CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4767|Reply: 49

[Tempatan] Media sosial punca penceraian

[Copy link]
Post time 14-1-2016 09:50 AM | Show all posts |Read mode


Trend penggunaan gajet elektronik dan media sosial didapati mampu menjadi penyebab penceraian, kata seorang pakar keluarga.

Pakar Psikologi dan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof Madya Dr Mariani Mohd Nor berkata aplikasi seperti WhatsApp boleh menjadi platform untuk pasangan muda meluahkan perasaan marah apabila berhadapan konflik rumah tangga.

"Apabila masing-masing merasa marah, lalu menghantar mesej dalam WhatsApp misalnya. Ia boleh menimbulkan intonasi suara dan hasrat yang berbeza, disusuli persepsi negatif si penerima yang berlawanan dengan niat sebenar si penghantar mesej," katanya.


Beliau mengulas laporan akhbar yang kadar penceraian masyarakat Islam di Malaysia semakin membimbangkan dengan lebih 274,000 pasangan bercerai dalam tempoh 6 tahun lalu.
Statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia juga menunjukkan 38,035 pasangan bercerai sepanjang tempoh Januari hingga Ogos tahun lalu yang secara purata terdapat 156 pasangan Islam bercerai setiap hari.

Mariani berkata di zaman canggih ini, penggunaan WhatsApp juga boleh mendorong kepada perbuatan curang yang mana perkenalan biasa antara lelaki dan wanita menerusi aplikasi media sosial boleh membawa kepada perhubungan mesra hingga melupakan batas pergaulan.

"Penggunaan media sosial seperti Facebook dan Instagram juga boleh membawa kepada hubungan tidak baik antara suami isteri kerana masing-masing mungkin tidak menjaga sensitiviti perhubungan mereka dengan memuat naik status dan gambar masing-masing yang tidak bersesuaian, untuk tatapan orang lain," katanya.

Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din menyifatkan perceraian yang melibatkan 156 kes setiap hari adalah sangat tinggi dan wajib menyedarkan semua pihak terutama bagi pasangan yang mahu berkahwin mengenai kepentingan menjaga keharmonian rumah tangga.

Beliau berkata pasangan seharusnya tahu dan faham yang setiap perceraian akan memberi gangguan kepada sistem diri anak-anak dan keluarga mereka termasuk soal kerjaya masing-masing.

"Pasangan sebaiknya mempunyai ilmu dan pengetahuan tentang komunikasi berkesan iaitu cara pengurusan konflik, pengendalian krisis, psikologi keluarga dan pengurusan persepsi yang berkesan," katanya.

Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Saedah Abdul Ghani berkata kursus pra perkahwinan yang diwajibkan kepada pasangan yang akan bernikah perlu disusun semula mengikut kesesuaian gaya hidup golongan muda yang semakin berubah.

"Pengisian dan inti pati kursus perlu menitikberatkan pelbagai aspek berkaitan psikologi perkahwinan, kanak-kanak dan remaja selain kemahiran menangani konflik rumah tangga," katanya.

Beliau mencadangkan universiti turut menyediakan program pengajian berkaitan kaunseling keluarga dan perkahwinan kepada pelajar. – Bernama, 14 Januari, 2016
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2016 10:18 AM | Show all posts
sila panjangkn kursus kawen...(sarcasm)
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 10:19 AM | Show all posts
sila kenal pasti root cause ngan tepat.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 10:23 AM | Show all posts
Lollipop111 replied at 14-1-2016 10:18 AM
sila panjangkn kursus kawen...(sarcasm)

dulu ada gak dengar kursus kawen nak dipanjangkan sampai 3bulan bagai , tapi sampai lani xdak apa pun
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 10:35 AM | Show all posts
Tidak dinafikan juga
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Marah sikit block suamidi fb wasap wechat dsbgnya.

Cer marah sikit tukar kunci rumah baru puas ati..biar dia tido luar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2016 10:42 AM | Show all posts
Ini mungkin betul jugak..

Sebab makin banyak insta the most beautifoo.. the most handsem.. tapi bukan yg versi melayu punya yee.. sebab dlm tu seko2 muka makan belachan & gigi sireh..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 10:43 AM | Show all posts
sila buat kursus perkahwinan di paris, seperti yapeim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2016 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
i think yg membimbangkan ialah trend sentiasa ngadap handphone. fb ke instagram ke youtube ke forum ke blog ke...
ni semua melalaikan dari membuat kerja2 sebenar. dan akhirnya terbengkalai dan boleh sebabkan gaduh or cerai
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 10:51 AM | Show all posts
well, ini berlaku dan tidak disedari di kiri kanan....yups.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 10:55 AM | Show all posts
bukan sbb wassap
tp sebab suami xreti nk cover
huhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 10:59 AM | Show all posts
ermmmmmm......banyak buruk dari baik..apa pun.....guna teknologi untuk keperluan yang sesuai...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 11:03 AM | Show all posts
Edited by cabalero at 14-1-2016 11:06 AM

aku paling pantang bila member beria ajak jumpa nak bersembang end up dia main FB

aku bagitau dia next time kalau nak jumpa takyah susah2...inbox aje buang masa aku je datang

sengih2 member aku sambil simpan HP dalam poket




Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 11:05 AM | Show all posts
orang lebih mudah dan senang meluahkan perasaan di FB

sampai benda yg tak patut diluah pun boleh jadi tatapan ramai

marah dgn laki tapi luah kat FB buat apa

luah la kat laki kau
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 11:08 AM | Show all posts
Lollipop111 replied at 14-1-2016 10:18 AM
sila panjangkn kursus kawen...(sarcasm)

kursus kawen kena ada slot ttg media sosial n elektronik
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Taim gaduh marah tak puas hati kat laki seme bg tau kat fb...taim make lap pandai lak tak nak tunjuk..:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2016 11:21 AM | Show all posts
mokcikKSKB replied at 14-1-2016 10:36 AM
Marah sikit block suamidi fb wasap wechat dsbgnya.

Cer marah sikit tukar kunci rumah baru puas  ...

Jgn mokcik....jangan...... sabor je le.    Zaman dulu bila makpah gertak suruh anak pergi jgn balek2 atau pindah bawa tikar bantal (ke rumah kawan ke atau ke panggung wayang kerana tak reti nak balek2), anak2 takut.  La ni, tak payah suruh pergi pun anak2 akan pergi sendiri dan tak balek2 lagi.  Makayah pula yg kecut hati.  Gitu juga dgn suami, asyik suruh tido luar, nanti terus pula dia tido di luar-luar.  Sape susah? terus terbit berita di suratkaba merayu minta suami/anak pulang ke pangkuan koga.  naye tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 11:25 AM | Show all posts
kekal kan jek kursus kawin yg ade skang ni dgn sedikit penambahbaik...
org yg cerai patut pi kursus cerai, post mortem balik ape kesilapan rumahtangga lepas...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 01:00 PM | Show all posts
Kalau dah addict dgn hp tak boleh buat ape, bkn masalah kursus kawen...
diri seseorang tu. lelaki atau pompuan same je kalau dah 24 jam ngadap hp.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 14-1-2016 11:21 AM
Jgn mokcik....jangan...... sabor je le.    Zaman dulu bila makpah gertak suruh anak pergi jgn bale ...

Hahaha...kelakar plak ko ni.dia nk nyimpang tido mana lantok ke dia.one nite stand katanya...seminggu x balik jd 1week stand...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.046198 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list