Jenama fesyen terkenal dunia, Dolce & Gabbana sememangnya sinonim dengan fesyen yang elegan dan juga seksi.
Namun, jangan terkejut kerana ia kini melancarkan koleksi busana yang lebih sopan dan tertutup. Malah, ia merupakan inspirasi fesyen untuk pengguna Muslim yang dinamakan sebagai The Abaya Collection: The Allure of Middle East.
Antara material yang digunakan ialah georgette dan charmeuse serta, rona hitam mendominasi kebanyakan koleksinya.
Manakala, sentuhan motif bunga daisy, lemon dan mawar melengkapkan lagi gaya yang menawan pada semua busananya.
Dikatakan koleksi untuk wanita Muslim ini bakal menjengah pasaran pada bulan Februari nanti! - CARI Infonet
eh not bad la...
dari segi auratnye...mmg ok...just the feet...but serious..not bad at all..
yg designer kat malaysia pun bleh tentu...bab aurat pass...