|
Actually iolss baru nk tanya pasal dia, skali td scroll fb, ada cerita pasal dia.kebetulan ada pic dia tengah buat PC, tengok rupa dia, hurmmm siap ada orang cakap rupa dia mcm pondan lagi (Bh online)
Zahnita persoal imigresen keluarkan pasport baharu kepada anak-anaknya
Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA
KUALA LUMPUR 7 Jan. - Model dan pelakon, Zahnita Dorothy Hussein Wilson atau Zahnita Wilson hari ini mempersoalkan tindakan Jabatan Imigresen Shah Alam yang mengeluarkan pasport baharu kepada dua anaknya tanpa proses siasatan yang sempurna.
Zahnita yang kini dalam proses perceraian dengan suaminya Abdul Zackery Ghouse Abdul Ghafoor, 38, berkata, pasport lama anak-anaknya iaitu Zahrafeena, 9, dan Zasharayna, 3 masih lagi sah sehingga 27 Mei 2019.
Duta jenama Jakel itu berkata, suaminya telah menggunakan pasport baharu itu untuk membawa anak-anak mereka bercuti di Phuket, Thailand dari 3 hingga 9 Disember lalu.
"Saya hairan bagaimana pasport baharu boleh dikeluarkan sedangkan semua dokumen asli seperti surat beranak, MyKid dan pasport lama masih dalam simpanan saya.
"Bagaimana pengeluaran pasport baharu dikeluarkan sewenang-wenangnya tanpa proses yang sepatutnya. Saya mahu penjelasan. Motif saya buat begini (aduan) kerana terlalu banyak jenayah berlaku sekarang, seperti penyeludupan kanak-kanak," kata Zahnita.
Zahnita yang bercakap dalam sidang akhbar di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini berkata, beberapa laporan polis telah dibuat mengenai isu tersebut.
Turut hadiri aktivis PPIM, Dr. Mazlina Abu Bakar dan Syed Kamarulzaman Abdullah.
Sementara itu, Mazlina berkata, PPIM bimbang dengan isu tersebut.
"Kalau kita nak buat pasport baru ada prosedur yang kita kena ikut. Kalau dah tamat tempoh kita kena bawa pasport lama kena gunting, kena buat pasport baru. Itu prosedur yang digariskan oleh Jabatan Imigresen.
"Jadi bila ini tidak diikuti kita risau ia boleh menyumbang kepada masalah yang lebih besar lagi. Contohnya macam pemerdagangan manusia," jelas Mazlina.
Menurut beliau, PPIM telahpun beberapa kali cuba mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Imigresen nanum mendapat maklum balas yang tidak memuaskan.
"Mula-mula dia kata keluarkan baharu. Macam mana nak keluarkan baharu kalau yang lama masih ada. Kalau hilang mana laporan polis?
"Kemudian mereka kata pembaharuan. Macam mana pulak pembaharuan kalau pasport lama masih dalam tempoh sah lagi," jelas Mazlina. - UTUSAN ONLINE |
|