CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7921|Reply: 80

[Tempatan] PM akan bentang pengubahsuaian Bajet 2016

[Copy link]
Post time 8-1-2016 11:21 AM | Show all posts |Read mode
PM akan bentang pengubahsuaian Bajet 2016


Hari ini, 10:21 pagi      Hari ini, 10:57 pagi


      
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan membentangkan pengubahsuaian kepada Bajet 2016 tidak lama lagi supaya lebih realistik dengan keadaan pada tahun 2016.
Perdana Menteri berkata pengubahsuaian itu akan melibatkan beberapa aspek untuk dilakukan penentukur semula supaya lebih realistik pada 2016, lapor Bernama.
Berucap pada perhimpunan khas Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini, beliau berkata ia antara lain akan melibatkan langkah-langkah tambahan penegasan baru mengoptimumkan perbelanjaan, peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan meneruskan perjuangan kerajaan untuk kesejahteraan rakyat.
"Pembentangan ini akan dibuat dalam masa terdekat ini," katanya.
http://www.malaysiakini.com/news/325928



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2016 11:35 AM | Show all posts
lambatnya nak tunggu
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 11:43 AM | Show all posts
ermmmmm....tambah peruntukan ke.....hihkhihkk
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 11:46 AM | Show all posts
kadar GST akan dinaikkan kerana GST bagus untuk rakyat ... GST akan turunkan harga barang ... yeaaaaa ... saya cadangkan GST 30% agar semua rakyat semakin bersyukur ...  
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 11:47 AM | Show all posts
gaara_X replied at 8-1-2016 11:43 AM
ermmmmm....tambah peruntukan ke.....hihkhihkk

Lagi banyak peruntukan lagi banyak boleh sapu ... sikit2 mana cukup ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 11:52 AM | Show all posts
ketua negara donia ketiga...tak sampai 3 bulan, budget dah kena ubah...
dan makcik pakcik felda pprt bengap penjilat dia kat ci ni pun bertepuk tangan kegirangan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2016 11:55 AM | Show all posts
bajet pon kene modified lagi??
agak2 sektor mana yg kene cantas?

...permata kot?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2016 11:56 AM | Show all posts
bangcak replied at 8-1-2016 03:55 AM
bajet pon kene modified lagi??
agak2 sektor mana yg kene cantas?

ke pendidikan lagi??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2016 11:58 AM | Show all posts
pliss naikkan cukai rokok ngan arak lagi doploh hengget.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 12:02 PM | Show all posts
Aikk..hari tu kata tak perlu revise..Semua berada dilandasan yg betul...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 12:04 PM | Show all posts
penyelarasan . rasionalisasi. pengubahsuaian
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 12:09 PM | Show all posts
hidup PM..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2016 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Minyak dah turun 32 dollar kan latest
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 12:12 PM | Show all posts
disebabkan pendapatan negara berkurangan akibat harga minyak serantau menurun..maka dgn dukacitanya....
bla bla bla....rakyat bertambah kaya lagi
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 12:17 PM | Show all posts
bluehedgehog replied at 8-1-2016 12:12 PM
disebabkan pendapatan negara berkurangan akibat harga minyak serantau menurun..maka dgn dukacitanya. ...

harga minyak turun --> pendapatan negara berkurangan --> rakyat kena cukai

harga minyak naik --> kos mengimport bahan api bertambah --> rakyat kena cukai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2016 12:25 PM | Show all posts
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan pengubahsuaian kepada Bajet 2016 ekoran situasi ekonomi dunia yang tidak menentu pada masa kini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, perubahan pada Bajet 2016 melibatkan beberapa aspek supaya ia lebih realistik dengan situasi terkini.

"Oleh kerana senario ekonomi semasa, saya bercadang untuk membentangkan pengubahsuaian kepada Bajet 2016 dari segi beberapa aspek untuk kita lakukan rekalibrasi supaya lebih realistik, lebih tepat dengan keadaan yang kita alami pada 2016.

"Pembentangan Bajet 2016 ini adalah langkah-langkah tambahan penegasan baru mengoptimumkan perbelanjaan, peranan GLC dan kesudahannya kesejahteraan rakyat mesti terus diperjuangkan oleh kerajaan," katanya pada Majlis Perhimpunan Khas Perdana Menteri bersama Warga Kementerian Kewangan di sini hari ini.


Najib hadir pada Majlis Perhimpunan Khas Perdana Menteri bersama Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar



Jelas Najib, antara faktor yang menyebabkan kerajaan terpaksa melakukan pengubahsuaian pada Bajet 2016 adalah kerana unjuran pertumbuhan ekonomi pada tahun 2016 dibuat berdasarkan harga purata Brent sebanyak US$48 setong.

"Harga purata minyak mentah Brent telah menjunam daripada US$98.94 setong pada tahun 2014 kepada US$31.58 setong (pb) pada hari semalam (07 Januari 2016).

"Perkara ini amat membimbangkan termasuk kesan kepada negara kita ekoran unjuran pertumbuhan ekonomi pada tahun 2016 adalah berdasarkan harga purata Brent sebanyak US$48 setong," katanya.

Tambah Najib lagi, selain kejatuhan harga minyak dunia, terdapat beberapa lagi faktor luaran yang turut mempengaruhi ekonomi negara.

"Kelembapan ekonomi negara China yang merupakan ekonomi kedua terbesar dunia dan rakan dagangan terbesar negara kita. Semalam kita lihat jual beli saham di Shanghai Exchange digantung.

"Permintaan global dan perdagangan dunia yang masih lemah, keadaan pasaran kewangan terutamanya berikutan kadar faedah US Fed yang akan  dinormalizedkan membawa kesan aliran modal serantau, termasuk Malaysia dan pengukuhan nilai dolar Amerika Syarikat," ujarnya.

Justeru, katanya Kerajaan perlu memberi perhatian dalam mengambil tindakan lebih responsif dan tegas dalam menangani cabaran tersebut.

Malah, Najib juga mahu Kerajaan menguruskan sumber-sumber dengan cekap  dan mencapai tahap optimum sekaligus bersiap sedia dan memikirkan cara terbaik untuk memastikan keadaan ekonomi negara terus mampan.

Bagaimanapun katanya, Kerajaan perlu memberi penjelasan dan menjawab pelbagai isu yang ditimbulkan supaya rakyat tidak terkeliru bahawa keadaan ekonomi negara masih kukuh walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran global seperti kejatuhan harga komoditi seperti minyak kelapa sawit-Awani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2016 12:39 PM | Show all posts
suka suki buat pbentangan tanpa bincang di parlimen?

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 01:42 PM | Show all posts
kudajantan77 replied at 8-1-2016 12:17 PM
harga minyak turun --> pendapatan negara berkurangan --> rakyat kena cukai

harga minyak naik -- ...

harga minyak naik --> kos mengimport bahan api bertambah --> rakyat kena cukai > keje masih terjamin
harga minyak turun --> pendapatan negara berkurangan --> rakyat kena cukai > buang keje la



still ada beza....
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 01:46 PM | Show all posts
woww.. ada adjustment.. harap good news lah tuk semua. jangan nak menambah titisan lemon ke luka yg dah sedia parah lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Siap sedia la... Gomen dah takde duit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.068464 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list