CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18201|Reply: 100

[Jenayah] Ustaz Kasanova Gila Buah Geduak Strikes Back:Menikah Dan Cerai Lagi

[Copy link]
Post time 8-1-2016 01:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 8-1-2016 05:23 AM




Menyandang lapan jawatan termasuk mengaku sebagai pegawai Kementerian Dalam Negeri menjadi modal terbaru Ustaz Kasanova, Mohd Razis Ismail,33. dalam memikat wanita lain untuk dijadikan isteri sementara sebelum meninggalkan mereka.

Bukan itu saha, ustaz kasanova terbabit turut mengaku menjadi imam di beberapa masjid di luar negara semata-mata mengumpan mangsa termasuk semua 13 isterinya dan mereka yang berpotensi memberikannya wang sama ada upah berceramah atau perniagaan.

Antara jawatan didakwa disandangnya adalah bekas Imam Masjid Australia, Bekas Imam Masjid Singapura, Ketua Hakim Tilawah Kebangsaan, Penolong Pengarah Bahagian Pendik Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI) dan penceramah bebas dan pengamal perubatan Islam.

Sumber JAWI mendedahkan semua jawatan itu digunakan bagi mengabui mata orang ramai yang berurusan dengannya malah turut memperdaya beberapa pengurusan masjid di seluruh negara kononnya dia pegawai agama bertauliah.

Dalam perkahwinan terbaru, Mohd Razis mengakui sebagai penolong pengarah di KDN dan bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam dan sering sibuk berurusan di seluruh negara.

"Dia menunjukkan kad tertera tulisan "kad kuasa Kementerian Dalam Negeri" dengan memaparkan separuh wajahnya.

"Bila di tanya kenapa tidak ditunjukkan gambar penuh, dia memberikan alasan atas faktor keselamatan selain kad itu hanya boleh dipamerkan sekiranya berada dalam tugas", kata sumber itu kepada Harian Metro.

Katanya, Mohd Razis juga dipercayai membawa bersama gari ke mana saja dia pergi dan dijadikan bukti dia penguatkuasa diiktiraf KDN dan boleh menahan sesiapa saja.

Selain itu,katanya bekas pelajar maahad tahfiz itu juga menyamar sebagai Ketua Hakim Tilawah Kebangsaan dan kakitangan JAWI semata-mata meyakinkan orang ramai dia ustaz sebenar.

Memang dalam semakan kita(JAWI), dia bukan kakitangan dan tidak pernah menjadi hakim tilawah Al-Quran.Jadi itu dakwaannya untuk memperdayakan orang ramai terutama wanita.

"Dalam perkahwinan terbaru secara sindiket tahun lalu, siswi institusi pengajian tinggi berusia 20-an menjadi mangsa dan mereka bernikah di negara jiran. Ketika itu, Mohd Razis masih dalam siasatan JAWI.

"Bagaimanapun mereka bercerai ketika usia perkahwinan baru memasuki bulan kedia dan sepanjang tempoh itu, mereka tidak tinggal bersama kerana merahsiakan hubungan daripada pengetahuan keluarga", katanya.

Susulan itu, sumber berkata JAWI mengeluarkan Notis Rasmi mengisytiharkan dia sebagai individu dikehendaki dan diedarkan kepada semua jabatan dan pihak berkuasa dalam masa terdekat.

Kali terakhir kelibatnya dilihat umum ketika membeli makanan di restoran di Lembah Klang dan menghilangkan diri sebaik menyedari diperhatikan orang ramai.

Malah tempat tinggal terakhir yang di rekodkan di Shah Alam juga didapati dikosongkan dan dia kini dipercayai tinggal bersama isteri keempat yang pernah di jatuhkan hukuman kerana kesalahan persetubuhan luar nikah dari 2012 hingga tahun lalu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat di minta melaporkan kepada pihak berkuasa-Harian Metro 8 Januari 2015


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2016 01:15 PM | Show all posts
bukan razis ismail ni ye dek



tapi yang ni


Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 01:17 PM | Show all posts
Yang nyata si kasanova ni mengejar yang satu tu jek.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking replied at 8-1-2016 01:15 PM
bukan razis ismail ni ye dek



Razis ismail ni zaman kak teh bohsia bbnu dulu sgt top ya
Muka heshe jenis manis...bila senyum cair akak teh ni dekk
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Inilah lelaki lobai yg jd pojaan lobainita
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
amboi.
dh bersedap sedapan..ko tinggalkan semua nya ya
lelaki bangsat mcm.ni elok lah dibuang testisnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2016 01:19 PM | Show all posts
saya nasihatkan kpd wanita2 di luar sana, mane2 lelaki hatta berkopiah, sarban berlilit ketat, songkok rendah atau tinggi, ade salib setinggi klcc di kepala, siasat dulu background lelaki tersebut...manusia2 yg kunun nya beragama ni bukan leh kira, mcm paderi dan tok imam dok balun kanak2...paderi dok balun Nun tetek besar...
yg bersongkok tinggi ambil duit rakyat...mcm2 hal...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2016 01:20 PM | Show all posts
Biodata Ustaz Penipu Razis Bin Ismail






UPDATE :

by Dato' Siti Nurul Halizah : BIODATA 'USTAZ' RAZIS..
NAMA PENUH MOHD RAZIS BIN ISMAIL.
I/C NO. 821020-14-5185.
ALAMAT 90-17-2, APARTMENT PUTRA RIA, JALAN BANGSAR, 59200 KUALA LUMPUR (RUMAH IBU BAPA DIA).
PENIPUAN DIA :
(1)KAWIN DENGAN GADIS2 BAIK KEMUDIAN DITINGGALKAN (BERKAHWIN LEBIH DARI 11 ORANG - SUMBER DARI SIASATAN YANG DIBUAT).
(2)MELARIKAN DUIT ORANG NAK PERGI UMRAH MENGGUNAKAN SYARIKAT AL-FAJR & ZAHAFIZ
(3)MEMUNGUT DERMA UNTUK RUMAH ANAK YATIM DAN MAAHAD TAHFIZ YANG TAK PERNAH WUJUD...PERNAH MASUK PENJARA 2 KALI TAPI DIIKAT JAMIN OLEH KELUARGANYA.....bagaimana saya tahu? dari siasatan dan bukti2 dari balai polis, jabatan penjara, beberapa keratan akhbar tahun 2009...bukan fitnah tapi semua bukti ada pada saya



Muka memang nampak baik...








BAGAIMANA DIA MENIPU UNTUK BERKAHWIN? Berkenalan dgn wanita dlm masa yg singkat dan dilamar utk berkahwin utk mengelakkan maksiat. Seterusnya berjumpa dgn keluarga wanita (merisik & bertunang) dgn membawa adik2 dia (yg turut bersubahat) bersama saudaranya dari perak (sama ada turut bersubahat atau sebenarnya bukan saudaranya tapi diupah utk menipu). Akhirnya bernikah dgn membawa adik2nya dan saudaranya yg lain pula. KENAPA IBU BAPANYA TIADA MASA HARI PERTUNANGAN & PERNIKAHAN? Alasannya ibu bapanya dlm proses penceraian. Katanya bapanya sgt garang dan tak mengizinkan ibunya utk turut hadir atau ibunya akan dipukul (setiap alasan adalah berbeza dgn wanita2 lain). PENDAFTARAN NIKAH DI PEJABAT AGAMA TIDAK MENGGUNAKAN SISTEM KOMPUTER TAPI SECARA MANUAL. JADI PEMBOHONGAN STATUS BUJANG TIDAK DAPAT DIKESAN. Setiap wanita yg dikahwininya akan ditinggalkan dlm tempoh masa tertentu.
____________
ADUAN MANGSA :

1 - Hasmariza Md Hashim :dulu dia ada ambik buku kat syarikat tempat saya kerja...sudahlah buku tak dibayar, dia pula lesap entah ke mana..tanya isterinya, dia pun tak tahu!kemudian dia ada handle kursus kawin..dah bayar..dia pulak lesap dengan duit tu!mana-mana nakkan sijil meloponglah

2 - Fatonah Noordin : sblm ni razis ada guna fb baru untuk berkenalan dgn gadis2, iaitu,,,pengemis kasih ilahi..namun 2minggu selepas itu, akaunnya telah didelete dan tak dapat kesan hingga skrg
(nyaris berkahwin dengan lelaki ini juga)

3 - Hanani Hamid : Saya kenal pemuda ini smasa tinggal di Tmn Cheras Indah, (dkat Tmn Shamelin Perkasa) sekitar thun 2003-2005. Msa tu dia plajar tahfiz di masjid Tmn saya. Dia mgjar anak2 sya mgaji swaktu lapang. Lost contact dlm stahun lebih, pastu dia dtg rmah knalkn isteri pd kmi skeluarga ( no idea isteri no brapa). Slpas kmi pndah ke tempat bru, suami sy terkena dgn dia ( dia berhutang duit). Hp dia xdpt dihubungi, sy cba call ofis dia - PPIM. Staf disana cerita pasal dia yg bermasalah. & msa tu dia dh xkerja diPPIM). Antara masalahnya ialah songlap duit org2 yg nk gi Umrah dan ada rnai isteri msa tu thun 2007. L/ kurang stahun lpas tu, terbca dlm Harian Metro dia di tangkap, di dakwa dan dijatuhi hukuman, kalau xsalah atas tuduhan melarikan yuran peserta umrah. Bila baca kisah dia di sini, xsangka pula masih belum setel permasahalahan dia ni, esp masalah kahwin cerai. Saya berharap Mohd Razis Ismail, jika anda baca tulisan ini, bertaubatlah dan kembali kepada Allah. Jgn gunakan nikmat wajah yg tampan pinjaman Allah itu ke jln maksiat atau dosa. Jangan fitnahkan Islam dan ustaz2 yg ikhlas berdaawah krn Allah dgn apa yg telah anda lakukan. Akhir sekali, saya beristigfatar dan memohon ampun dr Allah jka tulisan ini mdpt murkaNya. Saya menulis atas alasn mengumpat yg dibolehkan dlm Islam iaitu mnceritakn keburukan seseorg pd org lain dgn harapan tiada lg yg jd mangsa dia. Razis, akak minta maaf sekali lg dan kembalilah pd Allah sebelum Razis di jemput DIA utk meninggalkan dunia ini.

4 - Shahril AlFandani : Dia memiliki sijil Darul Quran palsu..pernah berkhidmat sebagai Imam 1 di Masjid Al-Azim Pandan Indah 2004...Orang pandan banyak mengenali dia... Baru2 ni dlm bulan puasa dia kawin dgn org kedah hanya 3 hari je dapat duit terus belah...

5 - Yna Parera : pernah jmpe face to face.muke nmpak baik tp penipu..smga Allah bkk pintu hatinya untk brtaubt..
dy kawen ngn ank sdare a.ipr sy..bln 1 ary to.. dh to tggal gitu je isteri dy. tpn x dpt.senyap trus..bla jdi g2 tpon kt pjbt agma.bru thu si lelaki prnh kwen.mse nk kwen ngn ank sdra a.ipr ngaku bujang..sdgkn isteri brderet2...blh plok ckp.ada sdare mnggal..so mk ayh x blh dtg..tepat lak msenye..agknye yg dtg mse bertunang .pelakon tmbhan..mmg pandai blkon la!!geramnya...to la.mse ary brsnding,sorg dri dtg.mk yah x blh dtg sdre mnggl...sbln je .psto trus ilgkn dri..ckp g situ sini.last2 kol tpon trus x dpt smpai skrg.

6 - Mohamad Fazli Yusof : Semasa saya menyiasat beliau di Masjid pandan indah,KL, org masjid (jaw tinggi kat masjid) bgtau beliau dulu pernah jd Imam kat sini thn 2004. Menurutnya, beliau dah direject oleh banyak masjid sekitar kl-selangor krna menggunakn sijil palsu, juga diberitahu beliau ada menyeleweng wang Tahfiz beratus ribu nilainya, beliau juga dikatakan bernikah dgn gadis kolej dan meninggalkan gadis tersebut.
-->>Mohamad Fazli Yusof : Bulan lepas adik saya siasat beliau kat Kg Baru,KL... beliau pernah tinggal disana dulu, pegi tanya org kg, baru je sebut nama beliau org kg terus maki hamun beliau, katanya beliau dah kahwin 11x... org kg siap nyumpah ke dia mati nanti dlm longkang je xde org layan, bayangkan bro umur baru 30 dah kahwin 11x... Ape citer bro...
(Komen bwh pic ni : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=4613807984429&set=a.4238798769433.2176034.1269434289&type=1&theater&notif_t=like)

7 - Ustaz Ridhuan Mohd Noor pun dah terkena komen bawah pic ni) "Ustaz Riduan Mohd Nor hihi....aduyaiii...geram rasa...ana setuju yg kena buat report,,jgn diam..nanti kesian yg lain"
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=486241068077435&set=a.215552238479654.59038.171309649570580&type=1&relevant_count=1

8 - Mohd Nazri : Ana penah kena dgn dia jgk..hampir 5 ribu utk kos rawatan sdangkan bru 2x rawatan..hmm..Moga Allah buka pintu hati dia.. (komen bawah pic ni)
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=486241068077435&set=a.215552238479654.59038.171309649570580&type=1&relevant_count=1

9 - Ieda Ismail : Kwn aku si 'Mrzroe Kambeng' ni la..kene tipu smpai nk dekat 10k.. tanya dia kalo nk taw citer..aku cuma tolong bg link je..hehe
Mrzroe Kambeng : Ada org bodo kena tipu lagi dgn razis ke? (komen bawah post ni)
https://www.facebook.com/AmenoWorldOfficial/posts/452572528120078

10 - Arza Azriq : Dia ni mmg giler!!..1 of my neighbour ustazah kawin ngn dia...masa mak perempuan x setuju beria2 pujuk mintak nk kawin..then bila dh kawin dia tinggalkan mcm tu...skrg ni bini dia tu dlm pantang beranak kembar...x penah balik since mengandung sampai skrg...mintak cerai x penah dtg mahkamah..ni mmg bapak segala penipu!!..Eeee...bodoh!!!..
(Komen bawah post ni : https://www.facebook.com/AmenoWorldOfficial/posts/486235528077989)
_____________
Fb lelaki ini:
https://www.facebook.com/profile.php?id=100004375505480



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2016 01:21 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 8-1-2016 01:17 PM
Inilah lelaki lobai yg jd pojaan lobainita

wanita perlu berhati hati kalu ade lelaki mengeluarkan pepatah "john is love, love is john"



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2016 01:21 PM | Show all posts
putehkundor replied at 8-1-2016 05:17 AM
Razis ismail ni zaman kak teh bohsia bbnu dulu sgt top ya
Muka heshe jenis manis...bila seny ...

dulu2 kiranya antara yang kacak juga la ya
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dlm bisnes klo berurusan lelaki pakai kopiah,serban,songkok ati2 la. ade la putar belit die tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Mencelup celupan cara halal..
Menipu belakang kira,yg ptg halal mencelup.
Ustaz suka mencelup,celup2x
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 01:33 PM | Show all posts
muka baik ni la sejahat2 manusia...berhati2 je laaa
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 01:39 PM | Show all posts
klau da berkali kali kawin cerai, kawin cerai
ko la yg sewel..
nak cari istri solehah la konon
lau da ko tu ustaz..dpt bini x solehah knpa ko gi cerai..bimbing/didik la bini tu
mmg gataiiiii...
kepala atas bawah sewelllll...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 01:47 PM | Show all posts
maaf ye.. bagi aku tah kacak mana pun....
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik.nape dulu masa jais soal siasat si razis ni diorg xtahan terus.siap wartawan ambik gamba dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2016 01:52 PM | Show all posts
nk cari bini solehah la sgt...dh kenyang ko mkn duit hasil menipu...adoi zaman skrg nie muke baik pon x bleh nk pcye apetah lg muke cm pecah rumah...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa dia masih x kena tangkap?owh..lupa..kalau budak 14tau lari ngan jantan buat laporan palsu terus kena tangkap.so much of free time pak polisi
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 02:00 PM | Show all posts
perangai macam setan ada hati nak bini solehah
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Motif cerita Razis ni tak habis habis?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.818981 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list