CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4302|Reply: 8

PROSEDUR KEMALANGAN JALAN RAYA: LADY DRIVER APA PERLU ANDA LAKUKAN.

[Copy link]
Post time 11-1-2016 04:00 PM | Show all posts |Read mode
PROSEDUR KEMALANGAN JALAN RAYA: LADY DRIVER APA PERLU ANDA LAKUKAN.





Kata orang malang tidak berbau. Begitu juga dengan kemalangan jalan raya. Walau macam mana berhati-hati pun kita semasa di jalan raya kemalangan boleh saja berlaku di atas kecuaian orang lain.

Mungkin tak semua di antara kita yang pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Lantas tahu kah anda prosedur yang betul yang patut anda lakukan jika terlibat dengan kemalangan. Apakah maklumat yang perlu anda dapatkan dari kejadian itu.

Jom baca sharing berdasarkan pengalaman saya terlibat dalam kemalangan lebih kurang 5 tahun yang lalu.


Ada beberapa langkah dan maklumat yang anda perlu rakam kan apabila terlibat dengan kemalangan.


#1
Sangat-sangat penting untuk anda bertenang dan tidak panik. Bila kita dalam keadaan panik kita tidak dapat memikirkan perkara yang sepatutnya kita lakukan. Oleh itu JANGAN PANIK. Baca Al-fatihah dan selawat tiga kali. Bernafas dalam keadaan tenang.


#2
Pastikan tiada kecederaan berat pada diri kita dan indiviu yang ada bersama dengan kita selamat.


#3
Ambil telefon dan catatkan perkara seperti berikut:
Waktu kejadian
Tarikh
Tempat kejadian
Jenis kenderaan yang terlibat
Warna, jenis dan no plat kenderaan yang terlibat
Bagaimana kejadian itu berlaku

#4
Snap gambar kejadian sebanyak dan sebaik mungkin.
Apa yang perlu di snap:
Gambar kenderaan anda yang mengalami kerosakan akibat kemalangan itu
Gambar kenderaan yang melanggar ata dilanggar
Gambar lokasi kemalangan
Gambar kenderaan yang melanggar atau dilanggar
Gambar orang yang melanggar atau dilanggar
Rekod butiran maklumat orang yang melanggar atau dilanggar (seperti no.kad pengenalan. Snap kad pengenalan tersebut jika perlu)




#5
Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan yang teruk dan tidak dapat bergerak hubungi panel insuran anda secepat mungkin. JANGAN tandatangan apa-apa dokumen yang diminta dan mempersetujui apa-apa tawaran penundaan di lokasi kejadian.  Kebiasaannya syarikat insuran mempunyai tow track sendiri dan ianya tidak perlu dibayar.

Jika tidak anda perlu membayar sejumlah wang  yang banyak (dekat nam tujuh ratuh jugak la nak membayarnya) dan kos pembaikan mungkin tidak akan dibiayai oleh insuran anda. Bak kata kawan saya 'Dia cangkuk je, ko dah kena bayar!'




#6
Analisa secara kasar kemalangan yang berlaku. Jika ianya melibatkan kerosakan yang teruk, Bawa semua maklumat di #3 dan #4 ke BALAI POLIS CAWANGAN TRAFIK yang berdekatan dalam TEMPOH 24 JAM. Ingat ye. Cawangan trafik. Bukan balai polis biasa. Dan pastikan ia adalah balai yang terhampir dengan lokasi kejadian.

Jika anda melaporkan kejadian tersebut di balai polis lain, anda mungkin akan diminta pergi semula ke balai polis terhampir (which is sangat menyusahkan sebab anda terpaksa ke hulu ke hilir dengan kenderaan anda yang rosak akibat kemalangan.) Atau pon balai tersebut akan menerima laporan anda tetapi proses laporan itu akan mengambil masa yang lebih lama (mungkin sehingga 2 minggu lamanya.)


#7
Sekiranya anda mendapati kemalangan tersebut tidak melibatkan kerosakan yang teruk. Lebih elok sekiranya anda slow talk dengan orang yang dilanggar atau melanggar supaya tidak membuat laporan. Antara sebabnya ialah:
NCD anda akan di reset semula kepada 0.00% jika anda merupakan pelanggar. Tak berbaloi untuk reset NCD anda kalau kemalangan tersebut hanya melibatkan kerosakan ratusan ringgit sahaja.
Buang masa polis je nak rekod laporan kemalangan anda yang tak seberapa tu Hehehe
Anda perlu mencari bengkel yang boleh claim insuran si pelanggar (jika anda orang yang dilanggar) kerana bukan semua bengkel cover semua insuran yang ada di malaysia ni.
Kereta anda terpaksa di 'port' kan di bengkel lebih kurang SEBULAN kerana prosedur pembaikan memakan masa yang lama ( bengkel kena report pada insuran, kena panggil evaluator - memakan masa seminggu paling awal)
AMARAN!! Untuk step yang #6 ni saya tak pasti legal atau tak. Mohon dimaklumkan pada saya jika ianya menyalahi undang-undang.


#8
Jika laporan telah dibuat dapatkan salinan laporan dan no laporan untuk dikemukan bersama-sama cover note kenderaan anda ke bengkel yang terlibat.

PERINGATAN! Saya tidak mewakili mana-mana pihak berkuasa atau pihak insuran. Segala langkah-langkah yang saya nyatakan diatas adalah berdasarkan pengalaman yang saya lalui semasa terlibat dalam kemalangan. Walaubagaimanapun anda boleh menggunakan maklumat ini sebagai panduan jika anda tak tahu apa yang patot anda buat semasa kejadian kemalangan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2016 04:30 PM | Show all posts
kalau yg melanggar anda tu pemegang lesen P, pastikan anda dptkan nama dan no IC die..
selalu sgt, budak 'P' eksiden langgar orang, nama orang lain yg naik kat atas repot tu..
nama bapak la.. kakak laa.. kawan laa..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 05:17 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 11-1-2016 08:30 AM
kalau yg melanggar anda tu pemegang lesen P, pastikan anda dptkan nama dan no IC die..
selalu sgt,  ...

macam sudah biasa mengalaminya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 05:19 PM | Show all posts
Info berguna
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 06:08 PM | Show all posts
Aku hangin sungguh budak cina ni reverse sampai langgar keta aku..adaka aku yg salah sbb duk dekat sgt dgn keta dia...undang2 mana dia belajaq niii...aku diam2 tak gerak pun belakang dia..jauh pulak tu jarak sampai dia syok reverse siap langgar lagi..apa lg dia nak? 

aku mcm nak skolahkan dia ja kat situ!
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 06:20 PM | Show all posts
Emperor95 replied at 11-1-2016 05:17 PM
macam sudah biasa mengalaminya.

biasa aje benda ni... yg ada lesen P tanak rekod tercemar,
nanti kena demerit.. so guna la nama org lain yg ada lesen penuh utk buat repot.
mcm tak guna buat undang2 lesen P bagai, kalo orang boleh ngelat cenggini..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2016 09:08 AM | Show all posts

sa

Edited by Simunggu at 12-1-2016 09:19 AM

kalau tak ada report polis tak boleh claim insurance...jadi kalau "slow talk" nak repair sendiri...kalau setakat ratus ratus tu tak ada lah report polis dan insurance claim...

satu lagi ...kalau anda bersalah..akun salah & setuju repair make sure anda hantar bengkel yg anda biasa, bukan bengkel pilihan kereta yg kena langgar...bincang dgn bengkel utk minimize cost..pakai balik kalau boleh...jangan ganti semua....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 09:26 AM | Show all posts
gila apa nak pegang hp ambil gambar kemalangan. masuk forum cari ni attention seeker mesti kutuk punya la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2016 10:05 AM | Show all posts
adala replied at 13-1-2016 09:26 AM
gila apa nak pegang hp ambil gambar kemalangan. masuk forum cari ni attention seeker mesti kutuk pun ...

untuk smpanan sendiri tuk buat report sis, jgn la post kt fb insta cari bagai, mmg la kena hencap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.078835 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list