Sis, bosan dengan color rambut anda? Jom ubah warna rambut dan ia lebih mudah kini!
Tunggu dulu, ia bukanlah pewarna rambut sebenar, namun satu aplikasi yang sangat menyeronokkan namun berkesan dan berguna!
Muat turun aplikasi Hair Color by Modiface anda boleh menukar warna rambut anda sesukanya melalui foto yang anda pilih. Menarik kan?
Seperti aplikasi mekap yang lainnya, aplikasi ini membuatkan rambut anda bertukar warna sekelip mata. Sesuai untuk gambar-gambar Instagram atau Facebook dan juga buat anda si kaki selfie!
Ia percuma sahaja untuk kesemua telefon Apple, Android dan Windows phone. - CARI Infonet