CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bzzts

HELLBOY aka Super Sapien

[Copy link]
Post time 15-4-2004 01:54 PM | Show all posts
Ulasan Filem Super Sapiens oleh Vovin dari Blog Nizam Zakaria

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Buat peminat yang datang menjenguk ke panggung dan terpandang poster besar filem bertajuk 'Super Sapiens', suka kiranya saya terangkan yang tajuk asal filem tersebut adalah Hellboy, sebuah adaptasi dari komik superhero terbitan Dark Horse. Kenapa ditukar tajuknya? Kerana di Malaysia kita punya ramai golongan cerdik pandai yang akan mengharamkan tayangan filem tersebut jika tajuknya dikekalkan (iaitu Hellboy). Hellboy jika diterjemahkan bermaksud 'Budak lelaki neraka', Tidak, golongan cerdik pandai ini bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan warganegara Malaysia dari filem yang punya tajuk negatif seperti neraka. (atau Syaitan berani @ Daredevil?).

Hellboy opss... Super Sapiens adalah hasil arahan Guillermo Del Toro (Blade II & Mimic) dengan barisan pelakon Ron Perlman (Hellboy), Selma Blair (Liz Sherman), John Hurt (Prof. Broom), Doug Jones (Abe Sapien) & Karel Roden (Rasputin). Filem ini diadaptasi dari salah satu siri komik Hellboy bertajuk 'Seed of Destruction'.

Hellboy (ketika itu masih bayi) pada asalnya telah diseru oleh Rasputin dengan tujuan untuk menghancurkan dunia. Rasputin adalah sebahagian dari projek rahsia Hitler pada perang dunia ke-2 dalam usaha memenangi perang yang sedang bergolak. Kononnya Hitler secara rahsia adalah seorang yang mempunyai obsesi dengan hal-hal berkaitan dengan para normal. Namun usaha Rasputin tersebut gagal apabila diserang hendap oleh tentera-tentera Amerika lantas Hellboy jatuh ke tangan orang baik. Kita kemudian dibawa ke zaman sekarang di mana Hellboy telah dewasa dan menjadi agen untuk satu organisasi rahsia bernama Bureau of Paranormal Research and Defence (BPRD). Namun tanpa disangka-sangka Rasputin telah dihidupkan kembali oleh pengikut-pengikut setianya dan menyambung kembali rancangan yang telah gagal berpuluh tahun lalu. Kini menjadi tugas anggota BPRD iaitu Hellboy, Abe Sapien (seorang mutant yang hidup di dalam air dan mempunyai kuasa psikik), Liz Sherman (seorang awek yang mempunyai kuasa pyrokinesis) dan John Meyers, seorang ejen FBI yang baru ditukarkan ke biro itu untuk menghalang rancangan Rasputin.

Apabila sesebuah filem adaptasi komik tersebut dihasilkan, satu aspek penting yang amat ditakuti oleh si pengarah adalah penerimaan peminat setia komik tersebut. Sebagaimana peminat X-men memuji X-2 atau peminat League of Extraordinary Gentlemen menghentam filem tersebut. Namun Guillermo bertuah kerana pencipta Hellboy, Mike Mignola turut serta dalam proses produksi menjadikan mood filem ini tidak banyak lari dari komik asalnya. Cuma mungkin satu karakter baru diperkenalkan iaitu John Meyers namun tambahan tersebut tidak mencacati cerita yang dipersembahkan.

Seperkara yang menarik perhatian saya adalah penceritaan karakter-karakter utamanya yang agak sempurna dan tidak mengelirukan saya. Pengarah menceritakan asal, tujuan dan peranan karakter-karakter seperti Hellboy, Liz Sherman, Prof. Broom, Rasputin dan Kroenen dengan pelbagai variasi. Sebagai contoh asal Hellboy diceritakan secara imbas kembali pada awal cerita, siapa Liz Sherman boleh kita tahu kalau mata anda semua tajam memerhatikan gambar-gambar dan klip video TV di dalam bilik Hellboy dan kenapa Kroenen menjadi sedahsyat itu semasa Prof. Broom membuat proses autopsi ke atasnya. Penceritaan setiap karakter tidak terlalu ringkas dan lemah seperti LXG. Sepanjang perjalanan filem bergerak menceritakan setiap satunya dengan jelas sekali.

Satu lagi elemen yang menambat hati saya adalah konflik cinta tiga segi antara Hellboy, Liz Sherman dan ejen Meyers. Secara ringkasnya Hellboy telah lama menaruh hati ke atas gadis tersebut tetapi tidak mampu meluahkannya. Kebetulan pula ejen Meyers hadir sebagai seorang yang selalu menyenangkan hati Liz. Tambahan lagi Liz pernah lari dari BPRD dan bertekad untuk tidak mahu pulang lagi. Siapa lagi yang mampu memujuk Liz pulang ke BPRD kalau bukan ejen Meyers. Ini menambahkan lagi perasaan cemburu si Hellboy. Dia diserang perasaan rendah diri apabila membandingkan dirinya dengan ejen Meyers. Iyalah, antara ejen Meyers yang tampan dengan si Hellboy yang... ehem... tak ada rupa manusia, agak-agak si jelita akan pilih siapa? Ucapan-ucapan yang hadir dari mulut Hellboy untuk mencuri hati Liz agak ringkas dan tidaklah seromantik mengambil contoh Jerry Maguire barangkali?. Namun ianya sudah cukup memberi kesan tentang perasaannya. Saya juga menganggap chemistry antara Hellboy dan Liz merupakan yang terbaik antara filem-filem superhero yang saya tonton sebelum ini. Menolak terus chemistry antara Batman dan Catwoman (Batman Returns) ke nombor dua.

Pemilihan Ron Perlman sebagai Hellboy begitu tepat sekali. Beliau berjaya membawa karakter tersebut dengan begitu baik dan sebagaimana Hugh Jackman dianggap lahir untuk membawa karakter Wolverine dalam filem X-Men, begitu juga Ron Perlman.

Saya tidak tahu bagaimana dengan penerimaan peminat Hellboy, namun untuk bukan peminat, Hellboy menghidangkan satu persembahan yang amat menarik sekali. Tidak peduli apa yang orang lain kata, Hellboy sudah berada sama taraf dengan X-2, Batman (arahan Tim Burton) dan Spiderman.

Oh ya, saya terus menerus merujuk filem ini sebagai Hellboy bukan Super Sapiens kerana saya tak suka nama tersebut. Haha!


----------------------------------------------------------------------------------------------------------

lepas baca review ni aku rasa cam nak gi tengok citer ni next Wednesday....
sapa nak ikut.... :bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2004 02:02 PM | Show all posts
aku pilih utk tengok tiket free tuh...dan...umm...aku ala-ala atas pagar pulak....nak kata suka taklah suka sangat...nak kata tak suka...ada gak lah part2 yg aku cukup suka...bahagian2 yg menunjukkan nilai2 manusia dalam filem nie macam part mimpi Liz tuh...seakan2 diskriminasi yg dialami golongan mutant dlm x-men......dan part Hellboy jadi rendah diri kerana rupanya yg tak sebaik agent meyers......dan adalah beberapa bahagian kecill

watak Hellboy memang cool dan kelakar......tapi semacam pernah tengok pula atak hero filem america yg enis macam nie....cuma...bezanya mereka dengan Hellboy ialah watak HB tak ditunjukkan sepenuhnya perfect....ada kelemahan dan agak "manusia"......tentulah watak HB lebih baik sedikit dari watak hero2 yg klise tuh.....

makhluk akhir dalam filem nie seakan2 makhluk alien dalam filem EVOLUTION atau pun makhluk pada edning filem Final Fantasy The Spirit Within.....beberapa footage dalam filem ini juga banyak mengingatkan kepada filem Lord Of The Ring....suasan dark/suram dan Gothic memang agak menjadi.......

Mungkin ada org jangkakan filem ini penuh dengan kuasa-kuasa macam x-men tuh....jangan terlebih jangka atau anda akan kecewa.....Hellboy sendiri takde kuasa2 pelik....cuma dia kuat dan tahan api.....yg ada kuasa macam tuh pun rasanya hanya Liz...tapi dlm filem nie Liz tak lah guna kuasa dia macam Storm, iceman atau pyro.......tapi bab dia meletupkan hospital gila secara tak sengaja tuh memang gempak abisss....

agaknya lepas nie ramai org akan terus kenal Rasputin sebagai villain dalam Hellboy.....aku pertama kenal Rasputin ialah menerusi watak fighter kegemaran dalam games World Heroes 2 di plantar Arcade/Neo Geo beberapa tahun dulu....kemudian terjumpa kisahnya dalam keluarga diraja Russia dimana akhirnya dia dibunuh....sama seperti yg disebut oleh professor bloom dalam filem ini......Rasputin memang watak benar...yg kemudian dipinjam kedalam fiksyen karya Mike Mignola dan seterusnya filem ini....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2004 02:16 PM | Show all posts
Originally posted by aYuGiLeR at 15-4-2004 01:54 PM:
Oh ya, saya terus menerus merujuk filem ini sebagai Hellboy bukan Super Sapiens kerana saya tak suka nama tersebut. Haha!


Ya, nama Super Sapiens agak kekok lah... :lol :cak: :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2004 04:08 PM | Show all posts
aku tak suka citer ni bukan sbb dia tak memenuhi ciri2 mutant dlm x-men, tapi lawak hellboy lakonan ron perlman tu pon cliche jugak. aku rasa xder beza dgn watak anti-hero wolverine dsb.
pastu makhluk yg ntah apa2 tu... muak la tengok monster yg jenis camtu dh byk sgt dlm movie. mcm dh takder idea aje.
pstu psl hellboy tu anak setan pon tak berapa suka, naperla perlu wujud citer psl setan yg baik? aku ni, minat citer2 tak logik n fantasi ada gak batasnya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2004 07:23 PM | Show all posts
best ker tak best movie nih? aku tengok cam best je...nak tengok dulu lah baru bleh komen...

ohhh..yg belakon sebagai hell boy tuh dulu2nya yg belakon ceta beauty and the beast tu...masih idup mamat beast ni ek..kuikuikui
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2004 04:20 AM | Show all posts
TAPI LA  KAN.... TAPI.... KOMIK DIA LAGI BES...

WAYANG DIA MACAM ADA SOMTHING KURANG...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2004 08:45 AM | Show all posts
Originally posted by bzzts at 16-4-2004 04:20:
TAPI LA  KAN.... TAPI.... KOMIK DIA LAGI BES...

WAYANG DIA MACAM ADA SOMTHING KURANG...


tgk jer la....banyak songeh lak....hehhehe...aku nak tgk rabu depan...jom...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2004 01:03 PM | Show all posts
Hellboy...tandukless

Semlm tgk kat Klang citer ni Full house...ramai yg gelak tgk aksi Ron Perlman tu lbh humour dr garang...(kadang2 aku dengo sore Hellboy ni mcm sore Monster Inc. sore John Goodman yg Blue Monster apa ke nama tu)

Saya tatau apa2 latar blkg Hellboy dr segi komik jd takbleh komen komik dia...atau banding citer ni ngan komik

Tapi all in all aku rasa ok citer ni...sbb hero ade humour...takde la excellent sangat...even X-men tak excellent apa..just that movie ni hero dia ade  personality itu yg menarik bg pendapat saya...

Suka karakter ala2 mcm Hellboy ni... takde la hero dia serious sampai rigid gitu...direktor did a good job by injecting some humour into the karektorrrr...(personality hellboy kat komik mcm kat movie tu ker?)...kalau nak ade persamaan ngan X-men ..Wolverine tapi Wolverine humour dia kaso sket and he looks more serious dr Hellboy ni...kira hellboy punya humour ni at heart ...aku rasa pelakon Ron Perlman mmg karektor dia mcm Hellboy le..kebykkan citer dia lakon...hero ala2 witty sket...with personality...

i think people attracted to hellboy sbb dia ni work alone/loner..pastu ngan aksi selamber dia sukati je nak buat apa...rupa roughneck minus the rough...(tak sangka deni suka kucing? apa kejadahnya? :lol )...pehtu tambah personality so jadi tak boring..

Just that org jahat monster yg bertelur parasitic tu apa kenama tu byk pakai latex laa..takde ke yg human jahat karektor yg powerful ke...better sket...sket2 monster byk mata dengan tangan mcm sotong tu...yg power tu pun the assasin mcm humanoid tu tapi kena kat hellboy..hmmm je la..aku tatau tangan dia stone until gaduh pisau ngan assasin..Rasputin pun...mcm rupa magician jek dlm citer ni...takde nak hasilkan power apa2 just hidupkan alien yg suka bertelur byk tu

Hellboy takde actual weapon just a big Gun and athletic skills :bgrin: depend on the FBI for weapons and food..oh yea cigar gak..ade fireproof kulit...dlm citer ni hero injured tapi tak la cedera teruk sangat

Selma Blair (Liz) main heroine...ok but cam tak byk expression je...suka plak dua2 ni bersama :bgrin: satu mcm fragile satu lagi rough...hard and soft comes together :bgrin:.. kesian lak ngan Myers...oh well...

Abe sapien the aquaguy...mcm alien gentleman hence features dia yg tinggi lampai dan psikik plus gentle..no actual weapon

Overall pada aku...aku suka...always like a hero with character dan tak terlalu rigid and serious kalau nak buat lawak pun lawak become natural..thats whats cool about the hero...check out the love letter scene...:bgrin:...dan satu lagi tu masa dia jeles dan throw batu kat Myers masa tgh date Liz

hey how come ade org tak suka Hellboy..takyah tgk muka dia yg merah tu tgk personality je..mmg anak setan tapi dah komik skrip buat dia camtu.. would it be better if he is green or blue and not red? and dlm movie tu cuba tgk he really made an effort to potong and even scale down hes tanduk so he wont look like the :devil:

Satu lagi la apa jadi kat direktor FBI tu...yg tolong Hellboy masa lawan2 ngan assasin tu...tiba2 takde?? :stp:

Citer panjang pun tak guna tgk je la...at first slow but masa introduce org jahat laju..you wont be dissapointed..crowd pleaser..if u are kacau jiwa about the :devil: DONt...Hellboy is not even close to a :devil:..only rupa je

Arggggghhh sebenarnya drpd byk2 ni aku nak cakap....Aku Suka Movie ni!!!
Peduli laaa apa orang kata....kalau korang tgk baru korang tahu...so what r u waiting for???..phiew ok aku dah OK ni.

p/s - sapa tgk END CREDITs dia sampai habis?? ade act lawak ke at the end? masa aku kluar tu aku dengo sore2 lagi masa rolling credit? anybody watched?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2004 01:59 PM | Show all posts

Aku tukang paste gambo nak promote korang tgk cite ni


Sammael (alien/creature bertelur byk tu) Latex
org jahat(Sammael) yg byk berlawan ngan Hero (rupa cam Predator je)...byk tentaclesss...tapi dont underestimate....dia fast-fighting and spread pestulence masa fighting


hellboy masa dating dengan Liz..dia tunjuk camner dia dah buleh control api dia..blue fire lak tu..


FBI sidekick Myers..not much too say about im...just that he saved Myers from crossing the darkside..



org jahats...the Assasin,pompan jahat yg tak byk lines,Rasputin..masa ni nak cross the darkside dengan benda alah tgn tu ..aku pun tatau apsal dia guna tangan robotic tu :stp:...(org jahat tak berapa best ..actually)

Quote from the movie:

揗ake no mistake about it, there are things out there that go bump in the night. We抮e the ones who bump back.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2004 05:12 PM | Show all posts
Originally posted by kulit at 16-4-2004 13:03:
Satu lagi la apa jadi kat direktor FBI tu...yg tolong Hellboy masa lawan2 ngan assasin tu...tiba2 takde??  ...

hoho..tulah ko...tak tunggu sampai kredit jalan......boss FBI tuh dia tunjuk dok ketakutan sambil cakap kat alat hubungan tuh apesal geng2 hellboy tuh tak sampai lagi...dia dah takut separuh mati....kira lawak jugak ler scene pendek tuh...

Hmm...aku setakat OK jer citer nie...ada yg suka ada yg tak berapa suka....biasa mereka yg sukakan filem/komik HB ialah mereka yg sukakan elemen dark n gothic......
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2004 05:17 PM | Show all posts
Originally posted by sayangidaku at 15-4-2004 16:08:
aku tak suka citer ni bukan sbb dia tak memenuhi ciri2 mutant dlm x-men, tapi lawak hellboy lakonan ron perlman tu pon cliche jugak. aku rasa xder beza dgn watak anti-hero wolverine dsb.
pastu mak ...

huhu...rileks SD....sebelum nie tak maksudkan ko....ada kawan aku sorang nie yg minat sangat dengan kuasa-kuasa ala2 ahli sihir charmed bertiga atau x-mens....siap berangan lagi....bila datang Hellnoy dia pun expect bende2 gitu juga....lepas tengok rupa2nya memang tak kena dengan apa yg dia harapkan....akhirnya hampalah.....

btw...monster dlm filem tu memang tak dapek nak nolong ler coz dia ikut watak2 asal dari komik....kena ingat gaks HB nie dari genre komik yg dark & gothic....ala-ala SPAWN tu lah....tapi compare dengan filem SPawn, HB jauh lebih bagus......Spawn komik ciptaan Todd McFarlane lebih gothic...lebih gelap dan lebih bloody.....hero dia pun dari neraka.....semua villain pun dari neraka.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2004 05:32 PM | Show all posts
Originally posted by GAIA at 16-4-2004 05:12 PM:

hoho..tulah ko...tak tunggu sampai kredit jalan......boss FBI tuh dia tunjuk dok ketakutan sambil cakap kat alat hubungan tuh apesal geng2 hellboy tuh tak sampai lagi...dia dah takut separuh mati ...


aku tunggu juga masa credit tu dok rolling font Impact oren yg kluo kan? tak thn nk pergi toilet sgt masa tuuu..sejuk..u imagine tgk waktu mlm..asyik nak ke tandas..

patut laa boss FBI MIA during film.....masa last ade ye?? nak tambah humour lagi la tu....

i didna like HB becos of dia punya gothic style...bkn peminat gothic2 style. i like sbb bila karektor HB bercinta ngan si Liz tu...nampak fragile dia dlm toughness...siap ngan aksi jeless lagi...:bgrin:...mgkn nak tarik peminat wanita la kan...actually Ron Perlman played a lovable HB...rasa2nya takde org lagi yg lbh sesuai main watak ala selamba like nobody's business cam dia

...just my 1 cent....

coming up next Van Helsing....sebenonya Van ni karakter apa ye tgk kat preview cam holyman ade ...mcm paladin sket2  pun ade...holy slayer/evangelist?? :stp:
Reply

Use magic Report

Sound_Garden This user has been deleted
Post time 16-4-2004 05:42 PM | Show all posts
citer ni bersambung rasanyer..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2004 05:42 PM | Show all posts
Originally posted by kulit at 16-4-2004 17:36:
i like sbb bila karektor HB bercinta ngan si Liz tu...nampak fragile dia dlm toughness...siap ngan aksi jeless lagi. ...

aha ! itu salah satu unsur yg menjadikan karekter HB lebih "human" dan sedikit berbeza dengan hero2 yg labih cliche.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2004 05:56 PM | Show all posts
Originally posted by GAIA at 16-4-2004 05:42 PM:

aha ! itu salah satu unsur yg menjadikan karekter HB lebih "human" dan sedikit berbeza dengan hero2 yg labih cliche.....


way much cooler...ironic pulak sbb kulit dia merah and hes cool :stp:

eh GAIA takde info pasal Van Helsing ke? Usha2 la sket...mcm interesting plak...cam Vampire slayer sket2...pastu pompan yg side kick dia tu Very familiar la...:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2004 06:32 PM | Show all posts
err..info citer2 summer bolcbuster aku tak korek sangatlah...pesal citer2 macamnie konfirm dah ramai org tengok nanti....aku hanya tunggu masanya tiba dan tonton dan luahkan pendapat aku...biasanya begitu...

aku lebih berminat dengan filem2 Hollywood yg keluar akhir tahun...filem2 asing bukan hollywood atau US indie yg menarik atau filem tempatan yg berpotensi baik.....tapi biasanya filem2 yg aku minat nie tak banyak info yg boleh dapat sehiggalah masanya benar2 tiba...

BTW...dekat rottentomatoes filem HB dapat banyak reaksi positif dari critics....sampai Rottentomatoes pun cop filem nie FRESH....buat mas nie meter dia 77% dengan 110 artikel rview yg sokong baik....agaknya memang critics suka witty kots...

BTW....kalau filem adaptasi komik yg labih serius, suram yg aku suka ialah HULK sebab filem tu benar2 drama berat....dan hampir tak kelihatan SUperhero langsung....tapi filem sbeginilah yg tak ramai org suka....

[ Last edited by GAIA on 16-4-2004 at 07:08 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-4-2004 08:12 PM | Show all posts
hero dia memang mamai siket, tu pasal cam kelaka... actually memang nature dia camtuh...

baca komik dia pon leh tergelak,,, :lol
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2004 09:22 PM | Show all posts
eh gaia, aku takderla terasa. tapi aku saja nak bgtau naper aku tak berapa suka citer HB tu.
btw, aku suka gak citer HULK tu, sama mcm pndpt ko.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2004 06:02 PM | Show all posts
Super Sepian nih dah beli but bila la masanya nak tgk...:hmm:
Super Sepian... Super Sepian...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2004 08:00 PM | Show all posts
baru tengok citer nie tadie hari nie..well..citer dier..umm..best mmg best tapi mcm biler Hellboy bunuh the raksasa yg last skali tuh raser skejap sangat..but the sound system mmg gempak giler..citer dier cam simple giler..x minat sebenarnyer tgk citer citer camnie but member yg ajak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.703567 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list