1-2016 03:11 PM
dulu2 adik aku pernah kerja dengan pizza hut, tapi bukan sebagai rider pizza lah...
dia cakap komis ...

Dah kalo ko tk order pizza lg tak berduit la bebudak tu sbb takde penghantaran nk dibuat. And kalo semua berpikir cam ko alamat nya tak bekerja la budak tu.
RM1 diorg dapat utk setiap penghantaran tu adelah allowance. Diorg juga ade gaji basic utk tolak socso n epf. Kalo diorg buat penghantaran sebyk 20 trip sehari mean allowance mereka sehari rm20. Selalunyadespatch pizza ni pakai motor company n bkn duit diorg nk isi minyak motor n service motor tu. Kire bykla diorg dpt. Penghantaran pun biasanya charge customer rm3-5 so berbaloi la rm1-rm2 tu di bg utk allowance budak tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.066286 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list