CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10834|Reply: 97

Catatan sedih pengembara solo, dihalau dari Masjid di Seoul

  [Copy link]
Post time 10-1-2016 07:43 PM | Show all posts |Read mode
Edited by barfi at 10-1-2016 07:44 PM







RAMAI yang tidak menyedari bahawa isu ‘masjid ditutup’ ini sebenarnya bukan sahaja berlaku di negara asing, malahan di Malaysia juga, banyak rumah ALLAH dikunci setelah selesai solat jemaah.Mungkin langkah ini diambil kerana mahu elak kecurian, namun bagaimana pula dengan golongan musafir yang ingin menunaikan kewajipan mereka?
Pengembara solo dari Malaysia, Irshad Harris berkongsikan pengalaman yang ditempuhnya sewaktu ingin menunaikan solat Subuh di sebuah kawasan di Seoul, Korea Selatan.
Pengalaman beliau yang kami kongsikan di bawah ini sedikit sebanyak membuka mata dan minda kita terhadap rumah Allah SWT yang seharusnya sentiasa terbuka luas untuk umatNya.
Mudah-mudahan kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua.. – MYNEWSHUB.CC

Salam alayk dan Salam Semesta.
Inilah jawapannya kenapa Islam masih tidak berkembang di Korea Selatan.
Aku tiba di Seoul Station tepat jam 0432. Aku bergegas ke Yongsan Station untuk letak backpack aku yang berat, memandangkan aku akan ke sini semula petang nanti. Selesai drop bag di locker, aku bergegas pula ke Itaewon Station dengan harapan dapat solat berjemaah Subuh di Masjid Itaewon.
Malangnya, keluar saja dari exit 3 Itawon Station, aku sesat entah ke mana. Setengah jam juga aku mencari masjid, dalam tahap suhu -7, aku jalan seorang diri di tengah bandar Itaewon mencari Masjid Itaewon.
Jam dah menunjukkan pukul 0715. Subuh mula jam 0607. Syuru’ pula jam 0744. Sehinggalah aku bertemu dengan seorang perempuan Korea yang nampak macam bergegas untuk pergi kerja, aku tanya dia, Itaewon Mosque?
Dia reply, Islam Temple? This way and turn right. Aku Kamsamida sahaja dan senyum, nak jawab apa lagi kan. Aku senyum seorang diri sambil bermonolog.
Alhamdulillah, tepat jam 0730 aku sampai di Masjid Itaewon. Tak tahu kenapa aku menangis macam nampak Kaabah, mungkin sebab dah terlalu letih dan sejuk beku.
Dan, di sinilah bermulanya kekecewaan aku. Aku punya semangat nak solat di Masjid Itaewon, dari Seoul Station lagi aku sudah ambil wudu’. Sejuknya hanya Allah yang tahu.
Satu demi satu anak tangga masjid aku naik, tak henti-henti ucap Alhamdulillah. Kemudian kelihatan dua orang di depan pintu masjid sedang bersembang, seorang Korean, seorang lagi macam Pakistani, nampak seperti berumur juga sekitar lingkungan 40-50an, aku rasa imam dan bilal.
Aku bagi salam, mereka jawab. Tiba-tiba salah seorang dari mereka (Korean) beritahu aku, sorry, we’re closing. Terkejut lah aku, takkan aku nak solat kat luar ni, memang sejuk membekulah jawabnya.
Aku cakap, Subuh prayer. Dia kata okay, pray only. Aku pun melangkah masuk masjid, memang kosong dan paling seronok, panas. Aku nampak ada 2 sejadah kat ruangan hadapan, mungkin mereka berdua sahaja yang solat subuh di masjid pagi ini.
Selepas selesai solat, aku buka phone dan baca quran, bermula dari surah An-Nisa’ ayat 1. Dalam pertengahan aku baca ayat 37 (agak panjang ayat ni), tiba-tiba Korean guy tadi masuk and suruh aku keluar.


Aku ingat sapaan dia mula-mula sebelum aku masuk masjid tadi hanya gurauan, rupa-rupanya memang betul suruh keluar. Aku pasrahlah, tapi aku nak habiskan dulu ayat 37 yang tergantung tadi, sayangnya, tak dapat.
Dia kunci pintu yang paling hampir dengan aku, tarik aku pergi main door dan dengan nada marah dia tempik aku, Get Out! We are closing!
Aku pandang je muka dia sambil angkat beg sandang aku dan pouchbag. Rasa nak pukul pun ada. Lebih menyedihkan, aku tak sempat pakai kasut lagi dia masih jerit get out!!

Selesai sarung kasut dalam suhu sejuk beku ini, aku meneruskan semula perjalanan ke Itaewon Station sambil mengesat air mata. Akulah insan paling kecewa hari ini.
Inilah kekecewaan aku paling besar terhadap Islam di sini. Ternyata, gelak sinis dan monolog sendiri aku dalam mengulangi ayat wanita korea tadi “Islam Temple” satu silap besar.
Hakikatnya, masjid ini hanya sekadar temple di mata rakyat Korea, dan pelancong-pelancong luar. Kebetulan semalam aku ke Haedong Yonggusa Temple, langsung tidak dihalau. Harini aku ke masjid, dihalau seperi anjing kurap pula.
Inilah jadinya bila rumah Allah dibuat seperti rumah sendiri, sedang Allah seronok menerima tetamuNya dalam rumah Allah yang bersih lagi suci untuk beribadah, kita manusia menghalau dan melarang orang ke masjid pada waktu-waktu tertentu.
Nasihat ini bukan sekadar untuk Masjid Itaewon, malahan mereka tidak akan faham luahan aku ini, tetapi buat masjid-masjid di tanah air kita sendiri, dan jika ada pembaca merupakan pelajar Malaysia di Korea, ubahlah persepsi mereka tentang masjid, bahawa masjid itu rumah Allah, bukan rumah mereka.
Tidak hairan rakyat Korea menggelarnya Islam Temple. Dan bagi aku, inilah antara punca Islam lambat berkembang di bumi Korea. Bukanlah niat aku untuk memburukkan Masjid ini, tetapi sebagai pengajaran juga buat seluruh masjid di Malaysia.
Akhir kalam, semoga Allah merahmati kalian, aku, rakyat Korea dan memberkati serta melimpahkan sepenuhnya rahmat buat Kota Itaewon dan warganya. In shaa Allah.
Aku merencanakan post ini sambil duduk di tepi dinding Itaewon Station, mengharapkan panas dari dalam bangunan ini, sambil melihat kesibukan rakyat korea bergegas untuk kerja.
Inilah dunia yang sementara, dan di sanalah akhirat yang kekal selamanya.
Suatu hasrat yang tak dapat,
adalah nikmat yang paling padat.
Irshad Harris,
Itaewon, Seoul
8/1/16
Sumber: Facebook Irshad Harris


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2016 07:46 PM | Show all posts
panjang pulak monolog ko dik.. cakap je la terus terang ko sebenarnya takde tempat nak lodging khen.. pastu nak berehat2 kat mesjid itu
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 07:47 PM | Show all posts
sakai first time ke luar negara ke sis?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 07:47 PM | Show all posts
anyhow apa yg peliknya diorang tutup mesjid.. tak silap kat malaysia pun ada masa2 bukan waktu solat memang mesjid n surau ditutup kan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 07:50 PM | Show all posts
mesmerize replied at 10-1-2016 07:47 PM
anyhow apa yg peliknya diorang tutup mesjid.. tak silap kat malaysia pun ada masa2 bukan waktu solat ...

biasa la mes
melayu kampung yang baru ke luar negara

dia ingat sama macam surau kat kampung dia kot

orang sana gelar islam temple pon sentap
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 07:55 PM | Show all posts
kemaruk replied at 10-1-2016 07:50 PM
biasa la mes
melayu kampung yang baru ke luar negara

pastu tak hormat kat penjaga mesjid.. mula2 heshe cakap nak solat je.. penjaga2 mesjid tu pun benarkan la.. agaknya diorang siap tunggu heshe habis solat, sebab pastu nak kena kunci mesjid tu.. pastu nak baca quran pulak.. heshe expect penjaga2 tu nak tunggu heshe lagi kot? banyak cantek muka dia
padahal bole aje baca quran kat mana2 pun..


logik juga diorang kunci, ai penah ke masjid itaewon ni beberapa tahun lepas, ada opis2 segala kat dalam tu.. mungkin ada tabung masjid.. mesti la diorang nak jaga keselamatan tempat tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2016 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh byk yg salahguna so tak heran org lain kna getah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 07:57 PM | Show all posts
tambah pulak kalau tengah mengesat air mata itu langsung burung merpati tengah terbang lantas berak lalu jatuh terkena batang hidungnya, dalam hati hiba tengah sentap itu. maka dia pun langsung mendiagnos sebab kedua Islam tidak berkembang di Korea adalah kerana burung merpatinya jahat-jahat belaka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2016 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
nak tergelak jugak part dia sentap orang panggil temple tu..pastu dia nak expect apa..korea bukan negara islam pon
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 07:58 PM | Show all posts
masa ko sampai pun 2 orang tu dah cakap masjid tutup... tapi ko merayu nak solat subuh kan dik..
diorang bagi kan ko masuk kejap nak solat subuh... lagipun dia dah bagi peluang pada ko...
pray only.. ko tak paham bahasa ke dik oii... maknanya ko boleh sembahyang sahaja...
yang ko melebih lebih nak baca quran lagi tu buat apa... dah selesai subuh keluar la.....

bukan ke orang melayu sunni selalu ratib islam senang sembahyang kat mana mana pun boleh...
gigeh ko mencari masjid jugak yer dik...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 08:00 PM | Show all posts
komen Farah Lee, wife Ally Iskandar.. dia student kat korea dulu :

Farah Lee
2 mins ·
Saya, rasa mahu berkongsi suka tentang islam di Korea dari pengalaman saya yang pernah menetap di Korea selama lima tahun (2008-2013) dan telah terlibat sebagai AJK dakwah di Masjid Itaewon selama 2 tahun (2011-2013).
Pakcik GetOut. Pakcik GetOut adalah guard di sana, dia juga yang tukang jaga parking, dia juga yang tukang sapu sampah cuci tandas, pegang semua kunci. Memang agak sinis dan tegas orangnya. Awalnya saya pun tak suka dia, selalu frust bila dapat tahu saya orang terawal datang meeting sebab perlu jumpa dia minta kunci, tapi bila rapat, dialah yang selalu buatkan kopi panas offer pada kami, dia juga kaitkan buah pisang kaki pokok depan masjid dan jamu kami makan. Orang Korea memang kasar, tapi jika kenal lebih lama, akan nampak lembut mereka.
Winter. Memang musim sejuk bilangan pengunjung berkurang. Aktiviti dakwah pun banyak dikurangkan. Yelah, sejuk, sejuk sangat. Hanya staff dan yang tinggal sekitar sahaja majoriti datang untuk solat. Yang datang melawat tak ada sangat. Sebab tu masjid perlu dikunci, nak jimat heater dan untuk sekuriti, tunggu hampir zohor baru ruang solat akan dibuka kembali. Tambah pula sejak kes ISIS, banyak buat orang Korea lagi negatif tentang islam. Lagi kena tambah berjaga jaga.
Baru buka negara. Kalau nak tahu, Korea mengamalkan konsep dasar negara tertutup, dan baru kurang lebih 20-30 tahun lepas mereka membuka negara pada orang asing (menurut pensyarah Korea saya). Sebab itu Bahasa Inggeris mereka kurang fasih, sebab masih baru dibiasakan dengan bahasa dan orang asing. Juga, mereka kurang tahu tentang budaya dan agama lain selain yang ada di Korea. Tapi kalau nak buat kira kira, islam dikenali dengan pesat sangat. Kalau dulu tahun pertama saya di sana, mereka tengok orang berjilbab macam hantu, tapi pada tahun akhir, mereka dah tak heran jumpa orang berjilbab. Itu untuk tempoh lima tahun sahaja, jangka yang sangat singkat dalam konteks revolusi.
Dakwah kami. Malaysian, Indonesian, Korean, American, Turkish, Pakistani, Indian, Middle Eastern, semua aktif berdakwah di sana. Saya AJK Salaam Nuri (dulunya Korean Dakwah and Tarbiyyah Program), boleh tengok aktiviti kami dalam FB Album saya. Di asaskan oleh Korean Brothers yang nak sangat bangsa mereka tahu lebih pasal islam. Sehingga sekarang, walau ramai yang dah balik negara asal, kami semua masih berhubung dalam Group Chat KakaoTalk untuk bincang tentang aktiviti dakwah Korea. Selain Salaam Nuri, banyak lagi program lain yang dianjurkan. Conference Hall di masjid, hampir setiap masa diadakan aktiviti. Tak lain untuk bagi ilmu tentang islam terutama pada orang Korea. Teringat pula saya pada Imam Pattani di Masjid Itaewon. 40 tahun dia menetap di Korea, hanya untuk mengembangkan islam. Dua lagi Imam Korea juga sangat baik. Walaupun sibuk, jika ada orang datang untuk interview atau bertanya tentang islam, pasti mereka layan. Begitu juga staff lain disana. Tapi tak nafi ada juga mereka yang tak disegani. Lumrah di mana mana, ada yang ok, ada yang ko. Kan.?
Perkembangan islam. Lagi hebat di Masjid Jeonju, dakwah mereka lebih aktif. Disana hampir setiap hari orang Korea masuk islam. Korean Muslim Federation (KMF) dan lain lain NGO sangat banyak turut serta dalam aktiviti dakwah dalam dan luar Korea. Mereka juga sedang aktif mengiktiraf produk makanan dan kosmetik yang tiada bahan haram dengan cop halal untuk memudahkan orang islam di seluruh negara. Ini hasil usaha mereka yang mengembangkan islam di Korea.
Kembangkan islam, bukan bermaksud islamkan orang sahaja, memperbaiki persepsi negatif tentang islam, memperkenalkan ajaran islam, menerangkan tentang Allah juga antara sisi perkembangan islam. Kami AJK, hujung minggu akan bergilir menjadi sukarelawan untuk guide pengunjung yang datang melawat masjid. Paling suka bila dengar mereka kata "Oh rupanya begitu, dulu saya ingat islam begini". Ada yang datang lagi ke masjid kerana berminat, yang marah kata kami penipu pun ada. Seronok bila teringat balik kenangan di sana. Semua bersatu kerana islam.
Saya, sebenarnya sedih, bila dapat tahu ada pihak kata islam di Korea tidak berkembang, dek kerana karakter penduduknya. Saya juga akan kecewa jika dihalau dari beriktikaf. Tapi berada di tempat orang, perlu hormat pada budaya dan peraturan mereka bukan.? Bukan saya mahu 'back up' orang Korea. Tapi untuk terus membuat konklusi begitu dengan hanya datang sekali, banyak mengguris hati mereka yang telah berjaya mengembangkan islam di Korea Selatan.
Yang penting, nak bagitahu, banyak sangat pihak yang berusaha dan berjaya kembangkan islam di Korea. Bukan hanya Pakcik GetOut seorang
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 08:00 PM | Show all posts
kemaruk replied at 10-1-2016 07:50 PM
biasa la mes
melayu kampung yang baru ke luar negara

temple = rumah ibadat....

betul la awek korea tu cakap...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp tak pi otel bajet.??
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas subuh masjid tutup ok la.  Siak tu mungkin ada kerja nk buat or g kerja.  Kat tanah air pun sama bukan.

Yg penulis ne siap g mengaji bagai lepas subuh lagi memang mengundang hencapan la. Dah la org nk tutup masjid.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 08:05 PM | Show all posts
poyonya ko dek..dah kat tempat org tu ikut jelah flownya camne...org dah ckp tutup nak gak ko melepak2 lagi kat dalam tu..adalah tu sebabnya kena tutup

org camnilah yg buat taik pada nama pelancong malaysia nanti...tak reti nak ikut arahan/suka mengambik kesempatan
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendiri cari pasal...

Mmg ramai org suka ambil kesempatan berehat dan lepak di masjid or surau... termasuk la at my residence... tp d committee here tegas.. dihalaunya student tu keluar.. budak arab ke paki tu ckp this is Allah's house...

Makcik tu ckp but u hv to remember we pay d bills and cleaning... bills utilities segala tarik from mgmt fund, maintenance semua... duduk dlm tu bukaa aircond, bersedap2an tido tak sedar diri org lain bayar bill... mmg patut kena pun..
Budak musafir ni tak boleh ke solat tmpat lain je dan melawat maasjid tu kemudian... I think korea tu dah masak sangat muka arab paki yg sengaja duduk lama dlm masjid sbb nk panas.. budak tu pun ada iras2 mamak sikit kan... dan dia pun sebut dlm tu panas serta dia sandar di dinding station utk dpt heat... nampak sangat... siap buat2 mengaji pepanjang buat apa... gi balik hotel dan mengaji sampai lebam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2016 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmmmmmm

....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 08:07 PM | Show all posts

biasa backpacker kental (kononnya) tak check in otel mahupun yg bajet... mahukan kos seminimum yang mungkin..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih dia tu lebih kepada dihalau dan layanan buruk korea tu serta tak tahan sejuk dan harap tempat berlindung...

Typical malay yang fikir survival dengan cara meminta2.. org sana disiplin tinggi dan independent.. semua kerja keras utk perolehi sesuatu... mmg patut la org tu marah...

Hati tisu tak tahan kena marah sebenarnya...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 08:10 PM | Show all posts
sory to say, , kt obersea janji mmg ditepati., lambat seminit pun mmg dorang taruk, jgn bawak budaya melayu malaysia kat luar, be punctual on time,,,org dh bg solat pun syukur, ko nk bwak budaya ketuanan melayu mmg xkemana pun, kt malaysia dgn pemimpin2 islam dia duk capati janji.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.059738 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list