CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2548|Reply: 2

Rahsia Pulut Manga Thai Istimewa

[Copy link]
Post time 7-1-2016 06:48 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ






Pulut manga kebiasaannya popular di negeri-negeri sebelah utara terutamanya negeri Perlis. Manga yang manis dimakan dengan kuah santan bersama pulut pastinya menyegarkan tekak. Berbeza dengan pulut manga Thai yang dihidang dengan taburan sejenis kacang.


Jom kita cuba resepi pulut manga Thai yang dikongsikan oleh Che" Nom :


Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 30 minit | Keseluruhan: 50 minit
Jumlah Hidangan : 5 orang


Bahan-Bahan:


Bahan-bahan untuk pulut mangga
400 gram beras pulut, rendam semalaman
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
2-3 sudu besar gula
sedikit garam
beberapa helai daun pandan, atau daun pisang
2 sudu besar bijan, dibakar tanpa minyak untuk taburan
3 biji mangga


Bahan untuk kuah santan:
1 cawan santan pekat
1 sudu kecil tepung beras atau tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
1 helai daun pandan, carik dan simpul
garam secukup rasa (biar kuah agak masin)


Cara Penyediaan:


Cara-cara untuk pulut:
1- Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.
2- Bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.
3- Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar.
4- Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam dan kacau sebati. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi. Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut. Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garfu dan gemburkan pulut.
5- Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan.


Cara-cara untuk kuah santan:
1- Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Anda boleh agak-agak kepekatan di sini.
2- Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan.





Selamat mencuba. Khob Khun Kab!- CARI Infonet.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2016 01:34 PM | Show all posts
sedap, tapi saya tak boleh makan pulut. angin.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 02:39 AM | Show all posts
awesome,suka pulut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.052894 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list